Pages

Tuesday, December 14, 2010

Hati yang sudah beku!


Entahlah korang, kadang2 I betul2 rasa macam dah kebas hati saya kerana selalu kecewa sampai tak dapat rasa sakit. Nak nangis pun tak larat dah, macam dah kering jew air mata saya. Sekarang I dah taktau nak buat aper, nak sms mamat tu pun rasa bersalah plak. Bukan apa, just taknak kacau dier sebab dia kan sudah berpunyer, taknaklah nanti timbul masalah kerana saya dalam perhubungan dier ngan bf dia.

Selepas 1 tahun sebanyak 3 hingga 4 orang datang dalam hidup saya tapi semuanya macam passing clouds. Tunjuk harapan dan terus lenyap begitu sahaja! Walaupun saya nak kawan ngan mamat tu balik, mesti perasaan cinta itu akan menebal setiap kali saya tengok dia. So better takpayah nak jumpa dan just keep away ngan dia lagi bagus. Sms pun kenalah jarang sangat tu kan.

Baru tadi saya ada baca satu cerita ni, begitu bermakna sekali jalan cerita dia. Alangkah bagusnya kalau saya mempunyai seorang macam itu, penuh dengan cinta dan kasih sayang. Untuk saya, saya tidak perlukan harta untuk membuktikan cinta itu tapi cukuplah dengan cinta dan kasih sayang. I betul2 rindukan belaian kasih sayang dan nak rasa cinta yang benar.

Selepas begitu banyak kekecewaan harus ker saya biar pintu hati saya buka macam tu atau tutupkan sahaja. Perlukah saya mengejar cinta itu lagi? Kat mana saya nak cari jejaka misteri itu? Banyak soalan yang timbul dalam hati saya tapi jawapan tidak jugak dapat carinya!

Walapun saya senyum dan ketawa tapi itu hanya setakat di luaran sahaja dan di dalam setiap saat menanggis meningat kembali semua perkara. I pun tak pening taktau nak buat macam maner dah, rasa bosan pun dah ada dalam pencarian cinta ini!


Kalaulah saya dapat peluang di luar negara untuk kerja atau study mesti saya akan pergi jauh dari sini. Tak sanggup saya untuk menanggung semua beban lagi, tiada ruang lagi untuk menempuh hidup bersendirian. Harap tuhan akan menunjukkan seorang yang betul2 akan bersama saya sehingga akhirat saya.