Pages

Monday, December 27, 2010

Akhirnya Menitiskan Jugak Air mata!



Buruk tul muka saya erk masa nangis heheheheh!

Abang Angkat Yang Terangkat!

Hello semua, seperti yang saya janjikan kat entry sebelum ini saya akan cerita kan abang angkat yang terangkat. Hahahah entry macam sengal jew kan, I kenal abang ni dalam FB dah lama dah pon tapi tak pernah nak bicara pun tapi stau hari tu tiba2 rasa nak chat ngan dier so chat lah, chat tak sampai berapa minit terus dier bagi nombor!

So apa lagi, call jew tapi I tak call pun masa tu. Minggu lepas tu rasa bosan plak kat office yalah kerja sampai kul 9pm hantu pun bosan dok seorang kat office so rasa nak kacau someone jew hahahah so call lah abang terangkat tu hehehe.

Call jew terus dier jawab, so borang lah kita orang. Oh yeah nama dier hmmm panggil jewlah zal. So borak punyer borak taktau masa berlalu. Kita orang pun share lah semua benda yang boleh.

Lepas tu kita orang msg lah siang malam. Rasa sayang wujud plak dalam hati saya, hello! Sayang jew k bukan cinta! Sayang sebagai seorang adik jew ok korang , jangan pikia yang bukan2 lak. Borak lah kita orang and cadang nak jumpa, sibu weh! So apa lagi I pun book lah tiket untuk pergi jumpa pada 7hb bulan depan.

Tapi sekarang yang jadi masalahnya dier macam diamkan diri macam orang bisu plak! Macam mulut tu melekat dah takleh bercakap ngan saya! Aduh ni yang sakit ni, takleh jadi ni! Tapi mengikut janji yang I telah buat kat dier yang I akan buat yang terbaik untuk menjaga perhubungan kami walau apa pun terjadi so I tengah berusahalah ni!

Kalau masa I sampai sibu kalau dier taknak jumpa saya takperlah, I jalan seorang kat sana, I believe in myself yang I boleh face segala masalah dalam hidup saya. Kalau setakat macam ni, takyahlah aku nak sakit kan hati saya. Hmmm korang percaya tak yang saya tak rasa sakit! Hahaha mestilah tipu kan saya ni, I rasa betul2 sakit.

Salahker saya sayang kan orang itu dengan hati yang ikhlas dan apa salah saya ornag balas saya macam ni! Setahu saya saya tak pernah pun lukakan sapa2 tapi kenapa saya dilukakan setiap kali macam ni!

Ah sudahlah, malas aku nak fikir semua benda ni!

Friday, December 24, 2010

2 pada masa yang sama!


Morning semua, sorry2 lambat update blog. Hari tu memang nak update tapi tak sempat lak banyak kerja lah katakan. Ok untuk entry kali ni mungkin hotlah sikit kot sebab market I tengah naik tiba2 hahaha. Entahlah korang, I pun rasa pelik semacam jew sebab sejak kebelakangan ini ada 2 orang mamat ni aduh, mengayat sampai I rasa nak pengsan.

Benda ni start berlaku hari isnin minggu lepas lepas I dapat abang angkat kat Sibu, nanti I cerita pasal abang angkat saya lepas ni entry ni k, mungkin I akan upload gambar dier kot...ok back to the story now! Mula2 I kenal dier orang ni kat tagged lah tanpa niat yang lain sebab semua dalam tagged tu adalah kawan saya tak pernah pun ada niat yang lain.

Satu hari tu adalah 2 orang mamat ni add saya I pun approve lah sebab dalam tagged ni takder pun kawan peribadi saya, kalau FB tu jangan risau lah tunggu sampai tua pun I takkan approve orang yang I kenal kecuali I rasa selamat dan perangai tak macam orang beruk heheh jahat kan saya...

Dalam tagged tu I approve jew semua, tak kisah pun sebab nak kawan jew. Lepas approve tu, 2 orang ni mulalah massage dengan saya, tanyalah ada bf ker, single ker macam2lah dier orang tanya and nak nombor plak...I pun bagi jewlah, dah nama kawan kan...lepas tu mulalah sesi mendesak sangat! Aduh, sakit kepala tul.

