Pages

Wednesday, October 6, 2010

Tuhan yang maha kuasa


Selamat pagi semua. maaf lah lama tak update blog. Busy ngan kerja, setiap kali rasa nak updape tapi masa plak takder...aper nak buat kan...tapi takper entry kali adalah tentang gembira yang baik. Mungkin pada pembaca entry kali ni mungkin pelik sikit tapi inilah kebenaran dengan apa yang sedang berlaku dalam hidup saya. Semua ini bukan yang saya mintak tapi tuhan yang maha kuasa itu yang berikan pada saya dan saya harus menerima dengan hati yang ihklas kerana dia tahu apa yang terbaik dalam hidup saya.


Selepas banyak perkara yang tak manis telah berlaku dalam hidup saya tapi kali apabila perasaan saya tukar kepada seorang yang begitu menawan dan sering membuat saya senyum telah menarik hati saya, iaitu seorang perempuan yang bernama "Devishalini". Saya sendiri pun tidak tahu kenapa saya boleh rasa sayang pada dia tapi itulah kenyataan. Pada mula saya bersala salah kerana saya ni suka pada lelaki dan tiba2 suka pada perempuan plak tapi bila fikir balik mungkin inilah yang dihendaki oleh tuhan untuk menyempurnakan hidup saya.


Tapi saya masih rasa bersalah pada diri saya dan dia, walaupun saya dapat sembunyikan kebenaran dan diri saya sebenar buat masa ini tapi satu hari nanti mesti akan diketahui oleh dia. Semua perbuatan tuhan mesti ada makna yang tersembuyi dan kitalah harus carikanya. Saya betul2 keliru buat masa sekarang dengan pilihan yang telah buat dan saya taknak melukakan hati dia.

Kalau nak ceritakan pasal dia tak cukup lah sehari ni. Dia memang cantik, penyabar, comel, sentiasa suka senyum tapi dia lebih tua 2 umur dari saya. Bagi saya umur itu tidak ada masalah dan bukan isu besar pun sebab kalau dah suka each other kenapa nak kisah pasal usia kan lagipun sekarang memang banyak orang kahwin macam tu pun.


Buat masa kini kita orang belum propose lagi kat each other, kami taknak rush sangat. Kami nak fahami sesama sendiri lebih dahulu sebelum membuat keputusan selanjutnya. Untuk menngucapkan cinta itu hanya perlukan sesaat tapi untuk memahami seseorang memerlukan masa yang panjang dan lagipun dia belum rasa comfortable dengan saya. So kami masa untuk diri sendiri, masa untuk supaya accept the reality dan untuk dia I taktaulah...oh yeah, dia seorang geologist yang kerja satu company dengan saya.


Kami dalam process perkanalan semasa sendiri tapi saya tidak tahu berapa lama lagi saya mahu tipu diri saya sendiri, keluarga saya plak suruh saya kahwin. Kalau mereka semua tahu siapa diri saya sebenar hancur kecai hati mereka. Saya taknak benda macam tu berlaku, untuk kebaikkan diri saya sendiri dan demi keluaga saya akan berubah, benda2 macam ini saya tidak boleh kongsi ngan sapa2 dan hanya tenpat ini lah saya boleh ceritakan segala bendanya...harap kawan2 dalam ini bagi pendapat anda dan saya akan buat yang terbaik untuk semua...

Sunday, October 3, 2010

Wednesday, September 22, 2010

Dugaan demi dugaan....


Saya dah banyak melalui dalam kehidupan saya yang boleh katakan membuat saya matang dari segi kerjaya,dalam keluarga, hidup sendiridan dalam study saya. Biar saya cerita satu per satu.

Dari segi kerjaya, I pernah kerja di beberapa tempat dan yang paling saya suka sekarang adalah di lombong emas yang terdapat di pahang, kuala lipis sebagai mining administrator. Dah nak dekat 2 tahun saya kerja sini, mula2 saya masuk sebagai kerani jew lepas 1 tahun naik pangkat ke administrator plak. Kadang2 saya rasa lebih senang kerja sebagai kerani tapi fikir balik saya diberikan pangkat ini kerana kemampuan saya yang saya telah buktikan selama saya kerja di sini. Saya amat cintakan kerja saya sekarang, walaupun kadang2 terlalu banyak kerja sampai tak dapat nak siapkan ontime dan terpaksa stay back sampai kul 9pm pun ada tapi saya tetap suka dan cinta terhadap kerja saya. Biasalah orang kata "The higher level you are the more responsibilities you have". Sama juga, masa kerani pun sibuk dan lepas naik pangkat lagi sibuk.

Dari segi keluarga plak masalah keluargalah aper lagi kan. Biasalah so I taknak ckp banyak katy sini sebab kadang2 parents marah tu adalah untuk kebaikan diri sendiri lagipun I suka dimarahi oleh ibu saya sebab dia memang sayangkan saya dan saya adalah anak kesayangan dia walaupun kadang2 dia marah sampai rasa sakit hati tapi kejap jew lepas tu baik semula dengan saya. Itulah dipanggil sebagai ibu saya...

Sekarang part yang paling best adalah hidup saya. Tentang hidup saya biasalah masalah cinta aper lagi kan. Walaupun saya cinta seseorang tu dengan setia dan ikhlas tapi orang tu plak yang mainkan saya. Saya rasa jeles sangat bila tengok couple yang gembira sangat dan suka baca macam maner dia org tackle orang kesukaan dia...best kan...tapi I tau lah siapa diri saya kalau nak bandingkan dengan orang lain, bajet diri sempurna diri sendiri sempurna tapi hanya orang jew yang nampak mana kekurangan itu, biasa orang ckp cinta harus datang pada hati bukan paras rupa kita tapi orang sekarang semua ikut paras rupa, apa nak buat ada yang fikir cinta paras rupa akan bahagiakan hidup mereka hmmm......buat masa sekarang saya hanya nak berseorang sahaja walaupun saya rasa amat sepi kerana entah mungkin melum tiba masa untuk saya cinta orang yang betul2 cintakan saya kot.

Tentang study plak, dengan susah payah I sudah mejejaki kaki saya dalam dunia college dan juga subject yang saya plain suka iaitu undang-undang. Walaupun banyak sangat halangan tapi saya tetap gigih dan berusaha untuk memcapai matlamat saya demi masa depan saya dan untuk banggakan keluarga saya terutamanya ayah dan ibu saya.

Inilah sikit2 kisah tentang dugaan yang saya telah dan sedang hadapi, takkan saya nak cetiakan semua kot. Nantilah bila ada masa lagi saya akan ceritakan lagi k....

Wednesday, September 15, 2010

Kerinduan......



Selamat pagi semua, apa khabar? Harap korang semua sihat, raya macam maner? Mesti best kan hehe. Hari ni tiba2 I terasa rindu entah kat siapa, rasa macam pening jew sampai I sendiri pun taktau siapa yang I rindukan. Walaupun saya senyum kat luar tapi kat dalam terluka sangat, jeles jugak tengok kat orang yang dah berpunyer tapi mungkin belum tiba masa untuk saya memiliki seseorang dalam hidup saya.

Dah nak buat macam maner kan, I dah cuba sedaya upaya untuk mempertahankan hubungan sesama kami (ex) tapi kalau saya seorang jew yang mempertahankan apakah kegunaanya kan. Kalau dah masuk dalam relationship kena sama2 korban tapi yang I nampak setakat ini semua mementingkan diri sendiri, kadang2 mereka mengunakan saya semata mata untuk duit. Kalau nak duti dari saya, ckp jewlah kan, xpayah nak guna perkataan cinta dan tinggalkan saya.

I tau I tengah membuang dan membazirkan masa saya apabila memikirkan benda ini tapi saya terasa amat sunyi walaupun ada seseorang tu call dan sms saya yang itupun I takder niat untuk cinta kerana dia macam dah berpunyer takbaiklah kan kacau hak orang.

I ada banyak mimpi tentang kekasih saya, macam movie jugak lah nak si dia yang datang propose kat saya, lepas tu kenal sesama sendiri dan barulah kita bercouple. Tapi kalau dah takdir iktu cara lain takper jugak kerana dah nama takdir. Banyak jugak I dah tengok, semua handsome belaka tapi handsome bukan makna orang tu baik kan, kenalah hati baik jugak dan sudi cinta kita dengan sepenuh hati.


Apa2 pun, rindu tengah memaksa saya untuk memikir yang bukan2 sampai nak call orang yang telah tinggalkan saya dan I tengah cuba untuk menghalang diri saya berbuat demikian. Hmmmm

Tuesday, September 7, 2010

Cinta yang tak kekal

Selamat pagi semua, apa khabar? Sorry, lama tak update blog saya, alasan yang sama jugak busy ngan kerja hehe. Sedar tak sedar sudah nak raya so untuk semua kaum muslim "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin". Mesti best kan sambut hari raya bersama keluarga kita, harap korang (yang islam) akan enjoy. Untuk entry kali ni, macam biasa jugaklah kan, title "Cinta" lagi. Yalah, blog saya adalah khas untuk cerita jalan cerita saya yang bercampur ngan perkara gembiran dan jugak perkara yang sedih. Kalau bak 2 cinta ni memang saya dah tau yang tidak akan kekal dalam hidup saya seperti biasa.


Apa nak buat kan dah memang dah tau benda macam ni akan berlaku dalam hidup saya. Memang sudah bersiap sedia pun untuk menerima dalam hidup saya, apa lagi saya boleh buat, takkan saya nak dok menangis setiap hari dok fikir pasal ini. Lantak dialah, nak suka kat siapa ker, cinta siapa ker bukan masalah saya pun. Buat masa sekarang saya hanya nak berkawan dengan semua sebab saya entah dah bosan ngan cinta. Walaupun ada yang nak cinta saya tapi perasaan cinta itu tiada lagi dalam hidup dan hati saya. Kadang2 adallah jugak jeles ngan orang sebab gembira dengan pasangan mereka tapi saya kena sedar bawaha yang cinta tidak sesuai untuk diri saya dan saya lebih rela hidup bersendirian walaupun kadang2 rasa sunyi sangat.

Sekarang saya amat sibuk dengan kerjaya saya selepas naik pangkat dan tak lama lagi kelas akan bermula. Saya akan kembali seperti dulu sibuk dengan hidup saya dan inilah peluang yang amat baik untuk saya jauhkan diri dari cinta best kan idea saya hehehe. Untuk saya semua orang sama jew dalam cinta, macam passing clouds. Datang dalam hidup saya dengan pelbagai rupa dan keluar dengan stau rupa yang sama sahaja dan yang paling bestnyer adalah saya lah mangsa. I pun tak pasti lah kenapa mereke semua ni suka sangat buat saya macam ni! Apa kesilapan saya dan kenapa mereka macam simpan dendam terhadap saya?


Saya sanggup menyepi daripada lukakan hati saya sendiri dengan cinta. Saya dah tanya pada diri saya sendiri kenapa benda macam ni hanya berlaku dalam hidup saya, dah letih dengan benda ni semua. Entah kenapa, rasa macam dah meluak bila dengar perkataan "CINTA". Kadang2 I cuma sajew2 post kat facebook, itu pun dah banyak orang tanya dah berpunyer. Hmmmm apa da, I cuma post suka2 jew, itu pun takleh.

Mungkin semua ini berlaku untuk mematangkan diri saya sendiri kot. I tak pasti lagi berapa banyak orang lagi yang seperti saya tapi pada usia yang muda ini baru hanya 20 I dah kerja dengan pangkat yang setaraf dengan senior dan manager, kena handle masalah keluarga lagi, masalah peribadi lagi, masalah study lagi dan banyak lagi dalam hidup saya. Bila tambah lagi dengan masalah cinta ini buat saya seperti tiada tenaga langsung untuk bergerak lagi. Tapi masalah di tempat kerja lagi teruk dari semua dengan pekerja2 bawah saya, ya tuhanku macam rasa nak muntah darah. Tak lama lagi hp saya akan meletup kerana tak tahan berbunyi hampir setiap minit dari pekerja saya.

Wednesday, August 25, 2010

Sekali lagi cinta itu menyakitkan.....


