Pages

Friday, July 23, 2010

Misteri kehidupan...


Selamat pagi kawan2, apa khabar semua. Hari ini adaalah hari yang tak berapa bagus untuk saya kerana seorang pekerja di company saya telah meninggal pagi tadi. Walaupun saya tak berapa rapat dan tak berapa suka dia tapi dia tetap satu company seperti dari satu keluarga. Nama dia Azahari, umur 28 dan masih bujang.

Ini lah hidup. Kita tidak akan tahu bila akan tiba masa untuk kita pergi. Tiada gunanya untuk kita nangis pada masa itu. Walaupun kita yang melakukan segala perbuatan tapi tuhan yang tetapkan perjalanan itu dan kita taidak boleh buat apa2.

So gembiralah apa yang ada dengan hidup ini sekarang, jangan sama sekali tamak. Tak ada apa2 yang kekal dalam hidup kita ini dan kita jugak tidak akan bawa apa2 pada akhir hayat kita. Apa yang kita semua ada di sini akan tinggalkan pada hari tersebut bila tiba masanya.

Bila ingat balik apa yang jadi kat kawan saya ini (walaupun tak berapa suka dia) sedih jugak, hilang selera saya nak buat kerja dan bila fikir secara rasional hidup saya harus diteruskan dan tidak boleh terhenti hanya kerana insiden ini kan. So apa2 pun saya ucapkan takziah kepada keluarga dia walaupun saya bukan islam.

Thursday, July 22, 2010

Mengantuk.....


Selamat pagi semua dan selamat pagi cinta....pagi2 dah rajin untuk update blog ahahaha. Apa2 pun saya hari letih dan marah kat cousin saya yang bodoh macam pukimak dia. Kerana dia dah 2 hari I tak cukup tido, kalau tido pun hanya 2 hingga 3 jam sahaja. Bayangkan umur bodoh tu 21 (sebaya saya) dan anak saudara perempuan hanya 14, bodoh tu peluk dan cium dia dalam kereta semasa tiada orang lain. Setiap hari hantar sms dan gambar bodoh tu kat anak saudara saya.

Bahagian yang paling best adalah pada 20hb bodoh tu kena belasah oleh 2 abang saya. Free fighting show hahahah, best giler. Bodoh tu kena penampar, tumbuk kat muka, kena tendang lagi lebih2 lagi sikit lagi kena terajang ngan buah durian yang penuh ngan duri nasib baik saya halang abang saya tapi duri tu potong jari saya, sakit dan pedih sampai sekarang. Hampeh tul abang saya.

Ingatkan kes dah selesai hari tu tapi semalam mak bodoh tu buat hal plak tanya bukti sms yang hantar oleh bodoh tu. Anak saudara yang pandai sekali plak dah delete sms tu semua tapi abang saya pandai juga cakap kat mak so bodoh tu bahawa kita orang dah pecahkan telefon hahahah.

Kami semua risau kerana takut dia did something to my anak saudara, apa yang kami semua nampak masa ini adalah si bodoh tu dah buat something kat anak saudara saya. Malam ini ada perbincangan yang besar, habislah malam ni tak dapat nak tido lagi. Aiyo, geram tul ngan si bodoh tu arggghhhh. Kita tunggu untuk cerita malam ni k nanti esok saya upload.

Sunday, July 18, 2010

Tentang diri saya

Hi kawan2 semua aper khabar? Dah makan ker? Selama saya telah post sebanyak hmmmm entah dah lupa tapi tak pernah pun saya nak cerita tentang diri saya sendiri. So hari ni saya bercadang nak cerita tentang saya, nama saya patrick (nick name, umur 21 dan lahir di hospital kuala lipis pada 17/10/1989. Dari situlah bermulanya sejarah hidup saya sama ada manis atau pahi tapi saya tetap mengharungi segalanya dengan tabah. Saya ni mix chindian, father chinese dan mum indian so saya boleh cakap chinese, indian, malay dan english. Best kan, boleh curi2 dengar orang gossip pasal saya hahahahah jahat kan saya.