Fuh 1 mamat ni bukan main ayat lagi, aduh siang malam dier guna ayat yang sama jew sampai I rasa nak tumbuk jew. Bukan I xnak tapi masalahnya baru kenal berapa hari jew terus nak cinta plak. Sayang tu bleh lah I accept tapi cinta hahahah janganlah wei, cukuplah dengan apa yang I dah kena sebelum ini! Tak kuasa aku nak kena lagi kah apa!

Ni lah ayat2 yang dier selalu guna:
1. Saya sayang awak, saya betul2 sayang kat awak
2. Saya cinta awak, saya betul2 cinta awak
3. awaklah nyawa saya, saya akan bahagiakan awak
4. saya akan jaga awak, saya takkan buat awak nangis

Aduh mak, naik bulu roma saya, maaflah korang, bukan saya nak malukan dier atau nak jual mahal tapi perasaan cinta tu tak wujud dalam hati saya untuk dier, macma manerlah I nak cinta dier!

Yang seorang mamat ni pulak, ayah dier pak arab and mak cina! Aduh macam maner tu? I sendiri pun tak faham, yang mamat ni plak msg taklah kerap sangat cuma sometime dier guna honey lah, dear lah aduh...I taktau nak cakap apa. Yang ni tak banyak kacau saya tapi yang satu lagi tu aduh macam nak buat saya muntah darah!

I dah bagitau dier orang elok2 dah, I cakaplah yang i belum sediakan lagi untuk cinta semua sebab I kan tengah nak relax dulu, xnaklah berburu2! Nanti tak pasal2 kena lagi susah lah saya, air mata dah lah kering sampai nak nangis pun nangis kering jew korang. Leh tak korang pinjamkan air mata sikit heheheh.

So untuk 2 orang yang amat mencintakan saya ni, terima kasih untuk cintakan saya tapi I sayang kan korang sebagai kawan sahaja tak lebih dari itu. Kalau cinta pun bukan sekarang so kalau korang nak tunggu, I takder masalah. Itu adalah hak korang.

Wednesday, December 15, 2010

Harapan!



Selamat pagi semua, apa khabar? Harap semua sihat belaka ok. I ada satu cerita baru tapi pendek jewlah kan. Dalam entry sebelum saya pernah ckpkan yang ada seorang driver under saya yang cuba tackle saya! Suruh dier mimpi jewlah kerana I takkan jatuh cinta kat dier, boleh katakan setiap hari dier sms saya. Kadang2 tu siap guna perkataan sayanglah, darling lah aduh rasa nak bunuh jew! Tapi apa2 pun dier still my driver kan so I kenalah jaga emosi saya hahah.

I dah pun ckp kat dier yang I takkan cinta kat sapa2 so jangan menaruh harapan dalam perkara cinta ini dan lebih2 lagi terhadap saya lah tapi mamat driver ni kan degil jugak, tapi dier ni bukan malay tapi indian!I bukan tak suka indian tapi entah I lebih suka malay dari indian. Pelik kan saya ni heheh!

So lantak lah mamat india ni, takder masa I nak layan dier. Yang pasti I dah rasa kebas sekarang, macam takder perasaan langsung walaupun banyak mamat2 hensem kat luar sana terutamanya kat KL tu. Berlambak macam semut tapi apa nak buat saya kenal diri saya yang I'm not the perfect one. I've learn a lot in my life and the most important part was that my life journey still have a long way to go!

Sebelum ini, setiap kali I akan rasa sakit hati saya bila mengenang kembali apa yang telah terjadi dan perasaan cemburu menebal setiap hari bila nampak couple yang begitu gembira. Tapi sekarang, I dah tak rasa apa2 pun malah saya wish mereka supaya gembira selalu dalam perhubungan mereka, ini semua kerana I belajar dari hidup saya. * The more I face, The more I gain *...

Sabtu lepas entah kenapa, tiba2 perasaan harapan wujud dalam diri saya, saya rasa seperti ada seorang sedang menunggu untuk saya jadi teman. I taktau siapa itu tapi harapan itu semakin tebal dalam hati saya dan menyuruh saya sabar jangan buru sangat. Sekarang I betul2 tak rasa sedih, tak rasa sakit walaupun mengenangkan yang telah lalu dan rasa tenang jew hati saya.



