Pages

Saturday, December 11, 2010

Cerita Benar Pada jumaat (10-12-10)


Ok sambung balik apa yang telah berlaku pagi jumaat. Lepas I marah pudin pasal mamat tu, pudin explain kat saya yang bukan movie blue tapi mamat tu just main2 jew. Aduh, tertimbul perasaan salah dan sikap terburu saya! Apa yang saya telah lakukan ni, yalah siapa suruh mamat tu cakap macam tu kan. Bukan saya suruh, padan muka dier kena tembak ngan saya. Tapi bila teringat balik apa yang I marah dier, I rasa bersalah lah plak dengan mamat tu.

Audh macam maner ni, I pun sms lah dier kata " I'm sorry, I don't know your real intention yesterday. I'm really sorry and would you mind to watch movie with me?" Ini lah sms yang I hantar kat dier dan dier pun reply lah. Lepas tu keadaan kembali berpulih seperti biasa. I ngan mamat tu pun janji nak tengok movie malam jumaat tu dan seperti biasa pukul 8.30pm.

Sampai kedai yang janji tu, tengok2 mamat tu tak sampai lagi. Aduh, ini yang tension ni! I benci tul kalau nak tunggu2 ni, lepas tu sampai lah mamat tu dalam lebih kurang 10 minit kot. Tapi dier datang seorang jew, ingatkan datang ngan pudin. I pun tanya lah mana pudin, dia kata ada kat umah so dier ajak pergi umah. Mula2 risau jugak nak pergi umah dier, maner lah tau kot2 mamat tu buat perangkap untuk rogol saya ker apa ker hehe. Tapi bila sampai umah dier, segala perasaan buruk tu hilang sebab I tiba2 rasa selesa plak kat umah dier. Masa tu pudin pun adalah sekali.

Lepas tu kita orang bincang lah nak tengok movie aper dan last2 decide nak tengok movie "Andartu Terlampau" hahahah. I ngan mamat tu tengok movie dalam bilik pudin, pudin ni jenis tak kisah so I ngan mamat tu baring lah atas katil pudin tengok movie sambil gelak2 hahah. Hello, korang leh tak jangan pikia benda bukan2. I ngan mamat tu tak buat apa2 k! Tiba2 pudin nak keluar jumpa kawan lak plak, aduh takleh jadi ni. Tapi I masih percaya kat mamat tu hehe, lepas tu I memang taktau yang macam maner I tertidur atas lengan dier tu. Tiba2 mamat tu bangunkan saya dan letakkan tangan saya atas badan macam peluklah dan kepala saya letak atas dada dier. Dier plak peluk saya dengan satu tangan dna satu tangan lagi dier meramas lembut tangan saya yang atas badan dier.


Tiba2 saya tersedar dan rasa macam bahagia plak dalam dekapan dier tu. Tapi saya rasa nervous plak masa tu, I cepat2 alihkan tangan dari atas badan dia. Dier diam jew tengok movie, lepas tu I rasa macam nak peluk dier plak so I tanya lah kat yang I bleh peluk dier tak, dier kata peluklah so apa lagi peluk jewlah eheheh. I pun taktau kenapa I leh jadi macam tu, rasa betul2 bahagia dalam dekapan dier macam sepasang kekasih plak.

Dah lama I tak rasa pelukan seperti itu. I betul2 rasa bahagia masa tu, tiba2 mamat tu cium pipi saya dan mulut saya. Aduh, berderau darah saya dan denyutan jantung saya semakin meningkat ni tak lama lagi mesti akan meletup hahaha. Lepas dier cium (wei korang, leh tak jangan imagine sampai benda lain. Full stop at kissing ok!hehe)tertimbul perasaan lain terhadap dier. Entahlah, I betul2 rasa bahagia ngan dier masa tu, macam malam itu adalah kepunyaan saya. I pun tanyalah kat dier, biasa bawak orang macam ni (ada plak I tanya macam tu, nice try men!), dier balas kata takderlah I lah orang pertama. I tanya balik kenapa lah, dier balas entah xtau.

Masa pun berlalu macam tu, dier tiba2 suruh saya temankan dier malam tu. Aduh, ini yang takleh ni tapi dalam hati nak jew. Apa nak buat kan, hmm I balas sorry lah awak mungkim lain kali kot. Dier tak kata apa2 pun, just diam jew.Mata I ngan mamat tu merenung antara satu sama lain, begitu dalam dan makna sekali. Lepas tu dier pun hantar kat tempat kereta tadi. I pun salam ngan cium dan terus balik umah. Sampai umah, asyik teringat tentang dia. Sampai umah, I msg mamat tu kata I dah sampai umah dan dier reply ok good night.

I terus sms pudin tanya pasal dia yang dier ada tak pernah bawak sapa2 balik umah, ada bf ker itulah inilah, banyak benda yang I tanyalah. Pudin pun reply lah semua soalan saya. Hmmm entahlah korang adakah ini cinta atau cuma perasaan saya sahaja! Entah2 perasaan saya jew dan dier tak pun. I yang lebih2 kot tapi kenapa dier peluk saya masa I terlena. Hmmm risau jugak kalau fikir balik semua ni.

Ahad ni adalah birthday dier so I belanja dier tengok movie Narnia: The voyage of the dawn treader sebagai present untuk dier. Buat masa ini, I rasa I taknak terburu buru ikut perasaan saya kot. I nak kenali dier dulu, untuk saya I tak kisah pasal hidup dulu yang penting lepas ni jujur dan setia pada saya itu sudah cukup memadai :)

Apa2 pun nantikan perkembangan ok hehehe.

