Pages

Saturday, December 11, 2010

Kenalan Baru Pada Khamis (9-12-10)


Selamat pagi semua....macam kat sekolah plak kan "bangun semua, selamat pagi cikgu" hahahah. Kenangan di sekolah memang tidak dapat dilupakan, bersama kawan dan cikgu. Segala kenangan masih lagi di otak 1 milion TB ni hahaha. Eh apa yang saya tengah merepek ni, macam lari dari entry jew. Ok, back to the story. Minggu ni saya tak ke KL sebab kelas dah batal so dok jewlah kat umah. Tapi bukan dok kat umah pun datang kerja. Fuh bayangkan datang kerja hari sabtu wei, mnacam lah orang lain tak kerja hari sabtu hahahah.

Sekarang baru nak cerita pasal kenalan baru saya. Baru jew kenal khamis lepas ni, tak sangka pun I akan kenal tapi apa nak buat dah takdir aku macam tu. Sebenarnya kawan saya yang bernnama pudin ajak pergi dinner ngan dia, katanya dah lama tak jumpa so just nak lepak2 lah kan. I dengan pudin memang dah lama kenal, dier kerja kat maybank lah. Kita kenal melalui PR tapi I dah delete lah account PR ni sebab I telah dipermainkan oleh seorang mamat yang I pernah cerita dulu. So I ngan pudin leh kata close jugak tapi I tak pernah ada perasaan terhadap dier sebab dier adalah kawan saya.

Saya ni beza sikit sebab kalau once I dah fix sebagai kawan I takkan ada niat lain terhadap mereka hanya kawan sahaja. So malam khamis tu I ngan pudin dah fix time untuk jumpa kul 8.30pm dan masa pun tibalah untuk jumpa. Tapi saya yang sampai dulu tau, pudin tu kan memang kaki lambat. Geram tul, jalan pun macam 1 bulan tak makan. Punyalah bapak slow hehe. So bila both of us dah sampai kat kedai tu, tiba2 pudin bagitau saya yang kawan dier atau pun housemate dia akan join kita jugak. I pun ok jew lah kan sebab dah kawan pudin, lebih2 lagi pudin dah suruh dier datang macam maner plak I nak halau mamat tu kan.

So kita orang pilih tempat untuk duduk dan order makanan.Lepas tu kita orang borak lah, kutuk sesama sendiri hahaha. Itulah yang biasa kita akan buat bila I jumpa pudin. Banyak yang boleh borak kan bila ngan kawan ni. Dalam beberapa minit mamat tu pun datang lah, hmmm leh tahan lah. Kulit putih, tak tinggi sangatlah dan badan berisi jugak lah. Lepas dier duduk pudin pun kenal mamat tu ngan saya. Nama dier start dari F, sorry erk buat masa ini I kena hide dulu nanti baru i bagitau k.

Kita orang pun borak lah, I taktau kenapa I rasa senang sangat dengan dier. Dier bukan firendly sangat lah macam saya tapi at least ok dari yang penuh dengan ego tu! Kadang2 geram jugak dengan mamat2 yang ego tu, ingat baik sangat, ceh poda! Tak teringin kat dier pun hahaha.Oh yeah, I terlupa nak bagitau dier kerja apa kan, mamat tu adalah doktor kat hospital tempat saya. Borak punyer borak sampai dah habis makan, lepas habis makan kita orang borak lagi hahahah. Dekat setengah jam jugak. Kita orang borak macam2-lah.

Then mamat tu kata nak ke 7e, so kita orang belah dari kedai tu. Oh yeah, mangsa pada hari tu adalah pudin hahaha. Bayankan kita oranng makan hampir RM50. Kesian kat pudin heheh, nak kesian apa lak kan dah dier yang ajak hehe. Jahat tul saya ni :p. So mamat tu ngan pudin gi 7e dan saya apa lagi balik ar, nak buat apa lagi kan hehe. Masa on the way balik tu I sms kat pudin "thanks the treat, I really appreciate that pudin and nice to meet your friend as well", bayangkan I bleh sms masa drive!

Lepas jew sampai umah, I masa bilik untuk tukar baju tidur tiba2 I receive satu sms dari nombor yang I tidak kenali. Rupa2-nya mamat tu lah kawanp pudin, kata bosan ajak tengok movie. Gila kar apa, I baru sampai umah nak I drive lagi gi umah dier, tak kuasa aku hehehe. I pun bagitau lah dier yang I tak dapat sebab baru sampai umah dan letih. Dier pun tak lepas jugak, nak jugak saya join dier tengok movie dan yang bestnya adalah, dier suruh saya tidur ngan dier malam tu. Hek eleh mamat ni, suka2 hati jew suruh orang bermalam di umah dia, banyak cantik. Nanti tak pasal2 kena halau ngan mak saya, yalah saya kan anak manja so parents saya tak suka tinggal ngan umah orang.

So mamat tu tak nak kalah jugak, nak jugak saya tengok movie ngan dier. Masa I tanya korang nak tengok movie aper, dier leh kata movie "blue", lahabau punyer mamat. Hello, ko ingat apa? Aku ni mamat jual badan kar? Cilaka tul, macam sial! I pun bagilah alsan yang I xnak datang lepas tu I pun taktau macam maner I tertidur tak reply last sms dier. Pagi bangun tengok dier hantar sms " You mesti kena datang teman saya tengok movie jugak". Cubalah bayangkan pagi2 tengok sms macam tu yang baru kenal 1 hari! Adakah orang macam ni, nice try men ckp sendiri dalam hati hahaha. I punyerlah benggang pagi tu, yalah dari kecik sampai sekarang parents saya pun tak pernah control saya macam tu, siapa plak dier untuk kontrol saya, hampeh tul!

Ok setakat ni jew untuk cerita benar yang telah berlaku pada khamis lalu. Tunggu untuk sambungan cerita benar yang berlaku semalam iaitu jumaat, lagi panas dan sensasi hehe.

No comments: