Pages

Saturday, July 10, 2010

Kesunyian melanda seperti tsunami...



Selamat pagi kawan2 ku yang amat sayanggi. Memang senang kan untuk kita ucapkan perkataan sayang pada sesiapa sahaja yang kita suka dan sayang tapi perkataan cinta hanya boleh ucapkan pada orang yang betul2 kita cinta, suka, sayang, setia dan juga jujur tapi ada jugak yang suka ambil kesempatan pada diri masing2 dan kita tak boleh salahkan mereka sebab inilah satu sifat yang terdapat dalam manusia.

Buat masa ini, saya amat kesunyian sejak kebelakanggan ini. Mungkin kesunyian ini adalah disebabkan peninggalan dia tapi saya tengah cuba sedaya upaya untuk melupakan dia dan akhirnya saya berjaya 90% untuk melupakan dia. Sekarang saya hidup berseorang tanpa sapa2 di dalam hidup saya.

Walaupun ada yang cuba dekatkan diri dan mengenali saya tapi saya tetap akan pegang janji2 yang telah saya buat untuk diri saya. Saya tahu yang masa akan berlalu dan mesti ada yang sedang tunggu saya. Walaupun menunggu lama tapi saya sangat berharap yang saya berjumpa dengan seorang yang amat jujur, setia, cinta dan sangat sayang saya, begitu juga dengan saya.

Kadang2 saya fikiran saya terburu untuk dapatkan kekasih baru tapi saya perlu ingat yang saya perlu sabar dan tidak boleh terburu buru untuk dapatkan kekasih baru keran ia mungkin melukakan hati saya.

So sekarang apa yang saya perlu buat adalah saya perlu sabar.

Tuesday, July 6, 2010

Three important things in love



CONFIDENCE

Once, all village people decided to pray for rain.

On the day of prayer all people gathered and only one boy

came with an Umbrella,

that ' s Confidence





***
TRUST

Trust should be like the feeling of a one year old baby

when you throw him in the air,

he laughs......because he knows you will catch him;

that ' s Trust




***
HOPE

Every night we go to bed,

we have no assurance to get up alive in the next morning

but still you have plans for the coming day ;

that ' s Hope

Monday, July 5, 2010

Mimpi yang begitu indah sekali

Selamat petang kawan2 apa khabar semua? Hari ini saya gembira sikit walaupun baru kehilangan bukan atas kesalahan saya. Dia tinggalkan saya kerana dia tidak jujur dan setia pada saya tapi walau macam maner pun saya tetap tidak akan marah pada dia kerana bila saya benci dia saya akan jadi macam gambar yang di bawah...



So saya takkan benci dia tapi saya akan lupakan dia dari hati saya.

Hari ini saya begitu terkejut dengan satu mimpi yang buat saya gembira sikit. Mimpi itu mengisahkan seorang jejaka (entah siapa mamat tu) letak tangan di pinggan saya seperti bf saya plak. Saya tetap menepiskan tangan dia tapi dia tetap letakkan tangan di pinggang saya jugak, dahlah kat public lagi tu ish ish ish apa nak jadi ni...hmmm tapi saya suka sebab ada jugak orang nak tackle saya hahaha (perasaan tul).
Biasalah manusia tak jauh bezanya.

saya harap tak lama lagi ada orang yang betul2 setia akan pegang tangan saya, tak kisah miskin ker, hodoh ker janji setia dan jujur pada cinta dan juga saya..



Hmmmm bilakah saat itu akan tiba??? Saya hanya perlu tunggu untuk orang yang bakal "x" tu muncul di hidup saya hahaha saya bagi nama pada bakal itu sebagai "x" selagi dia muncul hahaha. Kita tunggu sajew ok....

A day with my family at Cameron
















*inilah kawan saya suhaimi*


*there is nothing between us*







I was so enjoy with my lovely mum and sister and also one of my close friend name Suhaimi. Jangan salah faham ok sebab saya dengan suhaimi hanya seorang kawan baik sahaja, tiada apa yang antara saya dengan di walaupun kami rapat...tapi saya betul2 enjot trip semalam pada 4/07/10 ngan fmly saya.

Friday, July 2, 2010

Persemadian secara hidup

Akhirnya semua telah habis dalam hidup saya. Ini lah balasan yang diterima oleh saya untuk cinta saya setia padanya. Saya memang tak faham! Saya sudah tanya pada diri saya apakah kesalahan saya tapi setahu saya, saya tidak buat salah tapi saya mengaku yang saya mungkin pernah melukakan hati dia dan saya telah minta maaf seribu kali. Semua yang saya mimpikan dan membina kota dalam hati saya akhirnya terkecai maca itu sahaja. Bayangkan dia sendiri yang menjanjikan pada saya yang dia tidak akan mensiakan cinta saya terhadap dia tapi apa yang berlaku adalah dia sendiri mengkotakan janji yang telah di buat. Memang pelik ar dengan orang2 macam ini dan funny.

