Pages

Tuesday, August 10, 2010

Kekeliruan.....


Hi semua, aper khabar? Dah lama dah nak puasa kan? Lama aper, esok dah nak mula puasa pun so pada semua umat islam "Selamat Berpuasa". Entah apa yang saya nak cakap, sejak kebelakangan ini fikiran saya sangat keliru. Kadang2 saya tidak tau apa yang saya nak untuk diri saya.

Ini semua adalah punca dari 4 jejaka itu! Apakah perasaan anda apabila 4 orang cinta anda pada masa yang sama dan kesemuanya adalah kawan anda jugak yang anda sudah kenal mereka. Inilah situasi yang saya hadapi sekarang. Kalau saya suka dan cinta pada seorang daripada 4 itu mesti yang 3 itu akan terluka. Saya tidak tau apa saya perlu lakukan sekarang sampai saya migraine!

Setiap hari saya macam maner saya nak terangkan keadaan saya pada mereka tapi apabila saya nak buka mulut mereka akan tutupkan mulu saya dengan perkataan CINTA. Apa yang saya patut lakukan untuk menerangkan keadaan yang amar sulit ini.

Cinta ini membuatkan hidup saya tidak pernah tenteram mahu pun semasa dah berpunyer atau pun tidak! Kalau dah berpunyer mesti akan timbul pelbagai masalah antara kami berdua sampai putus, kalau single plak masalah macam ni plak timbul sampai taktau nak buat macam maner untuk selesaikan masalah.

Saya ingatkan diri saya sudah cukup matang untuk menyelesaikan segala masalah yang saya hadapi dan bakal hadapi tapi malangnya tidak. Tapi dengan bantuan tuhan saya sudah jauhkan diri saya dari 2 orang tapi ada lagi 2 orang yang enggan meninggalkan saya. Mereka ni semua penyayang belaka, tak pernah pun nak melukakan hati saya, sentiasa call dan sms saya tanya khabar saya tapi saya kadang2 terpaksa tipu mereka yang bahawa saya tengah dating dengan lelaki lain. Saya tahu tipu adalah dosa tapi saya tidak tahu cara lain untuk menjauhkan diri saya dari mereka, akhirnya percubaan saya hanya sia-sia sahaja sebab mereka tetap nak pada saya.

Saya tahu mereka ni setia pada saya tapi cinta hanya boleh timbul terhadap seorang sahaja. Saya sudah cuba yang terbaik untuk tidak melukakan mereka tapi apakah daya saya untuk beruat demikian. Dekat siapakan saya harus ceritakan segala masalah saya?
Setelah sekian lama saya berfikir dan akhirnya saya telah berbuat keputusan yang munasabah suapay boleh menjauhkan diri saya daripada mereka.

Keputusan:

Saya telah tipu mereka untuk sekali lagi bahawa saya menghidap sejenis penyakit iaitu otak saya bengkak dan keluar darah mengikut telingga dan hidung. Saya tahu tipu adalah dosa tapi saya tidak tahu cara lain untuk menjauhkan diri saya daripada mereka kerana saya tidak sempurna untuk mereka yang begitu bagus dan penyayang dan juga supaya mereka boleh mencari seorang yang lebih sesuai untuk diri mereka.

Hanya ini sahaja yang mampu saya lakukan sekarang untuk tidak melukai mana2 pihak :)