Pages

Friday, July 2, 2010

Kepercayaan, Setia & Jujur

Apa makna kepercayaan, setia dan jujur? Setiap kali saya jatuh cinta pada seseorang inilah soalan yang pertama timbul dalam diri saya. Saya pernah cinta sebanyak 3 kali, kali pertama selama 2 tahun, kali kedua cuma cinta "one sight love" dan kali ketiga baru2 sahaja dengan seorang yang bernama Sofian. Mungkin cinta pada kali pertama saya tidak begitu kisah pasal percaya, setia dan jujur dan untuk kali ketiga saya amat menitik beratkan ketiga tiga ini untuk menjaga perhubungan itu tapi akhirnya cinta itu pergi begitu sahaja.

Dia hanya mendiamkan diri sahaja. Saya ada call dia dan hantar sms begitu banyak sekali tapi tidak ada balasa untuk satu pun. Macam maner saya perlu anggap kesenyappan ini? Saya tidak tahu macam maner nak buat keputusan! Adakah saya patut anggap kesenyappan ini sebagai dia tiada lagi dalam hidup saya? Bahagian inilah yang paling pahit dalam hidup saya untuk 3 kali berturut turut.

Kenapa dia buat macam ini dan sanggup buat macam ini terhadap saya? Apakah kesilapan yang saya telah lakukan terhadap dia? Setahu saya, saya memang jujur, setia dan ihklas dalam setiap perkara yang saya lakukan. Saya ingat dia setiap saat, setiap minit, setiap jam dan setiap hari dan inilah balasan yang amat manis dia bagi saya. Saya amat menghargainya.

Saya tidak marah terhadap dia tapi cuma kecewa terhadap dia kerana dia mengunakkan perkataan cinta untuk entah dia nak apa? Kalau tak suka seseorang bagi tahu sahaja dan apa masalahnya kalau bagitau straight forward?

Apa yang post kat sini mungkin jiwang untuk anda semua tapi hanya di sinilah saya boleh mencurahkan segala perasaan saya. Cinta itu datang secara semula jadi dan ada dalam diri setiap insan atas muka bumi ini. Saya tidak berhak untuk kata saya tidak mahu cinta lagi sebab mungkin cinta itu mekar sekali lagi dalam hidup saya pada masa akan datang tapi untuk saya pengalaman cinta sebanyak tiga kali sudah membuatkan saya cukup letih dan hati saya hancur berkecai seperti kaca apabila setiap orang buat perkara yang sama terhadap saya. Apa dosa saya?

Masalah saya yang amat besar adalah senang sayang pada semua orang dan terhadap sofian pun sama jugak. Memang saya tidak boleh salahkan cinta tapi saya boleh salahkan diri saya sendiri untuk perkara ini. Ini adalah pengajaran yang amat besar dalam hidup saya. Adakah semua anhggap saya ni sebagai sebiji patung yang tidak mempunyai perasaan?

Apabila terkenang segala perkataan yang dia ucapkan pada saya, sayalah orang yang paling bahagia walaupun hanya 2 minggu tapi ia adalah merupakan kenangan yang amat indah kerana dia kata dia begitu sayang saya sehingga sanggup datang sini untuk melawat saya. Adakah ini semua ini benar atau hanya semata mata perkataan untuk munutup mata saya? Adakah dia anggap saya untuk mengisi masa lapang dia?

Walau macam maner pun, terima kasih untuk mengembirakan saya dan bagi harapan yang amat besar dalam hidup saya. Saya takkan padam semua msg yang dia hantar untuk saya kerana saya akan simpan msg itu sebagai kenangan saya dan hidup dengan msg itu selagi saya cinta pada dia.

Saya akan bagi peluang yang akhir sebelum saya membuat apa2 keputusan tentang cinta ini.

No comments: