Pages

Saturday, December 11, 2010

Kenalan Baru Pada Khamis (9-12-10)


Selamat pagi semua....macam kat sekolah plak kan "bangun semua, selamat pagi cikgu" hahahah. Kenangan di sekolah memang tidak dapat dilupakan, bersama kawan dan cikgu. Segala kenangan masih lagi di otak 1 milion TB ni hahaha. Eh apa yang saya tengah merepek ni, macam lari dari entry jew. Ok, back to the story. Minggu ni saya tak ke KL sebab kelas dah batal so dok jewlah kat umah. Tapi bukan dok kat umah pun datang kerja. Fuh bayangkan datang kerja hari sabtu wei, mnacam lah orang lain tak kerja hari sabtu hahahah.

Sekarang baru nak cerita pasal kenalan baru saya. Baru jew kenal khamis lepas ni, tak sangka pun I akan kenal tapi apa nak buat dah takdir aku macam tu. Sebenarnya kawan saya yang bernnama pudin ajak pergi dinner ngan dia, katanya dah lama tak jumpa so just nak lepak2 lah kan. I dengan pudin memang dah lama kenal, dier kerja kat maybank lah. Kita kenal melalui PR tapi I dah delete lah account PR ni sebab I telah dipermainkan oleh seorang mamat yang I pernah cerita dulu. So I ngan pudin leh kata close jugak tapi I tak pernah ada perasaan terhadap dier sebab dier adalah kawan saya.

Saya ni beza sikit sebab kalau once I dah fix sebagai kawan I takkan ada niat lain terhadap mereka hanya kawan sahaja. So malam khamis tu I ngan pudin dah fix time untuk jumpa kul 8.30pm dan masa pun tibalah untuk jumpa. Tapi saya yang sampai dulu tau, pudin tu kan memang kaki lambat. Geram tul, jalan pun macam 1 bulan tak makan. Punyalah bapak slow hehe. So bila both of us dah sampai kat kedai tu, tiba2 pudin bagitau saya yang kawan dier atau pun housemate dia akan join kita jugak. I pun ok jew lah kan sebab dah kawan pudin, lebih2 lagi pudin dah suruh dier datang macam maner plak I nak halau mamat tu kan.

So kita orang pilih tempat untuk duduk dan order makanan.Lepas tu kita orang borak lah, kutuk sesama sendiri hahaha. Itulah yang biasa kita akan buat bila I jumpa pudin. Banyak yang boleh borak kan bila ngan kawan ni. Dalam beberapa minit mamat tu pun datang lah, hmmm leh tahan lah. Kulit putih, tak tinggi sangatlah dan badan berisi jugak lah. Lepas dier duduk pudin pun kenal mamat tu ngan saya. Nama dier start dari F, sorry erk buat masa ini I kena hide dulu nanti baru i bagitau k.

Kita orang pun borak lah, I taktau kenapa I rasa senang sangat dengan dier. Dier bukan firendly sangat lah macam saya tapi at least ok dari yang penuh dengan ego tu! Kadang2 geram jugak dengan mamat2 yang ego tu, ingat baik sangat, ceh poda! Tak teringin kat dier pun hahaha.Oh yeah, I terlupa nak bagitau dier kerja apa kan, mamat tu adalah doktor kat hospital tempat saya. Borak punyer borak sampai dah habis makan, lepas habis makan kita orang borak lagi hahahah. Dekat setengah jam jugak. Kita orang borak macam2-lah.

Then mamat tu kata nak ke 7e, so kita orang belah dari kedai tu. Oh yeah, mangsa pada hari tu adalah pudin hahaha. Bayankan kita oranng makan hampir RM50. Kesian kat pudin heheh, nak kesian apa lak kan dah dier yang ajak hehe. Jahat tul saya ni :p. So mamat tu ngan pudin gi 7e dan saya apa lagi balik ar, nak buat apa lagi kan hehe. Masa on the way balik tu I sms kat pudin "thanks the treat, I really appreciate that pudin and nice to meet your friend as well", bayangkan I bleh sms masa drive!

