Pages

Wednesday, August 25, 2010

Sekali lagi cinta itu menyakitkan.....


Selamat pagi semua, aper khabar? Sorry lama tak udpdate, maklumlah busy ngan kerja seperti biasa. Walaupun tajuk adalah sekali lagi tapi entah dah berapa kali saya menempuhi benda yang sama dalam hidup saya. Lepas semua perkara berlaku dan jelaskan situasi kepada empat jejaka itu tapi 1 daripada 4 itu yang bernama Dani tetap suka dan cinta pada saya. Pada mula saya memang tak berniat untuk cinta. Hampir sebulan saya kenali dia dalam dunia cinta tapi saya tak luahkan pada dia yang saya cintakan dia, mungkin dia tau kot. Ah peduli apa kan, tapi saya cuba jugak untuk tidak bercinta dengan dia, mula2 saya memang tak cinta pun tapi lepas dua tiga hari tak bercakap, tak dengar suara dia macam rindu plak kat dia, entah kenapa. Ada some misuderstanding yang berlaku lah antara kami berdua.

Ceritanya macam ini, minggu lepas adalah beberapa hari dia tak call dan tak msg saya. Yalah, dah kata tak cinta nak kisah apa kan kalau msg ker tak msg ker, call ker tak call ker tapi saya rasa rindu plak kat dia. Saya sendiri pun keliru adakah saya cinta dia jugak! Dulu dia memang pernah bagitau saya yang kami akan stay sebagai kawan dan tidak akan cinta, lepas tu saya dah tetapkan dalam hati saya bahawa dia adalah kawan saya bukan bf tapi entah apa yang berlaku dalam diri saya.

Ok balik kepada cerita asal, lepas I msg dia dalam fb dan jugak hp, di balas kata dia busy. Saya memang tau dia tengah busy tapi saya cuma main2 ngan dia jew tapi dia ambik serious dan dia kata dia amat kecewa ngan perangai saya. Saya dah jelaskan semua dekat dia tapi dia macam taknak terima jugak dan saya sudah tahu yang dia cuba menjauhkan diri dari saya. Yalah, sama jugak ngan sofian kan, tinggal di KL mesti ramai yang suka dah lah hensemkan. Mungkin dia jugak telah jumpa yang lebih sesuai ngan dia.



Saya faham dan tahu kekurangan dalam diri saya sendiri. Lagipun benda macam ni dah biasa untuk saya sebab perkara macam ni memang pernah berlaku dalam hidup saya pun kan. Apa2 pun harap dia akan bahagia dengan orang yang dia sayangkan, apakah daya saya kan untuk menghalang dia. Itu adalah hidup dia, dia lebih berhak untuk membuat keputusang yang terbaik untuk diri dia sendiri. Mungkin dah takder jodoh kot, kalau yer pun tengok lah macam maner. Sekarang tiba masa untuk saya berjiwnag jap selama tiga empat hari dan lepas tu kembali normal....

Tuesday, August 17, 2010

Misi petik buah duku....



Selamat pagi semua, aper khabar? Korang posa ker tak ni? Hahahah just main2 jew....jangan marah yer, I pun posa jugak tapi malam lah masa tido hahha. Hari minggu lepas, saya ngan mak dan kakak pergi petik buah duku dekat tempat kerja saya. Korang tau tak, kebun entah siapa punyer dan kota orang main petik jew hahaha. Bukan nak curi tapi nampak banyak orang yang selalu masuk kebun tu untuk petik buah, yalah bukan curi aper kan, hanya buah jew lagipun kebun tu macam kena hunted jew. Dah lah owner dier pun takder kat sini so main ambik jew hahaha.



Kita orang tolak dari rumah kul 4.30pm kot tak silap saya, sampai ke destinasi tu dalam jul 4.45pm. Dekat jew pun bukan jauh sangat. Mula2 sampai ingatkan saya yang kena panjat pokok untuk petik buah duku, yalah saya seorang jew lelaki dalam misi ni hahaha macam misi perang plak.


*ini lah jalan masuk kebun tu...*

Sampai jew kat saner punyalah banyak pokok buah, huh. Semua pokok penuh dengan buah duku, ape lagi kita serbu dulu hahaha. Bermulalah misi petik buah duku kat kebun tu. Korang tau tak, ingatkan I nak panjat pokok tapi rupa2-nya mak ngan kakak saya tiba2 panjat pokok dan petik duku. Tercegat aku dok bawah tengok dier orang petik buah, mcam tomboy lak dier org. Bukan satu pokok jew dier orang panjant tapi hampir semua pokok dier serbu ya tuhanku.




Thursday, August 12, 2010

Tak Pernah kalah dalam hidup saya...


Selamat petang kawan2 semua, apa khabar? Selamat berpuasa Ramadhan Almubarak kepada semua kaum muslim. Hari ini adalah hari yang menyedihkan saya kerana saya telah menerima keputusan exam untuk sambung belajar. Walaupun saya telah meletakkan segala keupayaan saya tapi malangnya keputusan saya tidak berapa bagus untuk saya jajak kaki dalam bidang yang saya mimpikan dari kecil.

Entah kenapa dari kecil ladi saya amat ingin jadi peguam yang berprofessional dan saya selalu jugak tengok movie2 yang berasaskan peguam. Drama "The good wife" memang best dengan cara mereka yang argue dalam mahkamah, pergghh memang best. Tapi lepas dapat result, dunia mimpi dan masa depan macam runtuh dan gelap. Saya memang tidak nampak jalan yang. Semuanya gelap gelita dan entah macam maner sekarang.

Saya sudah cuba sedaya upaya saya untuk lulus dalam exam ini tapi entah tiada rezeki kot untuk saya sambung belajar lagi. Dahlah cinta lukakan hati saya dan tak sembuh lagi dan ini satu lagi. Masalah demi masalah menekan saya sehingga tiada ruang untuk saya bernafas. Apa lagi saya perlu lakukan untuk menyelesaikan masalah saya? Apa yang saya patut lakukan! Saya amat buntu dan kekeliruan, saya amat risau tentang masa depan saya yang penuh dengan harapan sebagai peguam yang berjaya.

Bak kata orang, kegagalan akan membuat kita lebih matang dalam sesuatu perkara itu tapi hati saya sudah hancur dengan semua masalah ini. Tidak larat saya nak bangkit semula dalam hidup saya. Semua yang dari belakang saya sedang menuju ke masa hadapan saya dengan majukan satu langkah di hadapan saya tapi saya masih berdiri di tempat yang sama yang tidak pernah majukan langkah saya.

Setiap hari saya bangun pukul 3am untuk belajar tapi akhirnya semua hancur macam itu sahaja. Mungkin ini adalah satu dugaan dan cabaran bagi saya supaya saya lebih kuat dalam hidup saya.


Sekarang tiba mas untuk saya sahut cabaran bahawa walau macam maner pun saya tetap akan memcapai matlamat saya yang saya mimpikan sejak dari kecil. Saya akan buktikan bahawa saya ini tidak mudak cepat kalah dalam hidup saya. Saya akan tetap capai matlamat saya walau macam maner pun, saya tetap akan capai matlamat saya!

Tuesday, August 10, 2010

Kekeliruan.....


Hi semua, aper khabar? Dah lama dah nak puasa kan? Lama aper, esok dah nak mula puasa pun so pada semua umat islam "Selamat Berpuasa". Entah apa yang saya nak cakap, sejak kebelakangan ini fikiran saya sangat keliru. Kadang2 saya tidak tau apa yang saya nak untuk diri saya.

Ini semua adalah punca dari 4 jejaka itu! Apakah perasaan anda apabila 4 orang cinta anda pada masa yang sama dan kesemuanya adalah kawan anda jugak yang anda sudah kenal mereka. Inilah situasi yang saya hadapi sekarang. Kalau saya suka dan cinta pada seorang daripada 4 itu mesti yang 3 itu akan terluka. Saya tidak tau apa saya perlu lakukan sekarang sampai saya migraine!

Setiap hari saya macam maner saya nak terangkan keadaan saya pada mereka tapi apabila saya nak buka mulut mereka akan tutupkan mulu saya dengan perkataan CINTA. Apa yang saya patut lakukan untuk menerangkan keadaan yang amar sulit ini.

Cinta ini membuatkan hidup saya tidak pernah tenteram mahu pun semasa dah berpunyer atau pun tidak! Kalau dah berpunyer mesti akan timbul pelbagai masalah antara kami berdua sampai putus, kalau single plak masalah macam ni plak timbul sampai taktau nak buat macam maner untuk selesaikan masalah.

Saya ingatkan diri saya sudah cukup matang untuk menyelesaikan segala masalah yang saya hadapi dan bakal hadapi tapi malangnya tidak. Tapi dengan bantuan tuhan saya sudah jauhkan diri saya dari 2 orang tapi ada lagi 2 orang yang enggan meninggalkan saya. Mereka ni semua penyayang belaka, tak pernah pun nak melukakan hati saya, sentiasa call dan sms saya tanya khabar saya tapi saya kadang2 terpaksa tipu mereka yang bahawa saya tengah dating dengan lelaki lain. Saya tahu tipu adalah dosa tapi saya tidak tahu cara lain untuk menjauhkan diri saya dari mereka, akhirnya percubaan saya hanya sia-sia sahaja sebab mereka tetap nak pada saya.

Saya tahu mereka ni setia pada saya tapi cinta hanya boleh timbul terhadap seorang sahaja. Saya sudah cuba yang terbaik untuk tidak melukakan mereka tapi apakah daya saya untuk beruat demikian. Dekat siapakan saya harus ceritakan segala masalah saya?
Setelah sekian lama saya berfikir dan akhirnya saya telah berbuat keputusan yang munasabah suapay boleh menjauhkan diri saya daripada mereka.

Keputusan:

Saya telah tipu mereka untuk sekali lagi bahawa saya menghidap sejenis penyakit iaitu otak saya bengkak dan keluar darah mengikut telingga dan hidung. Saya tahu tipu adalah dosa tapi saya tidak tahu cara lain untuk menjauhkan diri saya daripada mereka kerana saya tidak sempurna untuk mereka yang begitu bagus dan penyayang dan juga supaya mereka boleh mencari seorang yang lebih sesuai untuk diri mereka.

Hanya ini sahaja yang mampu saya lakukan sekarang untuk tidak melukai mana2 pihak :)

Thursday, August 5, 2010

Perkara yang cukup mengembirakan saya...


Selamat pagi semua, aper khabar? Lama tak update kan, hhahahahah alasan yang sama jugak sibuk dengan kerja saya. Oh ya, I lupa nak bagitau korang semua yang sekarang I dah dapat bilik untuk diri saya sendiri di office. Sekarang hidup saya cukup tenang dalam bilik ini sambik kurungkan diri saya hahahah, boleh lebih menumpukan perhatian saya dalam kerja saya kan. Apa2 pun terima kasih kepada boss saya yang memberi peluang kepada saya untuk maju dalam hidup saya.

Ok, kembali kepada tajuk kita hari ni. Hari ini saya cukup gembira walaupun ada beberapa perkara yang membuatkan saya sedih dan marah tapi dengan perkara yang saya lakukan hari saya betul2 gembira kerana saya derma duit untuk seorang kanak2 di "World Wision" dan sponsor satu kanak2 di lebanon. Gambar budak tu i belum dapat lagi dan lebih2 lagi I taktau yang budak tu lelaki ker atau perempuan, dapat mana2 satu pun takper asalkan duit yang saya derma ini dapat sampai kat dia untuk masa depan dia dan hidup dengan gembira dan jugak senang.

I pun taktau kenapa tiba2 saya dapat idea ni! Pagi ni tengah buat kerja saya tiba2 dapat idea ni, yalah daripada I pergi bazir duit kat benda lain lebik baik I guna duit pada yang diperlukan terutamanya kanak2 serangan negara lain seperti lebanon.

I baru sajew transfer duit tu ke "Wolrd Vision Malaysia". Kadang2 I ni baik jugak orang nya hahahah. Takderlah, I ni memang orang baik pun :D

Ok lah I nak pergi sambung kerja ni. Nanti kalau dah dapat gambar budak yang saya sponsor tu saya akan upload k. bye bye....

Sunday, August 1, 2010

Masa yang lalu begitu cepat!


Selamat pagi semua, apa khabar? Sorry lama tak uodate blog, biasalah alasan yang sama jugak busy ngan kerja. Sejak dah kena promote ni keja tak payah nak cakap lah kan, mesti korang dah rasa apa yang saya rasa. Keja semakin bertambah tapi walaupun kerja bertabah saya tetap gembira kerana saya dapat bilik sendiri. So sekarang takda orang yang akan kacau saya bila saya buat kerja. Kalau dulu, setiap 5 min mesti ada orang yang akan datang jumpa saya, pasal kerja lah itu lah ini lah. Kadang2 bosang betul kalau nak jumpa worker2 bawah saya terutamnya lori driver saya, banyak songgeh tul, nak tanya tu lah nak tanya ni lah tapi apa nak buat kan, dah nama pun superior so terpaksalah jaga dia orang dengan baik kalau tak semua mogok, hampeh tul lah dia org ni.....

Tapi walau macam maner pun saya tetap motivasi diri saya sendiri yang saya boleh merempuhi segala dugaan yang saya sedang hadapai dan bakal akan hadapi, saya kena kuat dan tabah dalanm menyelesaikan segala masalah mahupun masalah peribadi saya atau pun masalah kerja. Bak2 motivasi ni saya ni kira expert lah jugak, cuba bayangkan saya boleh motivasi dan bagi nasihat kepada driver saya yang berumur 30 hingga 40 lebih, rasa pelik kan? Yalah, kadang2 saya sendiri pun rasa pelik sebab pada umur yang masih muda dah kena promote dan orang bawah saya semua umur tua2 dari saya, kadang2 rasa kekok plak bila bual dengan merek. Tapi apa nak buat kan, dah nama pun kerja so terpaksalah menghadapi segalanya...

Sedar tak sedar dah masuk bulan OGOS, masa lalu dengan begitu pantas sekali sampai tak sedar dah nak dapat result exam saya. Dengar kata, minggu kedua bulan ogos, habislah saya, tiba masa untuk nervous. Ingatkan nak relax jap untuk 2 bulan lepas exam tapi rasa macam tak rilex jew. Hidup saya ni penuh dengan banyak benda, kerja adalah terutama yang tak pernah bagi saya ruang untuk bernafas, cemas jugak bila ingat balik result ini.

Apa2 pun harap yang terbaik lah dan doa pada tuhan.