I sendiri pun taktau kenapa I boleh rasa macam tu tapi yang pasti hati yang beku semakin cair dan rasa begitu senang sekali, rasa gembira pun ada. I rasa begitu bahagia sangat dengan keadaan diri saya sekarang, rasa sempurna sangat. Kadang2 I terbayang yang MHS (my Heart Stoler) memimpin tangan saya semasa berjalan jalan, peluk saya dengan penuh makna, cium saya dengan penuh cinta dan kasih sayang, berbual bersama saya dengan hati yang terbuka tanpa menyimpan apa2 rahsia.



I rasa betul2 bahagia sangat pada saat itu dan yang penting I telah pelajari macam maner I kena jaga perhubungan itu dengan baik. Ini semua gara2 daru pengalaman kisah hidup lepas saya. Sekarang I betul2 happy sangat sampai I lupa diri saya, dah lama I tak rasa seperti ini. Mungkin tuhan dah menetukan segalanya untuk saya dan membuatkan saya susah kerana saya tabah dan kuat selepas ini.

So, sekarang perkara yang paling penting adalah I taknak fikir begitu banyak dan saya enjoy saat gembira saya ni dengan sepenuhnya bersama kawan saya, parents saya dan semua walaupun yang tak kenal.

Perkara yang I perlu tumpukan perhatian adalah terhadap career dan study saya. Yang cinta tu biarlah kemudian baru saya fikirkan, kalau ada rezeki adalah, kalau takder tu takderlah, tak kisah pun. Sekarang I dah ada kawan2 baru yang buat saya gembira, so cukuplah dengan itu, syukur rasa dengan keadaan ini.

Tuesday, December 14, 2010

Hati yang sudah beku!


Entahlah korang, kadang2 I betul2 rasa macam dah kebas hati saya kerana selalu kecewa sampai tak dapat rasa sakit. Nak nangis pun tak larat dah, macam dah kering jew air mata saya. Sekarang I dah taktau nak buat aper, nak sms mamat tu pun rasa bersalah plak. Bukan apa, just taknak kacau dier sebab dia kan sudah berpunyer, taknaklah nanti timbul masalah kerana saya dalam perhubungan dier ngan bf dia.

Selepas 1 tahun sebanyak 3 hingga 4 orang datang dalam hidup saya tapi semuanya macam passing clouds. Tunjuk harapan dan terus lenyap begitu sahaja! Walaupun saya nak kawan ngan mamat tu balik, mesti perasaan cinta itu akan menebal setiap kali saya tengok dia. So better takpayah nak jumpa dan just keep away ngan dia lagi bagus. Sms pun kenalah jarang sangat tu kan.

Baru tadi saya ada baca satu cerita ni, begitu bermakna sekali jalan cerita dia. Alangkah bagusnya kalau saya mempunyai seorang macam itu, penuh dengan cinta dan kasih sayang. Untuk saya, saya tidak perlukan harta untuk membuktikan cinta itu tapi cukuplah dengan cinta dan kasih sayang. I betul2 rindukan belaian kasih sayang dan nak rasa cinta yang benar.

Selepas begitu banyak kekecewaan harus ker saya biar pintu hati saya buka macam tu atau tutupkan sahaja. Perlukah saya mengejar cinta itu lagi? Kat mana saya nak cari jejaka misteri itu? Banyak soalan yang timbul dalam hati saya tapi jawapan tidak jugak dapat carinya!

Walapun saya senyum dan ketawa tapi itu hanya setakat di luaran sahaja dan di dalam setiap saat menanggis meningat kembali semua perkara. I pun tak pening taktau nak buat macam maner dah, rasa bosan pun dah ada dalam pencarian cinta ini!


Kalaulah saya dapat peluang di luar negara untuk kerja atau study mesti saya akan pergi jauh dari sini. Tak sanggup saya untuk menanggung semua beban lagi, tiada ruang lagi untuk menempuh hidup bersendirian. Harap tuhan akan menunjukkan seorang yang betul2 akan bersama saya sehingga akhirat saya.

