Pages

Wednesday, August 25, 2010

Sekali lagi cinta itu menyakitkan.....


Selamat pagi semua, aper khabar? Sorry lama tak udpdate, maklumlah busy ngan kerja seperti biasa. Walaupun tajuk adalah sekali lagi tapi entah dah berapa kali saya menempuhi benda yang sama dalam hidup saya. Lepas semua perkara berlaku dan jelaskan situasi kepada empat jejaka itu tapi 1 daripada 4 itu yang bernama Dani tetap suka dan cinta pada saya. Pada mula saya memang tak berniat untuk cinta. Hampir sebulan saya kenali dia dalam dunia cinta tapi saya tak luahkan pada dia yang saya cintakan dia, mungkin dia tau kot. Ah peduli apa kan, tapi saya cuba jugak untuk tidak bercinta dengan dia, mula2 saya memang tak cinta pun tapi lepas dua tiga hari tak bercakap, tak dengar suara dia macam rindu plak kat dia, entah kenapa. Ada some misuderstanding yang berlaku lah antara kami berdua.

Ceritanya macam ini, minggu lepas adalah beberapa hari dia tak call dan tak msg saya. Yalah, dah kata tak cinta nak kisah apa kan kalau msg ker tak msg ker, call ker tak call ker tapi saya rasa rindu plak kat dia. Saya sendiri pun keliru adakah saya cinta dia jugak! Dulu dia memang pernah bagitau saya yang kami akan stay sebagai kawan dan tidak akan cinta, lepas tu saya dah tetapkan dalam hati saya bahawa dia adalah kawan saya bukan bf tapi entah apa yang berlaku dalam diri saya.

Ok balik kepada cerita asal, lepas I msg dia dalam fb dan jugak hp, di balas kata dia busy. Saya memang tau dia tengah busy tapi saya cuma main2 ngan dia jew tapi dia ambik serious dan dia kata dia amat kecewa ngan perangai saya. Saya dah jelaskan semua dekat dia tapi dia macam taknak terima jugak dan saya sudah tahu yang dia cuba menjauhkan diri dari saya. Yalah, sama jugak ngan sofian kan, tinggal di KL mesti ramai yang suka dah lah hensemkan. Mungkin dia jugak telah jumpa yang lebih sesuai ngan dia.



Saya faham dan tahu kekurangan dalam diri saya sendiri. Lagipun benda macam ni dah biasa untuk saya sebab perkara macam ni memang pernah berlaku dalam hidup saya pun kan. Apa2 pun harap dia akan bahagia dengan orang yang dia sayangkan, apakah daya saya kan untuk menghalang dia. Itu adalah hidup dia, dia lebih berhak untuk membuat keputusang yang terbaik untuk diri dia sendiri. Mungkin dah takder jodoh kot, kalau yer pun tengok lah macam maner. Sekarang tiba masa untuk saya berjiwnag jap selama tiga empat hari dan lepas tu kembali normal....