Pages

Thursday, August 12, 2010

Tak Pernah kalah dalam hidup saya...


Selamat petang kawan2 semua, apa khabar? Selamat berpuasa Ramadhan Almubarak kepada semua kaum muslim. Hari ini adalah hari yang menyedihkan saya kerana saya telah menerima keputusan exam untuk sambung belajar. Walaupun saya telah meletakkan segala keupayaan saya tapi malangnya keputusan saya tidak berapa bagus untuk saya jajak kaki dalam bidang yang saya mimpikan dari kecil.

Entah kenapa dari kecil ladi saya amat ingin jadi peguam yang berprofessional dan saya selalu jugak tengok movie2 yang berasaskan peguam. Drama "The good wife" memang best dengan cara mereka yang argue dalam mahkamah, pergghh memang best. Tapi lepas dapat result, dunia mimpi dan masa depan macam runtuh dan gelap. Saya memang tidak nampak jalan yang. Semuanya gelap gelita dan entah macam maner sekarang.

Saya sudah cuba sedaya upaya saya untuk lulus dalam exam ini tapi entah tiada rezeki kot untuk saya sambung belajar lagi. Dahlah cinta lukakan hati saya dan tak sembuh lagi dan ini satu lagi. Masalah demi masalah menekan saya sehingga tiada ruang untuk saya bernafas. Apa lagi saya perlu lakukan untuk menyelesaikan masalah saya? Apa yang saya patut lakukan! Saya amat buntu dan kekeliruan, saya amat risau tentang masa depan saya yang penuh dengan harapan sebagai peguam yang berjaya.

Bak kata orang, kegagalan akan membuat kita lebih matang dalam sesuatu perkara itu tapi hati saya sudah hancur dengan semua masalah ini. Tidak larat saya nak bangkit semula dalam hidup saya. Semua yang dari belakang saya sedang menuju ke masa hadapan saya dengan majukan satu langkah di hadapan saya tapi saya masih berdiri di tempat yang sama yang tidak pernah majukan langkah saya.

Setiap hari saya bangun pukul 3am untuk belajar tapi akhirnya semua hancur macam itu sahaja. Mungkin ini adalah satu dugaan dan cabaran bagi saya supaya saya lebih kuat dalam hidup saya.


Sekarang tiba mas untuk saya sahut cabaran bahawa walau macam maner pun saya tetap akan memcapai matlamat saya yang saya mimpikan sejak dari kecil. Saya akan buktikan bahawa saya ini tidak mudak cepat kalah dalam hidup saya. Saya akan tetap capai matlamat saya walau macam maner pun, saya tetap akan capai matlamat saya!

2 comments:

Indah Cuma Seketika.... said...

gagal sekali bukan pertanda gagal untuk selamanya.... jangan mudah berputus ada.... coba dan terus mencoba lagi....kegagalan awal dari kejayaan...

Prince Patrick said...

Betul cakap awak tu :)