Pages

Wednesday, October 6, 2010

Tuhan yang maha kuasa


Selamat pagi semua. maaf lah lama tak update blog. Busy ngan kerja, setiap kali rasa nak updape tapi masa plak takder...aper nak buat kan...tapi takper entry kali adalah tentang gembira yang baik. Mungkin pada pembaca entry kali ni mungkin pelik sikit tapi inilah kebenaran dengan apa yang sedang berlaku dalam hidup saya. Semua ini bukan yang saya mintak tapi tuhan yang maha kuasa itu yang berikan pada saya dan saya harus menerima dengan hati yang ihklas kerana dia tahu apa yang terbaik dalam hidup saya.


Selepas banyak perkara yang tak manis telah berlaku dalam hidup saya tapi kali apabila perasaan saya tukar kepada seorang yang begitu menawan dan sering membuat saya senyum telah menarik hati saya, iaitu seorang perempuan yang bernama "Devishalini". Saya sendiri pun tidak tahu kenapa saya boleh rasa sayang pada dia tapi itulah kenyataan. Pada mula saya bersala salah kerana saya ni suka pada lelaki dan tiba2 suka pada perempuan plak tapi bila fikir balik mungkin inilah yang dihendaki oleh tuhan untuk menyempurnakan hidup saya.


Tapi saya masih rasa bersalah pada diri saya dan dia, walaupun saya dapat sembunyikan kebenaran dan diri saya sebenar buat masa ini tapi satu hari nanti mesti akan diketahui oleh dia. Semua perbuatan tuhan mesti ada makna yang tersembuyi dan kitalah harus carikanya. Saya betul2 keliru buat masa sekarang dengan pilihan yang telah buat dan saya taknak melukakan hati dia.

Kalau nak ceritakan pasal dia tak cukup lah sehari ni. Dia memang cantik, penyabar, comel, sentiasa suka senyum tapi dia lebih tua 2 umur dari saya. Bagi saya umur itu tidak ada masalah dan bukan isu besar pun sebab kalau dah suka each other kenapa nak kisah pasal usia kan lagipun sekarang memang banyak orang kahwin macam tu pun.


Buat masa kini kita orang belum propose lagi kat each other, kami taknak rush sangat. Kami nak fahami sesama sendiri lebih dahulu sebelum membuat keputusan selanjutnya. Untuk menngucapkan cinta itu hanya perlukan sesaat tapi untuk memahami seseorang memerlukan masa yang panjang dan lagipun dia belum rasa comfortable dengan saya. So kami masa untuk diri sendiri, masa untuk supaya accept the reality dan untuk dia I taktaulah...oh yeah, dia seorang geologist yang kerja satu company dengan saya.


Kami dalam process perkanalan semasa sendiri tapi saya tidak tahu berapa lama lagi saya mahu tipu diri saya sendiri, keluarga saya plak suruh saya kahwin. Kalau mereka semua tahu siapa diri saya sebenar hancur kecai hati mereka. Saya taknak benda macam tu berlaku, untuk kebaikkan diri saya sendiri dan demi keluaga saya akan berubah, benda2 macam ini saya tidak boleh kongsi ngan sapa2 dan hanya tenpat ini lah saya boleh ceritakan segala bendanya...harap kawan2 dalam ini bagi pendapat anda dan saya akan buat yang terbaik untuk semua...