Pages

Tuesday, September 7, 2010

Cinta yang tak kekal

Selamat pagi semua, apa khabar? Sorry, lama tak update blog saya, alasan yang sama jugak busy ngan kerja hehe. Sedar tak sedar sudah nak raya so untuk semua kaum muslim "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin". Mesti best kan sambut hari raya bersama keluarga kita, harap korang (yang islam) akan enjoy. Untuk entry kali ni, macam biasa jugaklah kan, title "Cinta" lagi. Yalah, blog saya adalah khas untuk cerita jalan cerita saya yang bercampur ngan perkara gembiran dan jugak perkara yang sedih. Kalau bak 2 cinta ni memang saya dah tau yang tidak akan kekal dalam hidup saya seperti biasa.


Apa nak buat kan dah memang dah tau benda macam ni akan berlaku dalam hidup saya. Memang sudah bersiap sedia pun untuk menerima dalam hidup saya, apa lagi saya boleh buat, takkan saya nak dok menangis setiap hari dok fikir pasal ini. Lantak dialah, nak suka kat siapa ker, cinta siapa ker bukan masalah saya pun. Buat masa sekarang saya hanya nak berkawan dengan semua sebab saya entah dah bosan ngan cinta. Walaupun ada yang nak cinta saya tapi perasaan cinta itu tiada lagi dalam hidup dan hati saya. Kadang2 adallah jugak jeles ngan orang sebab gembira dengan pasangan mereka tapi saya kena sedar bawaha yang cinta tidak sesuai untuk diri saya dan saya lebih rela hidup bersendirian walaupun kadang2 rasa sunyi sangat.

Sekarang saya amat sibuk dengan kerjaya saya selepas naik pangkat dan tak lama lagi kelas akan bermula. Saya akan kembali seperti dulu sibuk dengan hidup saya dan inilah peluang yang amat baik untuk saya jauhkan diri dari cinta best kan idea saya hehehe. Untuk saya semua orang sama jew dalam cinta, macam passing clouds. Datang dalam hidup saya dengan pelbagai rupa dan keluar dengan stau rupa yang sama sahaja dan yang paling bestnyer adalah saya lah mangsa. I pun tak pasti lah kenapa mereke semua ni suka sangat buat saya macam ni! Apa kesilapan saya dan kenapa mereka macam simpan dendam terhadap saya?


Saya sanggup menyepi daripada lukakan hati saya sendiri dengan cinta. Saya dah tanya pada diri saya sendiri kenapa benda macam ni hanya berlaku dalam hidup saya, dah letih dengan benda ni semua. Entah kenapa, rasa macam dah meluak bila dengar perkataan "CINTA". Kadang2 I cuma sajew2 post kat facebook, itu pun dah banyak orang tanya dah berpunyer. Hmmmm apa da, I cuma post suka2 jew, itu pun takleh.

Mungkin semua ini berlaku untuk mematangkan diri saya sendiri kot. I tak pasti lagi berapa banyak orang lagi yang seperti saya tapi pada usia yang muda ini baru hanya 20 I dah kerja dengan pangkat yang setaraf dengan senior dan manager, kena handle masalah keluarga lagi, masalah peribadi lagi, masalah study lagi dan banyak lagi dalam hidup saya. Bila tambah lagi dengan masalah cinta ini buat saya seperti tiada tenaga langsung untuk bergerak lagi. Tapi masalah di tempat kerja lagi teruk dari semua dengan pekerja2 bawah saya, ya tuhanku macam rasa nak muntah darah. Tak lama lagi hp saya akan meletup kerana tak tahan berbunyi hampir setiap minit dari pekerja saya.