Monday, December 13, 2010

Noktah untuk cerita benar pada 12-12-10

selamat pagi semua, happy working day untuk semua. Khabar baik? Hmm harap korang semua baik2 belaka k. Ok, entry untuk kali adalah pasal the end kan. Apa lagi kalau bukan kecewa lagi hahaha. I rasakan tuhan dah fix kot untuk saya, setiap suka kat someone mesti kecewa punyer. Mungkin takdir jugak kan! Pada sabtu lepas iaitu pada 11-12-10, petang tu, dier call ajak saya untuk pergi lunch. Apa lunch kul 3pm! Ok jew sebab I kan suka kat dier ahahaha. So I pun pergi lunch ngan dia, lepas tu I balik lah.

Malam tu I sms tanya dier ada bf tak, tanya sekali lagi hehe. Tiba2 dier reply kata ada! Ah sudah, hancur hati saya untuk sekali lagi. Malam tu memang takleh nak tido langsung, asyik memikirkan pasal ni. Entah macam maner kali ni lalui lepas mamat hostel tu!

Pagi ahad tu kami pun bertolaklah ke KL, dalam kereta kami banyak borak. Rasa bahagia dan selamat sangat di sisi dia. Sampai di KL, masa makan sushi kat pavilion dah sah dier memang sudah berpunyer beberapa bulan lepas. Hmmm terus dah tak dapat nak makan dan hilang mood saya untuk makan. Muka saya terus berubah dan I rasa dier perasan kot perubahan kat muka saya kot. Entahlah, tapi I betul2 sedih, habis mood saya semalam entah nak cakap apa dan nak buat apa.

Kita orang shopping kat pavilion sebelum I ngan dier pergi tengok wayang. Masa tengah shopping tu bf dier call, I pun apa lagi beredar dari tempat tu lah. I taknaklah kacau dier orang berbual, I tunggu kat luar jew. Lepas dier habis bual, mamat tu cari saya, masa memang I takda mood. Rasa macam nak nangis pun ada tapi I terpaksa kawal sebab public place.

Lepas siap semua, kul 6pm masa dalam kereta I minta maaf kat dier sebab menaruh perasaan cinta terhadap dier. Hmmm aper nak buat kan, dah tak ada jodoh kot. Walaupun hati saya begitu sakit. so tibalah masa untuk saya menjauhi diri saya dari dia, I takut nanti saya melebih lebih dengan dia sampai dier bermasalah dengan bf dier. I tak suka kacau perhubungan mereka, yang pasti I gembira untuk dia.

Cukuplah setakat ini, I tidak mau lagi semua benda ini. Setiap kali nak cinta mesti akan berakhir dengan kekecewaan! So dari lukakan hati saya lebih baik saya rela bersendirian dalam hidup saya.

Saturday, December 11, 2010

Cerita Benar Pada jumaat (10-12-10)


Ok sambung balik apa yang telah berlaku pagi jumaat. Lepas I marah pudin pasal mamat tu, pudin explain kat saya yang bukan movie blue tapi mamat tu just main2 jew. Aduh, tertimbul perasaan salah dan sikap terburu saya! Apa yang saya telah lakukan ni, yalah siapa suruh mamat tu cakap macam tu kan. Bukan saya suruh, padan muka dier kena tembak ngan saya. Tapi bila teringat balik apa yang I marah dier, I rasa bersalah lah plak dengan mamat tu.

Audh macam maner ni, I pun sms lah dier kata " I'm sorry, I don't know your real intention yesterday. I'm really sorry and would you mind to watch movie with me?" Ini lah sms yang I hantar kat dier dan dier pun reply lah. Lepas tu keadaan kembali berpulih seperti biasa. I ngan mamat tu pun janji nak tengok movie malam jumaat tu dan seperti biasa pukul 8.30pm.

Sampai kedai yang janji tu, tengok2 mamat tu tak sampai lagi. Aduh, ini yang tension ni! I benci tul kalau nak tunggu2 ni, lepas tu sampai lah mamat tu dalam lebih kurang 10 minit kot. Tapi dier datang seorang jew, ingatkan datang ngan pudin. I pun tanya lah mana pudin, dia kata ada kat umah so dier ajak pergi umah. Mula2 risau jugak nak pergi umah dier, maner lah tau kot2 mamat tu buat perangkap untuk rogol saya ker apa ker hehe. Tapi bila sampai umah dier, segala perasaan buruk tu hilang sebab I tiba2 rasa selesa plak kat umah dier. Masa tu pudin pun adalah sekali.

Lepas tu kita orang bincang lah nak tengok movie aper dan last2 decide nak tengok movie "Andartu Terlampau" hahahah. I ngan mamat tu tengok movie dalam bilik pudin, pudin ni jenis tak kisah so I ngan mamat tu baring lah atas katil pudin tengok movie sambil gelak2 hahah. Hello, korang leh tak jangan pikia benda bukan2. I ngan mamat tu tak buat apa2 k! Tiba2 pudin nak keluar jumpa kawan lak plak, aduh takleh jadi ni. Tapi I masih percaya kat mamat tu hehe, lepas tu I memang taktau yang macam maner I tertidur atas lengan dier tu. Tiba2 mamat tu bangunkan saya dan letakkan tangan saya atas badan macam peluklah dan kepala saya letak atas dada dier. Dier plak peluk saya dengan satu tangan dna satu tangan lagi dier meramas lembut tangan saya yang atas badan dier.


Tiba2 saya tersedar dan rasa macam bahagia plak dalam dekapan dier tu. Tapi saya rasa nervous plak masa tu, I cepat2 alihkan tangan dari atas badan dia. Dier diam jew tengok movie, lepas tu I rasa macam nak peluk dier plak so I tanya lah kat yang I bleh peluk dier tak, dier kata peluklah so apa lagi peluk jewlah eheheh. I pun taktau kenapa I leh jadi macam tu, rasa betul2 bahagia dalam dekapan dier macam sepasang kekasih plak.

Dah lama I tak rasa pelukan seperti itu. I betul2 rasa bahagia masa tu, tiba2 mamat tu cium pipi saya dan mulut saya. Aduh, berderau darah saya dan denyutan jantung saya semakin meningkat ni tak lama lagi mesti akan meletup hahaha. Lepas dier cium (wei korang, leh tak jangan imagine sampai benda lain. Full stop at kissing ok!hehe)tertimbul perasaan lain terhadap dier. Entahlah, I betul2 rasa bahagia ngan dier masa tu, macam malam itu adalah kepunyaan saya. I pun tanyalah kat dier, biasa bawak orang macam ni (ada plak I tanya macam tu, nice try men!), dier balas kata takderlah I lah orang pertama. I tanya balik kenapa lah, dier balas entah xtau.

Masa pun berlalu macam tu, dier tiba2 suruh saya temankan dier malam tu. Aduh, ini yang takleh ni tapi dalam hati nak jew. Apa nak buat kan, hmm I balas sorry lah awak mungkim lain kali kot. Dier tak kata apa2 pun, just diam jew.Mata I ngan mamat tu merenung antara satu sama lain, begitu dalam dan makna sekali. Lepas tu dier pun hantar kat tempat kereta tadi. I pun salam ngan cium dan terus balik umah. Sampai umah, asyik teringat tentang dia. Sampai umah, I msg mamat tu kata I dah sampai umah dan dier reply ok good night.

I terus sms pudin tanya pasal dia yang dier ada tak pernah bawak sapa2 balik umah, ada bf ker itulah inilah, banyak benda yang I tanyalah. Pudin pun reply lah semua soalan saya. Hmmm entahlah korang adakah ini cinta atau cuma perasaan saya sahaja! Entah2 perasaan saya jew dan dier tak pun. I yang lebih2 kot tapi kenapa dier peluk saya masa I terlena. Hmmm risau jugak kalau fikir balik semua ni.

Ahad ni adalah birthday dier so I belanja dier tengok movie Narnia: The voyage of the dawn treader sebagai present untuk dier. Buat masa ini, I rasa I taknak terburu buru ikut perasaan saya kot. I nak kenali dier dulu, untuk saya I tak kisah pasal hidup dulu yang penting lepas ni jujur dan setia pada saya itu sudah cukup memadai :)

Apa2 pun nantikan perkembangan ok hehehe.