Lepas jew sampai umah, I masa bilik untuk tukar baju tidur tiba2 I receive satu sms dari nombor yang I tidak kenali. Rupa2-nya mamat tu lah kawanp pudin, kata bosan ajak tengok movie. Gila kar apa, I baru sampai umah nak I drive lagi gi umah dier, tak kuasa aku hehehe. I pun bagitau lah dier yang I tak dapat sebab baru sampai umah dan letih. Dier pun tak lepas jugak, nak jugak saya join dier tengok movie dan yang bestnya adalah, dier suruh saya tidur ngan dier malam tu. Hek eleh mamat ni, suka2 hati jew suruh orang bermalam di umah dia, banyak cantik. Nanti tak pasal2 kena halau ngan mak saya, yalah saya kan anak manja so parents saya tak suka tinggal ngan umah orang.

So mamat tu tak nak kalah jugak, nak jugak saya tengok movie ngan dier. Masa I tanya korang nak tengok movie aper, dier leh kata movie "blue", lahabau punyer mamat. Hello, ko ingat apa? Aku ni mamat jual badan kar? Cilaka tul, macam sial! I pun bagilah alsan yang I xnak datang lepas tu I pun taktau macam maner I tertidur tak reply last sms dier. Pagi bangun tengok dier hantar sms " You mesti kena datang teman saya tengok movie jugak". Cubalah bayangkan pagi2 tengok sms macam tu yang baru kenal 1 hari! Adakah orang macam ni, nice try men ckp sendiri dalam hati hahaha. I punyerlah benggang pagi tu, yalah dari kecik sampai sekarang parents saya pun tak pernah control saya macam tu, siapa plak dier untuk kontrol saya, hampeh tul!

Ok setakat ni jew untuk cerita benar yang telah berlaku pada khamis lalu. Tunggu untuk sambungan cerita benar yang berlaku semalam iaitu jumaat, lagi panas dan sensasi hehe.

Wednesday, December 8, 2010

Teringat kembali


Selamat pagi semua, maaf sebab tak update blog yer. Sibuk ngan kerja dan assignment lah katakan hehe memang pun kan. Entry kali adalah tentang mamat kat hostel tu, sejak dua hari ni I asyik ingat kat dia malah muka dia selalu muncul di mata saya. Kadang2 macam dia berdiri di depan saya. Saya pun tak taulah nak buat macam maner! Nak cari penganti bukan perkara yang senang. Cinta adalah something yang perlu wujud di hati antara satu sama lain.

Mungkin I pernah kecewa dan terluka banyak kali tapi semua itu adalah satu pengajaran untuk hidup saya supaya lebih kuat menghadapi segalanya dengan kuat. Dalam untuk melupakan mamat di hostel tu begitu susah untuk saya kali ini. Adakah ini dipanggil sebagai cinta? Rindu? Suka? atau Gila? Seperti yang saya pernah katakan dulu, saya sudah letih untuk mencari jawapannya dan sehingga kini saya tidak dapat jawapan itu.


Semalam I ada terbaca sebuat cerita yang membuatkan saya sedar apakah itu cinta sejati! Cerita itu memang menarik, ada kat blog ni jugak tajuk "sisi Gelap". Entahlah korang ada baca ker tak tapi I memang teruja dengan jalan cerita itu. Penuh dengan kasih sayang, cinta, percaya antara satu sama lain, dan penuh dengan harapan. Walaupun itu hanya adalah cerita tapi ia seperti benar dalam hidup harian kita.

Saya memang tidak tahu apa yang saya patut buat sekarang! Saya harap tuhan akan bagi saya satu lagi peluang untuk saya supaya boleh merasai cinta yang sebenar. Tapi saya tidak pasti bahawa adakah saya layak untuknya!


Sudah 1 tahun saya hidup berseorangan! Sekarang saya betul2 rasa lonely walaupun banyak orang di sisi saya. Saya perlukan seorang yang betul2 cinta dengan sepenuh hati, itu dah cukup memadai untuk saya. Hati saya terlalu sakit apabila memikirkan apa yang telah berlaku dalam hidup saya. Air mata sudah pun mengalir semasa saya post entry ini. Saya tidak sepatutnya nangis tapi saya sudah tidak larat lagi menyimpan dalam hati saya, berat sangat untuk saya menanggungnya!

Monday, November 29, 2010

Disaat aku merindukan awak !



Disaat aku merindukan awak tapi sekarang semua hanya mimpi sahaja!

Apa lagi kalau bukan takdir?



Good morning everyone, I rasa hari ini adalah hari yang saya patut letakkan noktah untuk mamat hostel itu. Pagi ni dengan beraninya I call hostel untuk bercakap dengan dia tapi berita yang saya dapat adalah dier tidak tinggal lagi di hostel, baru pagi ni dia checkout!


Berita yang mengemparkan kan? Memang buat hati saya terkecai macam itu sahaja. Kan I dah ckp yang setiap kali saya suka pada seseorang itu mesti tak dapat punyer. Walaupun ini dah biasa untuk saya tapi kali ini susah sikit untuk menerima hakikatnya sebab saya suka dan cintakan dier. Mungkim tidak boleh kata cinta tapi perasaan terhadap dia memang suka.

Sebenarnya I memang dah planning semalam yang minggu ni I nak cuba untuk kenal dier dan bercakap dengan dia. Saya pun taktaulah kenapa saya takut nak tengok muka dia sampai senyum pun tak mampu. Tapi saya adalah jenis orang yang akan senyum kalau terserempak dengan orang lain walaupun I tak kenal orang tersebut. Itulah cara saya tapi dalam kes mamat ni I tak boleh, saya pun taktau kenapa.

I betul2 tak berani nak tengok muka dier, setiap kali kalau tengok pun beberapa saat jew, tengok dan toleh kat tempat lain. Dier pun kadang2 pandang I jugak tapi belum tiba masa lagi untuk kenal. Entahlah tapi yang pasti kami sama suka. Itulah ingatkan minggu nak bercakap dengan dia tapi semua sudah berakhir macam itu sahaja sebaik sahaja saya dapat tahu yang dier sudah tinggal lagi di hostel.

Apa yang saya boleh katakan selain dari takdir saya! Kalau nak saya lupakan dier mestu mengambil, saya pun taktau kenapa saya jadi begitu lemah kali ini. I dah cuba sedaya upaya untuk menempuhi tapi hati saya begitu lemah dan lembut! Rasa nak nangis dan jerit sekuat hati saya tapi bukan kat office k!



Rasa nak peluk seseorang dan nangis. Siapa lagi kalau bukan mamat itu dan semua sudah berakhir tanpa garis permulaan. Kalau lah saya jumap dier sekali lagi mesti saya akan luahkan segala yang dalam hati saya.

"Tuhank yang maha kuasa, bantulah saya untuk menempuhi kesedihan kali ini"

Friday, November 26, 2010

Cerita pada 25/11/10

Hi semua, apa khabar? Harap semua sihat sejahtera si samping orang yang tersayang. Hari saya balik hari sebab esok kan saya cuti (26/11/10), kerja minggu ni memang meletihakan yalah minggu terus dari minggu lepas sampai sabtu ahad pun masuk kerja. Eh untung tul company saya pekerja macam saya, memang susdah nak cari pekerja macam saya tau hahah, so kalau mana2 company yang perlukan pekerja macam saya tu boleh lah tawarkan pada saya. Gila kan saya, hehe promotekan diri saya sendiri. Apa da…..tapi kalau ada yang tawarkan jugak I takkan tinggalkan kerja saya ini, saya memang cintakan kerja saya sekarang walaupun banyak cabaran tapi saya menghadapi semua itu dengan penuh cabaran.

Ok back to the story, masa I tengah layan cerita Cinta Kirana di Astro Ria (1 Malaysia beb hahaha) tiba2 teringat kat mamat kat hostel tu. Hmmm entahlah saya, rasa macam mula rindu dan cinta kat dia tapi takut jugak saya nanti kecewa lagi! Habislah saya, tak sangup saya, saya cuba untuk lupakan tapi apakah daya saya untuk berbuat demikian. Saya pun manusia jugak yang mempunyai perasaan sedih, gembira, jiwang dan segalanya.



Entahlah macam maner ni! *sigh* … saya sendiri pun taktau adakah ini makna saya sudah cinta kat dier atau hanya crush sahaja! You all tau tak yang ada jugak 3 hari yang tengah tackle saya tapi saya taknak jump straight into the conclusion tapi saya nak ambil masa untuk memikirkan semua. Macam saya kata selalu saya taknak apa yang telah berlaku sebelum ini berlaku lagi dalam hidup saya ini.



