Pages

Saturday, May 21, 2011

More than a month!

Weh korang semua, aper khabar? Sihat ker? Hidup lagi sebab saya hampir dah nak masuk kubur dah ni! Eh ni macam serious jew sound dier kan hahahah bukan apa weh, sejak kebelakangan ini saya amat busy ngan kerja dan jugak study sampai balik kerja kul 8pm terus buat assignment tido kul 12am bangun kul 3am buat assignment, korang mampu? Mesti tak mampu punyer aku seorang jew mampu hahahah.

Ok kembali ker tentri kita...hmmm saya tak tau nak cakap sebab dah lebih sebulan saya dan Alif tak jumpa antara satu sama lain cuma sms dan cakap dalam hp jew. Kita orang tak gaduh tapi masing2 busy ngan kerja dan study. Sekarang sem dier dah start balik so memang tak sempat nak jumpa lagi pun saya lebih penting kan study dier daripada kita orang jumpa sebab saya nak dier berjaya dalam hidup dier.

Aku rasa kan kalau korang tak jumpa selama seminggu pun korang dah pikiaq yang bukan2 tentang bf korang kan? Mesti korang fikir adakah dier tengah jumpa skandal dier atau merayap ngan orang lain?...Ah korang tak payah nak tipu lah sebab saya pun pernah fikir macam tu, biaslah manusia memang mudah fikir benda2 macam ni dan mudah buat silap tapi kita kena ingat supaya kita dapat pelajari dari kesalahan kita dan cuba baiki bukan terus buat salah jew kan.

Ada jugak kawan2 dan abang angkat saya tanya bahawa pasti ker Alif tak jumpa atau mengadakan hubungan sexual ngan skandal atau orang lain? Jawapan saya untuk mereka adalah, saya percaya pada Alif dan dier bukan orang jenis macam tu. Saya tau sebab saya kenal sangat dier walaupun baru empat bulan dan dah nak masuk bulan kelima tapi saya kenal sesangat perangai dan cara dier.

Bila kita betul2 cinta seorang itu kita dah boleh kenal cara dan isi hati orang tersebut walaupun dalam masa yang singkat. Seperti saya pernah cakap dalam entri sebelum ini "Love all about trust"! Kalau korang tak percaya macm maner nak happy ngan bf korang bila bersama? Walaupun korang cuba happy bila bersama dier tapi mesti fikiran orang akan tak percaya terhadap dier sebab kepercayaan itu sudah tiada lagi.

Untuk saya tiada masalah sebab saya memang percaya kat dier dan dier pun percaya kat saya. Kita selalu bagitau terutamanya saya kemana sajew saya pergi, apa sajew saya buat mesti saya gitau dier sebab saya taknak ada masalah pada masa hadapan. Sejak kebelakangan ini kita orang jarang sms, bukan tak sms langsung cuma kurang sikit sebab busy dan dier letih lepas balik kerja, saya faham situasi dier sebab saya cintakan dier.

Lagipun market aku tengah naik, ada orang dari tagged dan FB cuba ngorat saya! Aiyo...masa aku single takder pun orang nak kat saya, cedih aku tapi aku dah berpunyer mulalah nak ngorat aku, stress tau! Tapi saya dah bagitau dengan jujur kat dier orang yang saya dah berpunyer dan selebihnya terpulang pada dier orang sebab mencintai seseorang tu adalah hak masing2 so saya tak boleh buat apa2 just bangga jewlah kan hahahaha.

So apa2 pun minggu depan Alif kata nak jumpa sebab dier dah tahan rindu, dah lama sangat tak jumpa. Takut lah, takut orang lain akan suka kat aku....hahahahaha walaupun mulut dier kata tak sedia untuk cinta lagi tapi dengan cara yang dier cakap saya boleh pasti yang dier suka kat cheq hahahah. Ok lah, harap korang enjoy entri kali ini and more to come biler jumpa dier nanti....hahahah

PS: Aku teringin sangat nak ngorat orang cina tapi kalau dier tau aku kena sediakan lubang kubur saya hahahah

PSS: Entri akan datang ~ perasaan nak ngorat!