Pages

Monday, October 18, 2010

Cerita pada hari jadi yang ke-21...

Hi aper khabar semua, sihat? Mestilah korang semua sihat kan heheh macam aku lah seihat sejahtera...pui pui pui....xleh ckp aku sihat sangat mana tau kena langgar nanti nga tikus hehehe. Eh apa dah jadi ngan saya? Biasalah kadang2 kena gila2 sikit baru leh hilang stress dan keletihan mendengar kereneh2 orang sekeliling saya kalau tak mesti muntah darah dan sekali ngan perdarahan dalaman hahahahah

Ok, back to the topic now... ni pasal cerita pada hari jadi gua yang ke-21 hahahah dah keluak tanduk dah...nampak tak korang ....eh invisible lah tanduk tu...aper lah korang. Sekarang saya sudah officially jadi orang besaq so leh lah buat benda bukan....benga2 illegal pun jadi illegal sekarang :D

Eh I taklah jahat sampai buat benda2 illegal tu cuma buat benda legal jew...yerlah study jurusan undang2 kena lebih berhati hati baru leh jadi peguam yang bagus kan kan kan (bagus ker?) Ok, semalam sebelum balik umah, parents saya dah siap beli kek untuk birthday saya, alah kecik jew bukan besaq sangat pun..

Sampailah malam tiba masa untuk potong kek....ah terharu saya bila tengok kek yang dibeli, walaupun tak buat jamuan yang besar tapi restu dari orang tua saya lah yang amat penting untuk hidup saya ini. Kerana merekalah saya berjaya dalam hidup saya dan akan terus berjaya lagi dan membanggakan mereka.

Nak tengok kek tak? Jom......



haaaa ini dia kek yang dibeli oleh parents saya....lepas jew potong kek terus dapatkan restu dari mereka dan hadia RM50.00 dari ayah saya dan ciuman dari ibu saya.....hahahaha betapa bahaginya saya. Harap parents saya akan bersama saya pada bila2 masa sahaja.

Sunday, October 17, 2010

Tanggal 17/10/10



Hi semua, apa khabar? hahahaha akhirnya I dah 21 umur pada 17hb Oktober 2010. Walaupun setiap tahun kita raikan hari jadi kita tapi hari jadi pada 21 mesti rasa bangga dan happy sikit mungkin sebab kita dah officially dah jadi orang besar tapi padahalnya dah tua....


Walaupun I baru 21 tapi semua orang kata I macam 25 kerana nampak matured sangat yalah kenapa taknya kalau pada usia yang muda macam ni dah boleh jaga driver dan lori saya kat site dan lebih2 lagi berada pangkat yang begitu tinggi sekali (mining administrator). I pun kadang2 pelik ngan diri saya sendiri jugak sebab budak2 usia muda macam saya ni tengah merempit atau tengah enjoy kehidupan mereka tapi saya boleh berdikari untuk kerja, belajar dan uruskan hal dan masalah keluarga. Bak fikir plak macam orang tua yang umur 50.

Sampai si dia yang I ngan dia tengah berkenalan pun takut ngan saya. Saya pun taktau kenapa plak dia takut ngan saya, padahalnya saya bukanlah orang suka marah atau nampak garang sangat, mungkin kat tempat kerja tu adalah serious sikit, yalah tempat kerja dan pangkat tinggi macam tu kenalah nampak profesional sikit maner leh main2. Lebih2 lagi kalau direct deal dan jumpa GM orang putih yang particular sangat tu, ok pasal kerja ni nanti I cerita. Back to main topik iaitu hari jadi saya...

Banyak perkara pahit dan manis telah berlaku dalam hidup saya pada usia yang muda ni tapi saya telah menempuhi segala masalah dengan berani dan belajar dari kesilapan saya sendiri dan kesilapan orang lain. Setiap hari saya rasa saya lebih matang dalam hidup saya, saya bangga dengan diri saya sendiri dengan apa yang saya telah capai dalam hidup saya contoh kerja dalam pangkat yang bagus, study untuk undang2 dan telah set beberapa goal dan matlamat untuk masa depan saya yang cerah itu.

