Pages

Sunday, July 18, 2010

Tentang diri saya

Hi kawan2 semua aper khabar? Dah makan ker? Selama saya telah post sebanyak hmmmm entah dah lupa tapi tak pernah pun saya nak cerita tentang diri saya sendiri. So hari ni saya bercadang nak cerita tentang saya, nama saya patrick (nick name, umur 21 dan lahir di hospital kuala lipis pada 17/10/1989. Dari situlah bermulanya sejarah hidup saya sama ada manis atau pahi tapi saya tetap mengharungi segalanya dengan tabah. Saya ni mix chindian, father chinese dan mum indian so saya boleh cakap chinese, indian, malay dan english. Best kan, boleh curi2 dengar orang gossip pasal saya hahahahah jahat kan saya.

Saya sekolah mandarin yang tak jauh dari umah saya tapi punyerlah malas sampai kerja sekolah semua saya takkan buat. Bayangkan saya boleh sorokkan buku2 semua dalam keta sayah saya. Setiap hari ayah saya hantar ker sekolah mesti akan patah balik tengah jalan dengan alasan terlupa nak bawak buku padahalnya alasan untuk taknak pergi sekolah. Setiap kali emak saya tak pergi kerja saya pun akan ponteng sekolah, maklumlah anak manja kata orang hahaha. Tapi ayah saya tak payah nak cakap sebab dia suka halau saya pergi sekolah, masa tu saya memang tak suka ayah kerana nak jugak hantar saya ke sekolah, sampai sekolah taknak masuk kelas plak. Peluk tiang dan nangis taknak masuk kelas, punyerlah bengang ayah saya sampai pukul saya. Sedih dan sakit tau, cian kat saya hahaha. Samapi darjah empat saya macam tu tapi lepas masuk darjah 4 saya taktau aoer jadi ngan saya, tiba2 jew saya rajin belajar dan terkejut parents saya.

Lepas sekolah rendah, masuklah sekolah menengah sampai SPM. Walaupun result tak berapa bagus saya tetap jadi murid kesayangan semua cikgu as targeted student. Semua cikgu rapat dengan saya terutamanya cikgu BI saya, teacher Cheam. Dier memang rapat dengan saya sampai sekarang kami keep in touch. Ok, abaikan pasal cikgu saya.

Saya suka dengar muzik terutamanya lagu2 jiwang, maklumlah orang jiwang hahaha jiwang tu adalah sikit2. Pasal muzik asalkan lagu itu sedap dan menyenangkan saya of course pilihan saya. Saya tak kisah lagu aper, cina (kurang banyak), melayu, india (kurang sikit) dan english lah paling banyak sekali. Itulah semua orang rasa pelik sebab nama cina dan muka macam malay tapi entah orang semua ckp saya pelik semacam jew hahaha. Semua benda sapu, tak kira bangsa dan kaum. Saya mesra dengan semua orang tak kisah pun, lantaklah orang itu kaum dan bangsa apa, sapa pedulikan hahaha.

Saya suka tengok movie action terutamanya english tapi sejak kebelakangan ini saya suka layan malay plak apa nak jadi ni, takper kita ni kan satu malaysia hahah ayat cover plak hhaha. Takperlah tengok movie aper kan asalkan best dan saya suka jugak tengok movie2 cinta ni. Best kan bila 2 orang jatuh cinta dan cakap "I love you" perghhhhh romantic tul hmmmm bilalah orang nak cakap macam tu kat saya kan, tunggu jewlah.

Warna kegermaran saya adalah biru dan oren tapi yang palin suka adalah oren sebab selalu minum fresh oren, fav saya. Walaupun biru dan oren adalah fav color saya tapi saya tak banyak kumpul barang2 yang berwarna macam tu, entah gila kan saya. hahaha pandai cakap diri saya sendiri gila hahaha, bagus2....

Masa2 lapang macam tu lah suka dengar muzik tengok movie hmmm aper lagi nak buat kan, kekasih dahlah takder so I hanya boleh buat ini sajew lah. Kalau tak pun saya suka spend my time alone, memang suka sangat kalau saya dibiarkan berseorangan sebab I akan banyak berfikir sama ada tentang kerja saya atau pun hidup saya. Memang best, bolej jiwang2 sikit hahahaha.

Saya rasa ini jewlah tentang diri saya dan kalau ada apa2 yang lebih menarik saya akan update ok. bye bye kawan...