Huh I dah cukup letih, cinta telah membuatkan hidup saya penuh seksa. Apa kesalahan saya sampai tuhan dan dia buat macam ini terhadap saya? Tapi dia pernah msg satu lagi nombor yang mengatakan dia balik Melaka untuk jumpa bf dia dan lebih2 lagi dia janji yang nak jumpa saya pada hari ni tapi semuanya tak jadi. Satu sebab utama yang tak jadi kerana dia diamkan diri macam patung.

Sebenarnya saya sudah bersiap untuk pergi KL walaupun dia tidak balas dan dengan harapan dia mungkin ada balas yang mengatakan dia tengah tunggu di tempat yang kami janjikan tapi semuanya serba tak kena hari ini apabila banyak masalah timbul di tempat kerja dan tiket bas pun dah habis. So lepas fikir saya malaslah nak turun KL lagi pun dia tak jawab panggilan saya malah msg saya kepada dia.

Selepas saya fikir selama sehari dan saya bauat keputusan untuk menjauhkan diri dari dia kerana itu yang dia inginkan. Kita tengok jewlah apa yang bakal akan berlaku. Tapi untuk kali ini saya tak rasa begitu sakit sebab mungkin dah biasa kot untuk kali ke-3 .....

Kepercayaan, Setia & Jujur

Apa makna kepercayaan, setia dan jujur? Setiap kali saya jatuh cinta pada seseorang inilah soalan yang pertama timbul dalam diri saya. Saya pernah cinta sebanyak 3 kali, kali pertama selama 2 tahun, kali kedua cuma cinta "one sight love" dan kali ketiga baru2 sahaja dengan seorang yang bernama Sofian. Mungkin cinta pada kali pertama saya tidak begitu kisah pasal percaya, setia dan jujur dan untuk kali ketiga saya amat menitik beratkan ketiga tiga ini untuk menjaga perhubungan itu tapi akhirnya cinta itu pergi begitu sahaja.

Dia hanya mendiamkan diri sahaja. Saya ada call dia dan hantar sms begitu banyak sekali tapi tidak ada balasa untuk satu pun. Macam maner saya perlu anggap kesenyappan ini? Saya tidak tahu macam maner nak buat keputusan! Adakah saya patut anggap kesenyappan ini sebagai dia tiada lagi dalam hidup saya? Bahagian inilah yang paling pahit dalam hidup saya untuk 3 kali berturut turut.

Kenapa dia buat macam ini dan sanggup buat macam ini terhadap saya? Apakah kesilapan yang saya telah lakukan terhadap dia? Setahu saya, saya memang jujur, setia dan ihklas dalam setiap perkara yang saya lakukan. Saya ingat dia setiap saat, setiap minit, setiap jam dan setiap hari dan inilah balasan yang amat manis dia bagi saya. Saya amat menghargainya.

Saya tidak marah terhadap dia tapi cuma kecewa terhadap dia kerana dia mengunakkan perkataan cinta untuk entah dia nak apa? Kalau tak suka seseorang bagi tahu sahaja dan apa masalahnya kalau bagitau straight forward?

Apa yang post kat sini mungkin jiwang untuk anda semua tapi hanya di sinilah saya boleh mencurahkan segala perasaan saya. Cinta itu datang secara semula jadi dan ada dalam diri setiap insan atas muka bumi ini. Saya tidak berhak untuk kata saya tidak mahu cinta lagi sebab mungkin cinta itu mekar sekali lagi dalam hidup saya pada masa akan datang tapi untuk saya pengalaman cinta sebanyak tiga kali sudah membuatkan saya cukup letih dan hati saya hancur berkecai seperti kaca apabila setiap orang buat perkara yang sama terhadap saya. Apa dosa saya?

Masalah saya yang amat besar adalah senang sayang pada semua orang dan terhadap sofian pun sama jugak. Memang saya tidak boleh salahkan cinta tapi saya boleh salahkan diri saya sendiri untuk perkara ini. Ini adalah pengajaran yang amat besar dalam hidup saya. Adakah semua anhggap saya ni sebagai sebiji patung yang tidak mempunyai perasaan?

Apabila terkenang segala perkataan yang dia ucapkan pada saya, sayalah orang yang paling bahagia walaupun hanya 2 minggu tapi ia adalah merupakan kenangan yang amat indah kerana dia kata dia begitu sayang saya sehingga sanggup datang sini untuk melawat saya. Adakah ini semua ini benar atau hanya semata mata perkataan untuk munutup mata saya? Adakah dia anggap saya untuk mengisi masa lapang dia?