Start dari malam semalam, banyak orang sudah mulai ucap saya terutamanya si dia kata tak dapat nak ucap saya tengah malam tapi tiba2 tepat kul 12am sms dari dia terkejut mak aku hahahaha tapi I gembira jugak. Ok la, terima kasih kepada semua yang ucapkan saya dan amat menghargainya :)

Wednesday, October 6, 2010

Tuhan yang maha kuasa


Selamat pagi semua. maaf lah lama tak update blog. Busy ngan kerja, setiap kali rasa nak updape tapi masa plak takder...aper nak buat kan...tapi takper entry kali adalah tentang gembira yang baik. Mungkin pada pembaca entry kali ni mungkin pelik sikit tapi inilah kebenaran dengan apa yang sedang berlaku dalam hidup saya. Semua ini bukan yang saya mintak tapi tuhan yang maha kuasa itu yang berikan pada saya dan saya harus menerima dengan hati yang ihklas kerana dia tahu apa yang terbaik dalam hidup saya.


Selepas banyak perkara yang tak manis telah berlaku dalam hidup saya tapi kali apabila perasaan saya tukar kepada seorang yang begitu menawan dan sering membuat saya senyum telah menarik hati saya, iaitu seorang perempuan yang bernama "Devishalini". Saya sendiri pun tidak tahu kenapa saya boleh rasa sayang pada dia tapi itulah kenyataan. Pada mula saya bersala salah kerana saya ni suka pada lelaki dan tiba2 suka pada perempuan plak tapi bila fikir balik mungkin inilah yang dihendaki oleh tuhan untuk menyempurnakan hidup saya.


Tapi saya masih rasa bersalah pada diri saya dan dia, walaupun saya dapat sembunyikan kebenaran dan diri saya sebenar buat masa ini tapi satu hari nanti mesti akan diketahui oleh dia. Semua perbuatan tuhan mesti ada makna yang tersembuyi dan kitalah harus carikanya. Saya betul2 keliru buat masa sekarang dengan pilihan yang telah buat dan saya taknak melukakan hati dia.

Kalau nak ceritakan pasal dia tak cukup lah sehari ni. Dia memang cantik, penyabar, comel, sentiasa suka senyum tapi dia lebih tua 2 umur dari saya. Bagi saya umur itu tidak ada masalah dan bukan isu besar pun sebab kalau dah suka each other kenapa nak kisah pasal usia kan lagipun sekarang memang banyak orang kahwin macam tu pun.


Buat masa kini kita orang belum propose lagi kat each other, kami taknak rush sangat. Kami nak fahami sesama sendiri lebih dahulu sebelum membuat keputusan selanjutnya. Untuk menngucapkan cinta itu hanya perlukan sesaat tapi untuk memahami seseorang memerlukan masa yang panjang dan lagipun dia belum rasa comfortable dengan saya. So kami masa untuk diri sendiri, masa untuk supaya accept the reality dan untuk dia I taktaulah...oh yeah, dia seorang geologist yang kerja satu company dengan saya.


Kami dalam process perkanalan semasa sendiri tapi saya tidak tahu berapa lama lagi saya mahu tipu diri saya sendiri, keluarga saya plak suruh saya kahwin. Kalau mereka semua tahu siapa diri saya sebenar hancur kecai hati mereka. Saya taknak benda macam tu berlaku, untuk kebaikkan diri saya sendiri dan demi keluaga saya akan berubah, benda2 macam ini saya tidak boleh kongsi ngan sapa2 dan hanya tenpat ini lah saya boleh ceritakan segala bendanya...harap kawan2 dalam ini bagi pendapat anda dan saya akan buat yang terbaik untuk semua...