Pages

Friday, July 23, 2010

Misteri kehidupan...


Selamat pagi kawan2, apa khabar semua. Hari ini adaalah hari yang tak berapa bagus untuk saya kerana seorang pekerja di company saya telah meninggal pagi tadi. Walaupun saya tak berapa rapat dan tak berapa suka dia tapi dia tetap satu company seperti dari satu keluarga. Nama dia Azahari, umur 28 dan masih bujang.

Ini lah hidup. Kita tidak akan tahu bila akan tiba masa untuk kita pergi. Tiada gunanya untuk kita nangis pada masa itu. Walaupun kita yang melakukan segala perbuatan tapi tuhan yang tetapkan perjalanan itu dan kita taidak boleh buat apa2.

So gembiralah apa yang ada dengan hidup ini sekarang, jangan sama sekali tamak. Tak ada apa2 yang kekal dalam hidup kita ini dan kita jugak tidak akan bawa apa2 pada akhir hayat kita. Apa yang kita semua ada di sini akan tinggalkan pada hari tersebut bila tiba masanya.

Bila ingat balik apa yang jadi kat kawan saya ini (walaupun tak berapa suka dia) sedih jugak, hilang selera saya nak buat kerja dan bila fikir secara rasional hidup saya harus diteruskan dan tidak boleh terhenti hanya kerana insiden ini kan. So apa2 pun saya ucapkan takziah kepada keluarga dia walaupun saya bukan islam.