Pages

Friday, July 2, 2010

Persemadian secara hidup

Akhirnya semua telah habis dalam hidup saya. Ini lah balasan yang diterima oleh saya untuk cinta saya setia padanya. Saya memang tak faham! Saya sudah tanya pada diri saya apakah kesalahan saya tapi setahu saya, saya tidak buat salah tapi saya mengaku yang saya mungkin pernah melukakan hati dia dan saya telah minta maaf seribu kali. Semua yang saya mimpikan dan membina kota dalam hati saya akhirnya terkecai maca itu sahaja. Bayangkan dia sendiri yang menjanjikan pada saya yang dia tidak akan mensiakan cinta saya terhadap dia tapi apa yang berlaku adalah dia sendiri mengkotakan janji yang telah di buat. Memang pelik ar dengan orang2 macam ini dan funny.

Huh I dah cukup letih, cinta telah membuatkan hidup saya penuh seksa. Apa kesalahan saya sampai tuhan dan dia buat macam ini terhadap saya? Tapi dia pernah msg satu lagi nombor yang mengatakan dia balik Melaka untuk jumpa bf dia dan lebih2 lagi dia janji yang nak jumpa saya pada hari ni tapi semuanya tak jadi. Satu sebab utama yang tak jadi kerana dia diamkan diri macam patung.

Sebenarnya saya sudah bersiap untuk pergi KL walaupun dia tidak balas dan dengan harapan dia mungkin ada balas yang mengatakan dia tengah tunggu di tempat yang kami janjikan tapi semuanya serba tak kena hari ini apabila banyak masalah timbul di tempat kerja dan tiket bas pun dah habis. So lepas fikir saya malaslah nak turun KL lagi pun dia tak jawab panggilan saya malah msg saya kepada dia.

Selepas saya fikir selama sehari dan saya bauat keputusan untuk menjauhkan diri dari dia kerana itu yang dia inginkan. Kita tengok jewlah apa yang bakal akan berlaku. Tapi untuk kali ini saya tak rasa begitu sakit sebab mungkin dah biasa kot untuk kali ke-3 .....

Kepercayaan, Setia & Jujur

Apa makna kepercayaan, setia dan jujur? Setiap kali saya jatuh cinta pada seseorang inilah soalan yang pertama timbul dalam diri saya. Saya pernah cinta sebanyak 3 kali, kali pertama selama 2 tahun, kali kedua cuma cinta "one sight love" dan kali ketiga baru2 sahaja dengan seorang yang bernama Sofian. Mungkin cinta pada kali pertama saya tidak begitu kisah pasal percaya, setia dan jujur dan untuk kali ketiga saya amat menitik beratkan ketiga tiga ini untuk menjaga perhubungan itu tapi akhirnya cinta itu pergi begitu sahaja.

Dia hanya mendiamkan diri sahaja. Saya ada call dia dan hantar sms begitu banyak sekali tapi tidak ada balasa untuk satu pun. Macam maner saya perlu anggap kesenyappan ini? Saya tidak tahu macam maner nak buat keputusan! Adakah saya patut anggap kesenyappan ini sebagai dia tiada lagi dalam hidup saya? Bahagian inilah yang paling pahit dalam hidup saya untuk 3 kali berturut turut.

Kenapa dia buat macam ini dan sanggup buat macam ini terhadap saya? Apakah kesilapan yang saya telah lakukan terhadap dia? Setahu saya, saya memang jujur, setia dan ihklas dalam setiap perkara yang saya lakukan. Saya ingat dia setiap saat, setiap minit, setiap jam dan setiap hari dan inilah balasan yang amat manis dia bagi saya. Saya amat menghargainya.

Saya tidak marah terhadap dia tapi cuma kecewa terhadap dia kerana dia mengunakkan perkataan cinta untuk entah dia nak apa? Kalau tak suka seseorang bagi tahu sahaja dan apa masalahnya kalau bagitau straight forward?

Apa yang post kat sini mungkin jiwang untuk anda semua tapi hanya di sinilah saya boleh mencurahkan segala perasaan saya. Cinta itu datang secara semula jadi dan ada dalam diri setiap insan atas muka bumi ini. Saya tidak berhak untuk kata saya tidak mahu cinta lagi sebab mungkin cinta itu mekar sekali lagi dalam hidup saya pada masa akan datang tapi untuk saya pengalaman cinta sebanyak tiga kali sudah membuatkan saya cukup letih dan hati saya hancur berkecai seperti kaca apabila setiap orang buat perkara yang sama terhadap saya. Apa dosa saya?

Masalah saya yang amat besar adalah senang sayang pada semua orang dan terhadap sofian pun sama jugak. Memang saya tidak boleh salahkan cinta tapi saya boleh salahkan diri saya sendiri untuk perkara ini. Ini adalah pengajaran yang amat besar dalam hidup saya. Adakah semua anhggap saya ni sebagai sebiji patung yang tidak mempunyai perasaan?

Apabila terkenang segala perkataan yang dia ucapkan pada saya, sayalah orang yang paling bahagia walaupun hanya 2 minggu tapi ia adalah merupakan kenangan yang amat indah kerana dia kata dia begitu sayang saya sehingga sanggup datang sini untuk melawat saya. Adakah ini semua ini benar atau hanya semata mata perkataan untuk munutup mata saya? Adakah dia anggap saya untuk mengisi masa lapang dia?

Walau macam maner pun, terima kasih untuk mengembirakan saya dan bagi harapan yang amat besar dalam hidup saya. Saya takkan padam semua msg yang dia hantar untuk saya kerana saya akan simpan msg itu sebagai kenangan saya dan hidup dengan msg itu selagi saya cinta pada dia.

Saya akan bagi peluang yang akhir sebelum saya membuat apa2 keputusan tentang cinta ini.