Kenalan Baru Pada Khamis (9-12-10)


Selamat pagi semua....macam kat sekolah plak kan "bangun semua, selamat pagi cikgu" hahahah. Kenangan di sekolah memang tidak dapat dilupakan, bersama kawan dan cikgu. Segala kenangan masih lagi di otak 1 milion TB ni hahaha. Eh apa yang saya tengah merepek ni, macam lari dari entry jew. Ok, back to the story. Minggu ni saya tak ke KL sebab kelas dah batal so dok jewlah kat umah. Tapi bukan dok kat umah pun datang kerja. Fuh bayangkan datang kerja hari sabtu wei, mnacam lah orang lain tak kerja hari sabtu hahahah.

Sekarang baru nak cerita pasal kenalan baru saya. Baru jew kenal khamis lepas ni, tak sangka pun I akan kenal tapi apa nak buat dah takdir aku macam tu. Sebenarnya kawan saya yang bernnama pudin ajak pergi dinner ngan dia, katanya dah lama tak jumpa so just nak lepak2 lah kan. I dengan pudin memang dah lama kenal, dier kerja kat maybank lah. Kita kenal melalui PR tapi I dah delete lah account PR ni sebab I telah dipermainkan oleh seorang mamat yang I pernah cerita dulu. So I ngan pudin leh kata close jugak tapi I tak pernah ada perasaan terhadap dier sebab dier adalah kawan saya.

Saya ni beza sikit sebab kalau once I dah fix sebagai kawan I takkan ada niat lain terhadap mereka hanya kawan sahaja. So malam khamis tu I ngan pudin dah fix time untuk jumpa kul 8.30pm dan masa pun tibalah untuk jumpa. Tapi saya yang sampai dulu tau, pudin tu kan memang kaki lambat. Geram tul, jalan pun macam 1 bulan tak makan. Punyalah bapak slow hehe. So bila both of us dah sampai kat kedai tu, tiba2 pudin bagitau saya yang kawan dier atau pun housemate dia akan join kita jugak. I pun ok jew lah kan sebab dah kawan pudin, lebih2 lagi pudin dah suruh dier datang macam maner plak I nak halau mamat tu kan.

So kita orang pilih tempat untuk duduk dan order makanan.Lepas tu kita orang borak lah, kutuk sesama sendiri hahaha. Itulah yang biasa kita akan buat bila I jumpa pudin. Banyak yang boleh borak kan bila ngan kawan ni. Dalam beberapa minit mamat tu pun datang lah, hmmm leh tahan lah. Kulit putih, tak tinggi sangatlah dan badan berisi jugak lah. Lepas dier duduk pudin pun kenal mamat tu ngan saya. Nama dier start dari F, sorry erk buat masa ini I kena hide dulu nanti baru i bagitau k.

Kita orang pun borak lah, I taktau kenapa I rasa senang sangat dengan dier. Dier bukan firendly sangat lah macam saya tapi at least ok dari yang penuh dengan ego tu! Kadang2 geram jugak dengan mamat2 yang ego tu, ingat baik sangat, ceh poda! Tak teringin kat dier pun hahaha.Oh yeah, I terlupa nak bagitau dier kerja apa kan, mamat tu adalah doktor kat hospital tempat saya. Borak punyer borak sampai dah habis makan, lepas habis makan kita orang borak lagi hahahah. Dekat setengah jam jugak. Kita orang borak macam2-lah.

Then mamat tu kata nak ke 7e, so kita orang belah dari kedai tu. Oh yeah, mangsa pada hari tu adalah pudin hahaha. Bayankan kita oranng makan hampir RM50. Kesian kat pudin heheh, nak kesian apa lak kan dah dier yang ajak hehe. Jahat tul saya ni :p. So mamat tu ngan pudin gi 7e dan saya apa lagi balik ar, nak buat apa lagi kan hehe. Masa on the way balik tu I sms kat pudin "thanks the treat, I really appreciate that pudin and nice to meet your friend as well", bayangkan I bleh sms masa drive!

Lepas jew sampai umah, I masa bilik untuk tukar baju tidur tiba2 I receive satu sms dari nombor yang I tidak kenali. Rupa2-nya mamat tu lah kawanp pudin, kata bosan ajak tengok movie. Gila kar apa, I baru sampai umah nak I drive lagi gi umah dier, tak kuasa aku hehehe. I pun bagitau lah dier yang I tak dapat sebab baru sampai umah dan letih. Dier pun tak lepas jugak, nak jugak saya join dier tengok movie dan yang bestnya adalah, dier suruh saya tidur ngan dier malam tu. Hek eleh mamat ni, suka2 hati jew suruh orang bermalam di umah dia, banyak cantik. Nanti tak pasal2 kena halau ngan mak saya, yalah saya kan anak manja so parents saya tak suka tinggal ngan umah orang.

So mamat tu tak nak kalah jugak, nak jugak saya tengok movie ngan dier. Masa I tanya korang nak tengok movie aper, dier leh kata movie "blue", lahabau punyer mamat. Hello, ko ingat apa? Aku ni mamat jual badan kar? Cilaka tul, macam sial! I pun bagilah alsan yang I xnak datang lepas tu I pun taktau macam maner I tertidur tak reply last sms dier. Pagi bangun tengok dier hantar sms " You mesti kena datang teman saya tengok movie jugak". Cubalah bayangkan pagi2 tengok sms macam tu yang baru kenal 1 hari! Adakah orang macam ni, nice try men ckp sendiri dalam hati hahaha. I punyerlah benggang pagi tu, yalah dari kecik sampai sekarang parents saya pun tak pernah control saya macam tu, siapa plak dier untuk kontrol saya, hampeh tul!

Ok setakat ni jew untuk cerita benar yang telah berlaku pada khamis lalu. Tunggu untuk sambungan cerita benar yang berlaku semalam iaitu jumaat, lagi panas dan sensasi hehe.