Pages

Wednesday, December 8, 2010

Teringat kembali


Selamat pagi semua, maaf sebab tak update blog yer. Sibuk ngan kerja dan assignment lah katakan hehe memang pun kan. Entry kali adalah tentang mamat kat hostel tu, sejak dua hari ni I asyik ingat kat dia malah muka dia selalu muncul di mata saya. Kadang2 macam dia berdiri di depan saya. Saya pun tak taulah nak buat macam maner! Nak cari penganti bukan perkara yang senang. Cinta adalah something yang perlu wujud di hati antara satu sama lain.

Mungkin I pernah kecewa dan terluka banyak kali tapi semua itu adalah satu pengajaran untuk hidup saya supaya lebih kuat menghadapi segalanya dengan kuat. Dalam untuk melupakan mamat di hostel tu begitu susah untuk saya kali ini. Adakah ini dipanggil sebagai cinta? Rindu? Suka? atau Gila? Seperti yang saya pernah katakan dulu, saya sudah letih untuk mencari jawapannya dan sehingga kini saya tidak dapat jawapan itu.


Semalam I ada terbaca sebuat cerita yang membuatkan saya sedar apakah itu cinta sejati! Cerita itu memang menarik, ada kat blog ni jugak tajuk "sisi Gelap". Entahlah korang ada baca ker tak tapi I memang teruja dengan jalan cerita itu. Penuh dengan kasih sayang, cinta, percaya antara satu sama lain, dan penuh dengan harapan. Walaupun itu hanya adalah cerita tapi ia seperti benar dalam hidup harian kita.

Saya memang tidak tahu apa yang saya patut buat sekarang! Saya harap tuhan akan bagi saya satu lagi peluang untuk saya supaya boleh merasai cinta yang sebenar. Tapi saya tidak pasti bahawa adakah saya layak untuknya!


Sudah 1 tahun saya hidup berseorangan! Sekarang saya betul2 rasa lonely walaupun banyak orang di sisi saya. Saya perlukan seorang yang betul2 cinta dengan sepenuh hati, itu dah cukup memadai untuk saya. Hati saya terlalu sakit apabila memikirkan apa yang telah berlaku dalam hidup saya. Air mata sudah pun mengalir semasa saya post entry ini. Saya tidak sepatutnya nangis tapi saya sudah tidak larat lagi menyimpan dalam hati saya, berat sangat untuk saya menanggungnya!

No comments: