Pages

Tuesday, July 13, 2010

Penantian untuk mengisi tempat kosong di hati saya oleh "MHS"


Selamat pagi semua, apa khabar? Entah kat mana saya nak mula dulu. Hmmmm semalam almari baru saya sudah sampai, bilik saya pun dah berubah sekarang. Maklumlah anak manja so semua di ubah suai oleh kakak dan mak saya :p, alamak lupa lak nak ambik gambar kan, takper nanti I cuba ambik gambar ek. Oh ya, I dah bagi satu nama kepada dia sebab saya taktau nama dia lagi nama dia adalah "MHS" (lain kali I bagitau nama maksud penuh ni k)

Entah kenapa saya tergila sangat kat dia sekarang, eh dah gila ker? Leh tolong sediakan satu tempat di hospital tak heheheh. Nak jiwang sangat tak bagus kan haha padahalnya saya lah yang kuat jiwangnya. Selepas jumpa dia di pasar, muka dia menetap di hati saya, asyik memikir pasal dia jew. Apa nak jadi ni...aiyo amma appa....entah dia fikir benda yang sama seperti saya, nanti dia sudah berpunyer saya jugaklah yang akan kecewa. Saya risau jugak bila fikir benda2 macam ini.

So minggu ni saya cadang nak pergi pasar sambil2 tu nak tengok ada dia kat sana. Dulu, bila mak suruh pergi pasar mesti tak pergi punyer sekarang, walaupun mak tak suruh saya yang beria ria nak pergi semata mata untuk tengok dia. Tapi tak pasti lagi yang dia akan datang, semuanya serah pada tuhan. Kalau dialah jodoh untuk saya mesti tuhan akan satukan saya dengan dia. Adakah saya terburu buru dalam keputusan saya ini atau dalam memilih ini?

Sekarang saya dah jadi macam orang gila sebab saya bercakap dengan diri saya sendiri tentang dia. Hmmm alangkah baiknya dia muncul di hadapn saya dan saya harap tuhan takkan sia2-kan usaha saya untuk cari dia. Saya bukan kata cita pada dia dan takkan cinta buat masa kini tapi kalau ada jodoh siapalah taknak cintakan.

Kamu semua tau tak, saya baru sahaja menerima msg bergambar dari maxis yang bertajuk "cinta tulusku hanya untukmu". Bila tengok sajew gambar tu terus ingat pada sofian. Walaupun dah agak lama dan dah mula untuk mencari yang baru tapi I masih ingat pada dia. Inilah dikatakan cinta, seperti yang saya kata sebelum ini, saya tak benci pada dia tapi cuma kecewa pada dia kerana mempermainkan saya dengan mengunakan perkataan cinta. Bayangkan, dia mempermainkan saya tapi saya masih boleh ingat pada dia, betapa bodohnya lah saya kan.

Arrrghhh tension tul bila fikir pasal ni semua. Ni adalah perkara yang paling bodoh. Siap paggil dia "b" lagi bukan (babi) k....oklah nanti I update lagi ok. bye bye....penantian diteruskan....