Saya sekolah mandarin yang tak jauh dari umah saya tapi punyerlah malas sampai kerja sekolah semua saya takkan buat. Bayangkan saya boleh sorokkan buku2 semua dalam keta sayah saya. Setiap hari ayah saya hantar ker sekolah mesti akan patah balik tengah jalan dengan alasan terlupa nak bawak buku padahalnya alasan untuk taknak pergi sekolah. Setiap kali emak saya tak pergi kerja saya pun akan ponteng sekolah, maklumlah anak manja kata orang hahaha. Tapi ayah saya tak payah nak cakap sebab dia suka halau saya pergi sekolah, masa tu saya memang tak suka ayah kerana nak jugak hantar saya ke sekolah, sampai sekolah taknak masuk kelas plak. Peluk tiang dan nangis taknak masuk kelas, punyerlah bengang ayah saya sampai pukul saya. Sedih dan sakit tau, cian kat saya hahaha. Samapi darjah empat saya macam tu tapi lepas masuk darjah 4 saya taktau aoer jadi ngan saya, tiba2 jew saya rajin belajar dan terkejut parents saya.

Lepas sekolah rendah, masuklah sekolah menengah sampai SPM. Walaupun result tak berapa bagus saya tetap jadi murid kesayangan semua cikgu as targeted student. Semua cikgu rapat dengan saya terutamanya cikgu BI saya, teacher Cheam. Dier memang rapat dengan saya sampai sekarang kami keep in touch. Ok, abaikan pasal cikgu saya.

Saya suka dengar muzik terutamanya lagu2 jiwang, maklumlah orang jiwang hahaha jiwang tu adalah sikit2. Pasal muzik asalkan lagu itu sedap dan menyenangkan saya of course pilihan saya. Saya tak kisah lagu aper, cina (kurang banyak), melayu, india (kurang sikit) dan english lah paling banyak sekali. Itulah semua orang rasa pelik sebab nama cina dan muka macam malay tapi entah orang semua ckp saya pelik semacam jew hahaha. Semua benda sapu, tak kira bangsa dan kaum. Saya mesra dengan semua orang tak kisah pun, lantaklah orang itu kaum dan bangsa apa, sapa pedulikan hahaha.

Saya suka tengok movie action terutamanya english tapi sejak kebelakangan ini saya suka layan malay plak apa nak jadi ni, takper kita ni kan satu malaysia hahah ayat cover plak hhaha. Takperlah tengok movie aper kan asalkan best dan saya suka jugak tengok movie2 cinta ni. Best kan bila 2 orang jatuh cinta dan cakap "I love you" perghhhhh romantic tul hmmmm bilalah orang nak cakap macam tu kat saya kan, tunggu jewlah.

Warna kegermaran saya adalah biru dan oren tapi yang palin suka adalah oren sebab selalu minum fresh oren, fav saya. Walaupun biru dan oren adalah fav color saya tapi saya tak banyak kumpul barang2 yang berwarna macam tu, entah gila kan saya. hahaha pandai cakap diri saya sendiri gila hahaha, bagus2....

Masa2 lapang macam tu lah suka dengar muzik tengok movie hmmm aper lagi nak buat kan, kekasih dahlah takder so I hanya boleh buat ini sajew lah. Kalau tak pun saya suka spend my time alone, memang suka sangat kalau saya dibiarkan berseorangan sebab I akan banyak berfikir sama ada tentang kerja saya atau pun hidup saya. Memang best, bolej jiwang2 sikit hahahaha.

Saya rasa ini jewlah tentang diri saya dan kalau ada apa2 yang lebih menarik saya akan update ok. bye bye kawan...

Tuesday, July 13, 2010

Penantian untuk mengisi tempat kosong di hati saya oleh "MHS"


Selamat pagi semua, apa khabar? Entah kat mana saya nak mula dulu. Hmmmm semalam almari baru saya sudah sampai, bilik saya pun dah berubah sekarang. Maklumlah anak manja so semua di ubah suai oleh kakak dan mak saya :p, alamak lupa lak nak ambik gambar kan, takper nanti I cuba ambik gambar ek. Oh ya, I dah bagi satu nama kepada dia sebab saya taktau nama dia lagi nama dia adalah "MHS" (lain kali I bagitau nama maksud penuh ni k)

Entah kenapa saya tergila sangat kat dia sekarang, eh dah gila ker? Leh tolong sediakan satu tempat di hospital tak heheheh. Nak jiwang sangat tak bagus kan haha padahalnya saya lah yang kuat jiwangnya. Selepas jumpa dia di pasar, muka dia menetap di hati saya, asyik memikir pasal dia jew. Apa nak jadi ni...aiyo amma appa....entah dia fikir benda yang sama seperti saya, nanti dia sudah berpunyer saya jugaklah yang akan kecewa. Saya risau jugak bila fikir benda2 macam ini.

So minggu ni saya cadang nak pergi pasar sambil2 tu nak tengok ada dia kat sana. Dulu, bila mak suruh pergi pasar mesti tak pergi punyer sekarang, walaupun mak tak suruh saya yang beria ria nak pergi semata mata untuk tengok dia. Tapi tak pasti lagi yang dia akan datang, semuanya serah pada tuhan. Kalau dialah jodoh untuk saya mesti tuhan akan satukan saya dengan dia. Adakah saya terburu buru dalam keputusan saya ini atau dalam memilih ini?

Sekarang saya dah jadi macam orang gila sebab saya bercakap dengan diri saya sendiri tentang dia. Hmmm alangkah baiknya dia muncul di hadapn saya dan saya harap tuhan takkan sia2-kan usaha saya untuk cari dia. Saya bukan kata cita pada dia dan takkan cinta buat masa kini tapi kalau ada jodoh siapalah taknak cintakan.

Kamu semua tau tak, saya baru sahaja menerima msg bergambar dari maxis yang bertajuk "cinta tulusku hanya untukmu". Bila tengok sajew gambar tu terus ingat pada sofian. Walaupun dah agak lama dan dah mula untuk mencari yang baru tapi I masih ingat pada dia. Inilah dikatakan cinta, seperti yang saya kata sebelum ini, saya tak benci pada dia tapi cuma kecewa pada dia kerana mempermainkan saya dengan mengunakan perkataan cinta. Bayangkan, dia mempermainkan saya tapi saya masih boleh ingat pada dia, betapa bodohnya lah saya kan.

Arrrghhh tension tul bila fikir pasal ni semua. Ni adalah perkara yang paling bodoh. Siap paggil dia "b" lagi bukan (babi) k....oklah nanti I update lagi ok. bye bye....penantian diteruskan....

Sunday, July 11, 2010

Harapan baru



Selamat malam semua, hari ini saya terserempak dengan some one yang hensem tapi entah karakter dia macam maner tapi dari muka nampak baik jew. Apa2 pun dari pengalaman yang saya pelajari jangan percaya pada sapa2 dalam masa yang singkat tapi satu benda saya memang tak dapat dinafikan iaitu cinta dating tanpa diundang. Hmm entahlah adakan ini cinta ataupun satu tarikan. Oh yea, saya lupa nak bagitau di mana saya jumpa dia kan, ok saya jumpa di pasar pagi semasa saya nak beli barang. Bila saya jalan2 sambil cari barang yang saya beli beli saya nampak yang tengah pandang kat saya dan saya pun pandang jugak, bukan sekali ajew tapi dua kali. Yang bestnya lepas saya beli barang dan saya balik ke tempat parking saya nampak dia sekali lagi yang tengah drive tapi kali saya tak pasti yang dia ada pandang saya tak sebab saya sibuk nak lintas jalan. Yang pasti saya nampak dia drive kereta warna putih tapi jenis kereta saya tak perasan jugak, nampak macam mayvi ngan viva jew.