Setiap kali saya memikirkan apa yang telah berlaku dalam hidup saya sebelum ni, is memang menakut saya sampai kadang2 mengalir air mata. Saya sendiri pun tak tau apa dan dimana kesilapan saya yang saya telah lakukan semasa dalam perhubungan. Hampir setiap hari saya memikirkan dimanakah kesilapan tapi tak dapat jawapan jugak. Apa nak buat, mungkin ini adalah takdir saya untuk menghadapinya.

Buat masa sekarang, saya takmau mikir panjang tentang ini. Segala saya berikan pada tuhan biar dia yang menentukan segalanya untuk saya kerana hanya dia yang tau apa yang baik untuk diri saya. So setakat ini sahaja buat masa kini nanti saya akan update balik kalau ada apa2 perkara yang meriah berlaku dalam hidup saya 

Wednesday, November 17, 2010

:::Perasaan yang kian pudar:::

selamat pagi semua dan selamat hari raya haji kepada semua kawan2 muslim saya. lLama tak update blog kan, biasalah melayan perasaan ma hehe. Ok, sambungan cerita tentang yang telah berlaku di hostel. Sebenarnya tak berlaku apa2 pun, I jew yang rasa macam nak lepaskan segala perasaan terhadap dia sebab I taknak menaruh perasaan saya dan kecewa nanti.


Mungkin dier jugak mempunyai perasaan sama seperti saya dan saya tidak boleh membuat keputusan bahawa perasaan itu adalah terhadap saya, mungkin pada lelaki yang tinggal sebilik ngan dia atau pada orang lain sebab dia tinggal di hostel tu untuk lama sangat so mungkin dier kenali lebih banyak orang dan saya plak hanya balik ker hostel pada seminggu sekali so tak bakyaklah kenal orang di situ. Kenal pun hanya manager dan warden sahaja!

So buat masa kini saya taknak menaruh perasaan terhadap sesiapa pun, ada jugak driver saya yang tengah tackle saya tapi is mungkin tidak akan jadi sebab dia adalah driver saya so it's impossible for me to love him dan saya jugak taknak rush untuk cinta lagi sebab selaju yang saya rush selaju itulah cinta itu hilang terhadap orang itu.



Saya memang clash ngan banyak jejaka tapi dia orang tak clash pun saya, hanya saya yang kuat berangan kot! Entahlah, I tau yang I bukan sempurna dan ada kekurangnan pada diri saya. Untuk orang lain i tak pastilah, I bukan nak merendahkan diri saya tapi inilah kebenaran tentang diri saya dan saya tengah cuba untuk membaiki diri saya ini yang semampu.



Setiap orang ada jejaka mimpi dier tersendiri kan dan sama jugak dengan saya. I nakkan seorang yang cinta saya dengan hati yang jujur dan ikhlas, i taknak yang suka mempermainkan saya sebab I dah kena sebelum ini. You all pernah rasa tak sakit kerana dipermainkan? Kesakitan itu memang memeritkan, sehingga sekarang tak dapat lupakan perkara yang terjadi pada saya. Saya tahu memang semua orang pernah kena tapi semua menerima kejadian itu ikut keadaan diri tersendiri dan saya memang sensitif bahagian ini. Hati saya ni lembut, pujuk jew sekali terus cair, lebih2 lagi kalau di pujuk oleh xbf saya, cari sampai meleleh hahaha.



Semua itu hanya tinggal kenangan sahaja dan amat payah untuk saya cari pengantinya itu! Yang seida ada pun bukanya confirm pun.....macam 10/100%! Kenal oun tak ngan mamat tu sajew nak dok berangan! So dalam kes ini saya akan serahkan pada tuhan untuk membuatkan keputusan keran hanya dia yang tau apa yang baik dan buruk untuk diri saya :)

P/S: Minggu ni tak balik hostel sebab takder kelas so next week kita tengok lah macam maner, kalau ada jodoh mesti dia pun akan ada di hostel kalau tak paham2 jewlah kan hehe. Bye then!