Kenalan Baru Pada Khamis (9-12-10)


Selamat pagi semua....macam kat sekolah plak kan "bangun semua, selamat pagi cikgu" hahahah. Kenangan di sekolah memang tidak dapat dilupakan, bersama kawan dan cikgu. Segala kenangan masih lagi di otak 1 milion TB ni hahaha. Eh apa yang saya tengah merepek ni, macam lari dari entry jew. Ok, back to the story. Minggu ni saya tak ke KL sebab kelas dah batal so dok jewlah kat umah. Tapi bukan dok kat umah pun datang kerja. Fuh bayangkan datang kerja hari sabtu wei, mnacam lah orang lain tak kerja hari sabtu hahahah.

Sekarang baru nak cerita pasal kenalan baru saya. Baru jew kenal khamis lepas ni, tak sangka pun I akan kenal tapi apa nak buat dah takdir aku macam tu. Sebenarnya kawan saya yang bernnama pudin ajak pergi dinner ngan dia, katanya dah lama tak jumpa so just nak lepak2 lah kan. I dengan pudin memang dah lama kenal, dier kerja kat maybank lah. Kita kenal melalui PR tapi I dah delete lah account PR ni sebab I telah dipermainkan oleh seorang mamat yang I pernah cerita dulu. So I ngan pudin leh kata close jugak tapi I tak pernah ada perasaan terhadap dier sebab dier adalah kawan saya.

Saya ni beza sikit sebab kalau once I dah fix sebagai kawan I takkan ada niat lain terhadap mereka hanya kawan sahaja. So malam khamis tu I ngan pudin dah fix time untuk jumpa kul 8.30pm dan masa pun tibalah untuk jumpa. Tapi saya yang sampai dulu tau, pudin tu kan memang kaki lambat. Geram tul, jalan pun macam 1 bulan tak makan. Punyalah bapak slow hehe. So bila both of us dah sampai kat kedai tu, tiba2 pudin bagitau saya yang kawan dier atau pun housemate dia akan join kita jugak. I pun ok jew lah kan sebab dah kawan pudin, lebih2 lagi pudin dah suruh dier datang macam maner plak I nak halau mamat tu kan.

So kita orang pilih tempat untuk duduk dan order makanan.Lepas tu kita orang borak lah, kutuk sesama sendiri hahaha. Itulah yang biasa kita akan buat bila I jumpa pudin. Banyak yang boleh borak kan bila ngan kawan ni. Dalam beberapa minit mamat tu pun datang lah, hmmm leh tahan lah. Kulit putih, tak tinggi sangatlah dan badan berisi jugak lah. Lepas dier duduk pudin pun kenal mamat tu ngan saya. Nama dier start dari F, sorry erk buat masa ini I kena hide dulu nanti baru i bagitau k.

Kita orang pun borak lah, I taktau kenapa I rasa senang sangat dengan dier. Dier bukan firendly sangat lah macam saya tapi at least ok dari yang penuh dengan ego tu! Kadang2 geram jugak dengan mamat2 yang ego tu, ingat baik sangat, ceh poda! Tak teringin kat dier pun hahaha.Oh yeah, I terlupa nak bagitau dier kerja apa kan, mamat tu adalah doktor kat hospital tempat saya. Borak punyer borak sampai dah habis makan, lepas habis makan kita orang borak lagi hahahah. Dekat setengah jam jugak. Kita orang borak macam2-lah.

Then mamat tu kata nak ke 7e, so kita orang belah dari kedai tu. Oh yeah, mangsa pada hari tu adalah pudin hahaha. Bayankan kita oranng makan hampir RM50. Kesian kat pudin heheh, nak kesian apa lak kan dah dier yang ajak hehe. Jahat tul saya ni :p. So mamat tu ngan pudin gi 7e dan saya apa lagi balik ar, nak buat apa lagi kan hehe. Masa on the way balik tu I sms kat pudin "thanks the treat, I really appreciate that pudin and nice to meet your friend as well", bayangkan I bleh sms masa drive!