Pandangan pertama dia memang membuatkan saya cair dan sekarang saya tidak tahu yang fikir benda yang sama yang saya fikir ini. Ada banyak possibilities, mungkin dia dah kahwin, mungkin dia sudah berpunyer, mungkin dia bukan macam saya hmmmmm entahlah. Buat saya sakit kepala jew tapi tak rugikan kalau saya nak cuba tahu isi hati dia.
Dia pakai baju warna hijau yang jenis soccer kalau tak silap saya. Bak kata orang kalau ada jodoh mesti akan jumpa balik tapi bila masa itu akan tiba? Bila fikir balik, saya ni memang bodoh sebab kenapa saya nak kat orang yang jauh di sana seperti di KL sedangkan kat sini punyerlah banyak. Gila kar apa!

Memang best kan kalau orang yang kita cinta itu sentiasa di sisi kita, peluk semasa tidur dan sentiasa bergurau dan mengambil berat kita. Saya ada banyak dream untuk saya dan bakal saya, saya yakin yang saya akan cuba sedaya upaya untuk jaga perhubungan saya dengan dia I mean bakal lah kan. Lebih2 lagi saya perlu ucapkan terima kasih kepada ibu saya kerana paksa saya pergi ke pasar kalau tak mesti saya tak dapat jumpa dia kan. Eh pandai2 saya jew, confirm pun belum tapi macam dah bercouple ceh. Over confidence kot hahahahaha. Takper2 dalam hidup kita sentiasa kena confidence pada diri kita sendiri.

Alangkag baiknya saya dapat dia kan. Nama dia pun saya taktau ni plak dok berangan. Saya taktaulah kenapa saya suka sangat kat jejaka2 melayu. Hmmm mungkin meraka hensem dan baik kot hahahah. Adakah patut saya usaha untuk cari dia? Kalau setakat nak tau dia sudah berpunyer atau sama macam saya baik takpayah kan, kalau kami jodoh biar tuhan yang tentukan apa yang bagus untuk saya.

Saturday, July 10, 2010

Kesunyian melanda seperti tsunami...



Selamat pagi kawan2 ku yang amat sayanggi. Memang senang kan untuk kita ucapkan perkataan sayang pada sesiapa sahaja yang kita suka dan sayang tapi perkataan cinta hanya boleh ucapkan pada orang yang betul2 kita cinta, suka, sayang, setia dan juga jujur tapi ada jugak yang suka ambil kesempatan pada diri masing2 dan kita tak boleh salahkan mereka sebab inilah satu sifat yang terdapat dalam manusia.

Buat masa ini, saya amat kesunyian sejak kebelakanggan ini. Mungkin kesunyian ini adalah disebabkan peninggalan dia tapi saya tengah cuba sedaya upaya untuk melupakan dia dan akhirnya saya berjaya 90% untuk melupakan dia. Sekarang saya hidup berseorang tanpa sapa2 di dalam hidup saya.

Walaupun ada yang cuba dekatkan diri dan mengenali saya tapi saya tetap akan pegang janji2 yang telah saya buat untuk diri saya. Saya tahu yang masa akan berlalu dan mesti ada yang sedang tunggu saya. Walaupun menunggu lama tapi saya sangat berharap yang saya berjumpa dengan seorang yang amat jujur, setia, cinta dan sangat sayang saya, begitu juga dengan saya.

Kadang2 saya fikiran saya terburu untuk dapatkan kekasih baru tapi saya perlu ingat yang saya perlu sabar dan tidak boleh terburu buru untuk dapatkan kekasih baru keran ia mungkin melukakan hati saya.

So sekarang apa yang saya perlu buat adalah saya perlu sabar.

Tuesday, July 6, 2010

Three important things in love



CONFIDENCE

Once, all village people decided to pray for rain.