Walau macam maner pun, terima kasih untuk mengembirakan saya dan bagi harapan yang amat besar dalam hidup saya. Saya takkan padam semua msg yang dia hantar untuk saya kerana saya akan simpan msg itu sebagai kenangan saya dan hidup dengan msg itu selagi saya cinta pada dia.

Saya akan bagi peluang yang akhir sebelum saya membuat apa2 keputusan tentang cinta ini.

Wednesday, June 30, 2010

Jawapan yang tidak menentu....

Selamat pagi kawan2 semua yang saya sayanh sekalian. Ingat lagi tak yng saya kata nak tunggu dia sms saya akhirnya dia sms jugak. Tapi alasan dia entah dia kata takda kredit, hmmmmm kerana cinta terhadap dia begitu dalam saya tetap terima alasan dia dan mungkin juga benar.

Dari pandangan saya dia tak berapa jujur lagi sebab saya guna number hp saya satu lagi untuk kacau dia tapi lain plak jadinya. Dia msg ker number personal kata dia tengah tolong kawan dia di sebuah restoran tapi bila dia msg ker number satu lagi di kata tengan main boling. Entah mana satu nak percaya ni, walau macam maner pun saya akan bincang dengan dia jumaat ini masa jumpa dia. Mungkin ini adalah satu salah faham dan harap begitu jugak. Satu sebab saya kerana saya harus bertolak ansur adalah kerana saya amat mencintainya.

Mungkin terlalu awal untuk kami lafzafkan perkataan cinta tapi kami masih mempunyai banyak masa lagi untuk mengenali satu sama lain. Sejak kebelakang ini saya rasa seperti dia telah jauh dari saya atau mungkin perasaan saya sendiri?

Mungkin saya perlu lebih kenali diri dia dan lebih memahami dia. Saya bukan curiga terhadap dia tapi saya takut kehilangan dia dalam hidup saya dan kamu semua kan tahu yang saya memang mencintainya. Walaupun dia tidak balas satu msg saya, saya mula risau apa yang dia sedang lakukan di sana dan harap semuanya selamat untuk dia. Saya bukan nak dia msg saya setiap saat tapi hanya satu msg yang boleh menyenangkan hati saya yang dia selamat dia sana.

Perasaan takut mula timbul di dalam diri saya dari mulai saat saya cintai dia. Takut kehilangan dia, risau kesihatan dia, risau keselamatan dia dan risau dari segala benda yang boleh membahayakan diri dia. Saya betul2 tidak tahu macam maner saya nak buktikan cinta saya terhadap dia. Walaupun tak lagi kami akan berjumpa, perasaan geentar itu ada tapi bukan seperti dulu. Gementar dulu hanya kerana cinta monyet tapi boleh bertahan selama 2 tahun kerana ex saya jaga perhubungan kami tapi untuk kali ini rasa risau dan takut yang menguasai diri saya.

Setiap hari dan setiap saat saya memikirkan cara untuk jaga perhubungan kami supaya kekal sampai akhir hayat saya. Satu sahaja permintaan saya terhadap tuhan yang maha esa iaitu pastikan saya jalan dulu sebelum dia kerana saya tidak bayangkan hidup saya tanpa dia. Kadang2 saya memang sibuk dengan kerja tapi saya masih ingat kat dia setiaap saat, masa tidur lagilah, perlbagai soala yang timbul dalam diri saya dan tidak dapat jawab kesemua soalan itu.

Seperti yang saya kata tadi mungkin saya perlu lebih memahami dia, mungkin dia sibuk dengan keja dan perkara yang paling penting saya tak boleh lupa adalah dia mempunyai kehidupan sosial dia dan saya tidak boleh masuk campur sama sekali tapi kehidupan sosial dia yang terlampau saya akan masuk campur kerana ini mungkin effect perhubungan kami berdua.

Entahlah, saya tengah keliru!!! Saya tidak tahu cara yag terbaik untuk mejaga perhubundan kami dan adakah dia pun memikirkan cara untuk kekalkan perhubungan kami? Kalau saya seorang jew risau dan fikirkan cara untuk menjaga perhubungan kami tidak guna juga sebab ini adalah hidup kami berdua dan kami berdua harus berbincang masa depan kami dengan lebih teliti.


Yang tinggal dalam diri saya sekarang adalah cinta yang terlampau terhadap dia, risau, rasa takut dan bimbang.......hidup yang tidak pernah berhenti perjalannya sehingga akhir hayat kita.