Lepas jew sampai umah, I masa bilik untuk tukar baju tidur tiba2 I receive satu sms dari nombor yang I tidak kenali. Rupa2-nya mamat tu lah kawanp pudin, kata bosan ajak tengok movie. Gila kar apa, I baru sampai umah nak I drive lagi gi umah dier, tak kuasa aku hehehe. I pun bagitau lah dier yang I tak dapat sebab baru sampai umah dan letih. Dier pun tak lepas jugak, nak jugak saya join dier tengok movie dan yang bestnya adalah, dier suruh saya tidur ngan dier malam tu. Hek eleh mamat ni, suka2 hati jew suruh orang bermalam di umah dia, banyak cantik. Nanti tak pasal2 kena halau ngan mak saya, yalah saya kan anak manja so parents saya tak suka tinggal ngan umah orang.

So mamat tu tak nak kalah jugak, nak jugak saya tengok movie ngan dier. Masa I tanya korang nak tengok movie aper, dier leh kata movie "blue", lahabau punyer mamat. Hello, ko ingat apa? Aku ni mamat jual badan kar? Cilaka tul, macam sial! I pun bagilah alsan yang I xnak datang lepas tu I pun taktau macam maner I tertidur tak reply last sms dier. Pagi bangun tengok dier hantar sms " You mesti kena datang teman saya tengok movie jugak". Cubalah bayangkan pagi2 tengok sms macam tu yang baru kenal 1 hari! Adakah orang macam ni, nice try men ckp sendiri dalam hati hahaha. I punyerlah benggang pagi tu, yalah dari kecik sampai sekarang parents saya pun tak pernah control saya macam tu, siapa plak dier untuk kontrol saya, hampeh tul!

Ok setakat ni jew untuk cerita benar yang telah berlaku pada khamis lalu. Tunggu untuk sambungan cerita benar yang berlaku semalam iaitu jumaat, lagi panas dan sensasi hehe.

Wednesday, December 8, 2010

Teringat kembali


Selamat pagi semua, maaf sebab tak update blog yer. Sibuk ngan kerja dan assignment lah katakan hehe memang pun kan. Entry kali adalah tentang mamat kat hostel tu, sejak dua hari ni I asyik ingat kat dia malah muka dia selalu muncul di mata saya. Kadang2 macam dia berdiri di depan saya. Saya pun tak taulah nak buat macam maner! Nak cari penganti bukan perkara yang senang. Cinta adalah something yang perlu wujud di hati antara satu sama lain.

Mungkin I pernah kecewa dan terluka banyak kali tapi semua itu adalah satu pengajaran untuk hidup saya supaya lebih kuat menghadapi segalanya dengan kuat. Dalam untuk melupakan mamat di hostel tu begitu susah untuk saya kali ini. Adakah ini dipanggil sebagai cinta? Rindu? Suka? atau Gila? Seperti yang saya pernah katakan dulu, saya sudah letih untuk mencari jawapannya dan sehingga kini saya tidak dapat jawapan itu.


Semalam I ada terbaca sebuat cerita yang membuatkan saya sedar apakah itu cinta sejati! Cerita itu memang menarik, ada kat blog ni jugak tajuk "sisi Gelap". Entahlah korang ada baca ker tak tapi I memang teruja dengan jalan cerita itu. Penuh dengan kasih sayang, cinta, percaya antara satu sama lain, dan penuh dengan harapan. Walaupun itu hanya adalah cerita tapi ia seperti benar dalam hidup harian kita.

Saya memang tidak tahu apa yang saya patut buat sekarang! Saya harap tuhan akan bagi saya satu lagi peluang untuk saya supaya boleh merasai cinta yang sebenar. Tapi saya tidak pasti bahawa adakah saya layak untuknya!


Sudah 1 tahun saya hidup berseorangan! Sekarang saya betul2 rasa lonely walaupun banyak orang di sisi saya. Saya perlukan seorang yang betul2 cinta dengan sepenuh hati, itu dah cukup memadai untuk saya. Hati saya terlalu sakit apabila memikirkan apa yang telah berlaku dalam hidup saya. Air mata sudah pun mengalir semasa saya post entry ini. Saya tidak sepatutnya nangis tapi saya sudah tidak larat lagi menyimpan dalam hati saya, berat sangat untuk saya menanggungnya!