On the day of prayer all people gathered and only one boy

came with an Umbrella,

that ' s Confidence





***
TRUST

Trust should be like the feeling of a one year old baby

when you throw him in the air,

he laughs......because he knows you will catch him;

that ' s Trust




***
HOPE

Every night we go to bed,

we have no assurance to get up alive in the next morning

but still you have plans for the coming day ;

that ' s Hope

Monday, July 5, 2010

Mimpi yang begitu indah sekali

Selamat petang kawan2 apa khabar semua? Hari ini saya gembira sikit walaupun baru kehilangan bukan atas kesalahan saya. Dia tinggalkan saya kerana dia tidak jujur dan setia pada saya tapi walau macam maner pun saya tetap tidak akan marah pada dia kerana bila saya benci dia saya akan jadi macam gambar yang di bawah...



So saya takkan benci dia tapi saya akan lupakan dia dari hati saya.

Hari ini saya begitu terkejut dengan satu mimpi yang buat saya gembira sikit. Mimpi itu mengisahkan seorang jejaka (entah siapa mamat tu) letak tangan di pinggan saya seperti bf saya plak. Saya tetap menepiskan tangan dia tapi dia tetap letakkan tangan di pinggang saya jugak, dahlah kat public lagi tu ish ish ish apa nak jadi ni...hmmm tapi saya suka sebab ada jugak orang nak tackle saya hahaha (perasaan tul).
Biasalah manusia tak jauh bezanya.

saya harap tak lama lagi ada orang yang betul2 setia akan pegang tangan saya, tak kisah miskin ker, hodoh ker janji setia dan jujur pada cinta dan juga saya..



Hmmmm bilakah saat itu akan tiba??? Saya hanya perlu tunggu untuk orang yang bakal "x" tu muncul di hidup saya hahaha saya bagi nama pada bakal itu sebagai "x" selagi dia muncul hahaha. Kita tunggu sajew ok....

A day with my family at Cameron
















*inilah kawan saya suhaimi*


*there is nothing between us*







I was so enjoy with my lovely mum and sister and also one of my close friend name Suhaimi. Jangan salah faham ok sebab saya dengan suhaimi hanya seorang kawan baik sahaja, tiada apa yang antara saya dengan di walaupun kami rapat...tapi saya betul2 enjot trip semalam pada 4/07/10 ngan fmly saya.

Friday, July 2, 2010

Persemadian secara hidup

Akhirnya semua telah habis dalam hidup saya. Ini lah balasan yang diterima oleh saya untuk cinta saya setia padanya. Saya memang tak faham! Saya sudah tanya pada diri saya apakah kesalahan saya tapi setahu saya, saya tidak buat salah tapi saya mengaku yang saya mungkin pernah melukakan hati dia dan saya telah minta maaf seribu kali. Semua yang saya mimpikan dan membina kota dalam hati saya akhirnya terkecai maca itu sahaja. Bayangkan dia sendiri yang menjanjikan pada saya yang dia tidak akan mensiakan cinta saya terhadap dia tapi apa yang berlaku adalah dia sendiri mengkotakan janji yang telah di buat. Memang pelik ar dengan orang2 macam ini dan funny.

Huh I dah cukup letih, cinta telah membuatkan hidup saya penuh seksa. Apa kesalahan saya sampai tuhan dan dia buat macam ini terhadap saya? Tapi dia pernah msg satu lagi nombor yang mengatakan dia balik Melaka untuk jumpa bf dia dan lebih2 lagi dia janji yang nak jumpa saya pada hari ni tapi semuanya tak jadi. Satu sebab utama yang tak jadi kerana dia diamkan diri macam patung.

Sebenarnya saya sudah bersiap untuk pergi KL walaupun dia tidak balas dan dengan harapan dia mungkin ada balas yang mengatakan dia tengah tunggu di tempat yang kami janjikan tapi semuanya serba tak kena hari ini apabila banyak masalah timbul di tempat kerja dan tiket bas pun dah habis. So lepas fikir saya malaslah nak turun KL lagi pun dia tak jawab panggilan saya malah msg saya kepada dia.