Selamat pagi semua, aper khabar? Sorry lama tak udpdate, maklumlah busy ngan kerja seperti biasa. Walaupun tajuk adalah sekali lagi tapi entah dah berapa kali saya menempuhi benda yang sama dalam hidup saya. Lepas semua perkara berlaku dan jelaskan situasi kepada empat jejaka itu tapi 1 daripada 4 itu yang bernama Dani tetap suka dan cinta pada saya. Pada mula saya memang tak berniat untuk cinta. Hampir sebulan saya kenali dia dalam dunia cinta tapi saya tak luahkan pada dia yang saya cintakan dia, mungkin dia tau kot. Ah peduli apa kan, tapi saya cuba jugak untuk tidak bercinta dengan dia, mula2 saya memang tak cinta pun tapi lepas dua tiga hari tak bercakap, tak dengar suara dia macam rindu plak kat dia, entah kenapa. Ada some misuderstanding yang berlaku lah antara kami berdua.

Ceritanya macam ini, minggu lepas adalah beberapa hari dia tak call dan tak msg saya. Yalah, dah kata tak cinta nak kisah apa kan kalau msg ker tak msg ker, call ker tak call ker tapi saya rasa rindu plak kat dia. Saya sendiri pun keliru adakah saya cinta dia jugak! Dulu dia memang pernah bagitau saya yang kami akan stay sebagai kawan dan tidak akan cinta, lepas tu saya dah tetapkan dalam hati saya bahawa dia adalah kawan saya bukan bf tapi entah apa yang berlaku dalam diri saya.

Ok balik kepada cerita asal, lepas I msg dia dalam fb dan jugak hp, di balas kata dia busy. Saya memang tau dia tengah busy tapi saya cuma main2 ngan dia jew tapi dia ambik serious dan dia kata dia amat kecewa ngan perangai saya. Saya dah jelaskan semua dekat dia tapi dia macam taknak terima jugak dan saya sudah tahu yang dia cuba menjauhkan diri dari saya. Yalah, sama jugak ngan sofian kan, tinggal di KL mesti ramai yang suka dah lah hensemkan. Mungkin dia jugak telah jumpa yang lebih sesuai ngan dia.



Saya faham dan tahu kekurangan dalam diri saya sendiri. Lagipun benda macam ni dah biasa untuk saya sebab perkara macam ni memang pernah berlaku dalam hidup saya pun kan. Apa2 pun harap dia akan bahagia dengan orang yang dia sayangkan, apakah daya saya kan untuk menghalang dia. Itu adalah hidup dia, dia lebih berhak untuk membuat keputusang yang terbaik untuk diri dia sendiri. Mungkin dah takder jodoh kot, kalau yer pun tengok lah macam maner. Sekarang tiba masa untuk saya berjiwnag jap selama tiga empat hari dan lepas tu kembali normal....

Tuesday, August 17, 2010

Misi petik buah duku....



Selamat pagi semua, aper khabar? Korang posa ker tak ni? Hahahah just main2 jew....jangan marah yer, I pun posa jugak tapi malam lah masa tido hahha. Hari minggu lepas, saya ngan mak dan kakak pergi petik buah duku dekat tempat kerja saya. Korang tau tak, kebun entah siapa punyer dan kota orang main petik jew hahaha. Bukan nak curi tapi nampak banyak orang yang selalu masuk kebun tu untuk petik buah, yalah bukan curi aper kan, hanya buah jew lagipun kebun tu macam kena hunted jew. Dah lah owner dier pun takder kat sini so main ambik jew hahaha.



Kita orang tolak dari rumah kul 4.30pm kot tak silap saya, sampai ke destinasi tu dalam jul 4.45pm. Dekat jew pun bukan jauh sangat. Mula2 sampai ingatkan saya yang kena panjat pokok untuk petik buah duku, yalah saya seorang jew lelaki dalam misi ni hahaha macam misi perang plak.


*ini lah jalan masuk kebun tu...*

Sampai jew kat saner punyalah banyak pokok buah, huh. Semua pokok penuh dengan buah duku, ape lagi kita serbu dulu hahaha. Bermulalah misi petik buah duku kat kebun tu. Korang tau tak, ingatkan I nak panjat pokok tapi rupa2-nya mak ngan kakak saya tiba2 panjat pokok dan petik duku. Tercegat aku dok bawah tengok dier orang petik buah, mcam tomboy lak dier org. Bukan satu pokok jew dier orang panjant tapi hampir semua pokok dier serbu ya tuhanku.