Selepas saya fikir selama sehari dan saya bauat keputusan untuk menjauhkan diri dari dia kerana itu yang dia inginkan. Kita tengok jewlah apa yang bakal akan berlaku. Tapi untuk kali ini saya tak rasa begitu sakit sebab mungkin dah biasa kot untuk kali ke-3 .....

Kepercayaan, Setia & Jujur

Apa makna kepercayaan, setia dan jujur? Setiap kali saya jatuh cinta pada seseorang inilah soalan yang pertama timbul dalam diri saya. Saya pernah cinta sebanyak 3 kali, kali pertama selama 2 tahun, kali kedua cuma cinta "one sight love" dan kali ketiga baru2 sahaja dengan seorang yang bernama Sofian. Mungkin cinta pada kali pertama saya tidak begitu kisah pasal percaya, setia dan jujur dan untuk kali ketiga saya amat menitik beratkan ketiga tiga ini untuk menjaga perhubungan itu tapi akhirnya cinta itu pergi begitu sahaja.

Dia hanya mendiamkan diri sahaja. Saya ada call dia dan hantar sms begitu banyak sekali tapi tidak ada balasa untuk satu pun. Macam maner saya perlu anggap kesenyappan ini? Saya tidak tahu macam maner nak buat keputusan! Adakah saya patut anggap kesenyappan ini sebagai dia tiada lagi dalam hidup saya? Bahagian inilah yang paling pahit dalam hidup saya untuk 3 kali berturut turut.

Kenapa dia buat macam ini dan sanggup buat macam ini terhadap saya? Apakah kesilapan yang saya telah lakukan terhadap dia? Setahu saya, saya memang jujur, setia dan ihklas dalam setiap perkara yang saya lakukan. Saya ingat dia setiap saat, setiap minit, setiap jam dan setiap hari dan inilah balasan yang amat manis dia bagi saya. Saya amat menghargainya.

Saya tidak marah terhadap dia tapi cuma kecewa terhadap dia kerana dia mengunakkan perkataan cinta untuk entah dia nak apa? Kalau tak suka seseorang bagi tahu sahaja dan apa masalahnya kalau bagitau straight forward?

Apa yang post kat sini mungkin jiwang untuk anda semua tapi hanya di sinilah saya boleh mencurahkan segala perasaan saya. Cinta itu datang secara semula jadi dan ada dalam diri setiap insan atas muka bumi ini. Saya tidak berhak untuk kata saya tidak mahu cinta lagi sebab mungkin cinta itu mekar sekali lagi dalam hidup saya pada masa akan datang tapi untuk saya pengalaman cinta sebanyak tiga kali sudah membuatkan saya cukup letih dan hati saya hancur berkecai seperti kaca apabila setiap orang buat perkara yang sama terhadap saya. Apa dosa saya?

Masalah saya yang amat besar adalah senang sayang pada semua orang dan terhadap sofian pun sama jugak. Memang saya tidak boleh salahkan cinta tapi saya boleh salahkan diri saya sendiri untuk perkara ini. Ini adalah pengajaran yang amat besar dalam hidup saya. Adakah semua anhggap saya ni sebagai sebiji patung yang tidak mempunyai perasaan?

Apabila terkenang segala perkataan yang dia ucapkan pada saya, sayalah orang yang paling bahagia walaupun hanya 2 minggu tapi ia adalah merupakan kenangan yang amat indah kerana dia kata dia begitu sayang saya sehingga sanggup datang sini untuk melawat saya. Adakah ini semua ini benar atau hanya semata mata perkataan untuk munutup mata saya? Adakah dia anggap saya untuk mengisi masa lapang dia?

Walau macam maner pun, terima kasih untuk mengembirakan saya dan bagi harapan yang amat besar dalam hidup saya. Saya takkan padam semua msg yang dia hantar untuk saya kerana saya akan simpan msg itu sebagai kenangan saya dan hidup dengan msg itu selagi saya cinta pada dia.

Saya akan bagi peluang yang akhir sebelum saya membuat apa2 keputusan tentang cinta ini.