Pages

Monday, December 13, 2010

Noktah untuk cerita benar pada 12-12-10

selamat pagi semua, happy working day untuk semua. Khabar baik? Hmm harap korang semua baik2 belaka k. Ok, entry untuk kali adalah pasal the end kan. Apa lagi kalau bukan kecewa lagi hahaha. I rasakan tuhan dah fix kot untuk saya, setiap suka kat someone mesti kecewa punyer. Mungkin takdir jugak kan! Pada sabtu lepas iaitu pada 11-12-10, petang tu, dier call ajak saya untuk pergi lunch. Apa lunch kul 3pm! Ok jew sebab I kan suka kat dier ahahaha. So I pun pergi lunch ngan dia, lepas tu I balik lah.

Malam tu I sms tanya dier ada bf tak, tanya sekali lagi hehe. Tiba2 dier reply kata ada! Ah sudah, hancur hati saya untuk sekali lagi. Malam tu memang takleh nak tido langsung, asyik memikirkan pasal ni. Entah macam maner kali ni lalui lepas mamat hostel tu!

Pagi ahad tu kami pun bertolaklah ke KL, dalam kereta kami banyak borak. Rasa bahagia dan selamat sangat di sisi dia. Sampai di KL, masa makan sushi kat pavilion dah sah dier memang sudah berpunyer beberapa bulan lepas. Hmmm terus dah tak dapat nak makan dan hilang mood saya untuk makan. Muka saya terus berubah dan I rasa dier perasan kot perubahan kat muka saya kot. Entahlah, tapi I betul2 sedih, habis mood saya semalam entah nak cakap apa dan nak buat apa.

Kita orang shopping kat pavilion sebelum I ngan dier pergi tengok wayang. Masa tengah shopping tu bf dier call, I pun apa lagi beredar dari tempat tu lah. I taknaklah kacau dier orang berbual, I tunggu kat luar jew. Lepas dier habis bual, mamat tu cari saya, masa memang I takda mood. Rasa macam nak nangis pun ada tapi I terpaksa kawal sebab public place.

Lepas siap semua, kul 6pm masa dalam kereta I minta maaf kat dier sebab menaruh perasaan cinta terhadap dier. Hmmm aper nak buat kan, dah tak ada jodoh kot. Walaupun hati saya begitu sakit. so tibalah masa untuk saya menjauhi diri saya dari dia, I takut nanti saya melebih lebih dengan dia sampai dier bermasalah dengan bf dier. I tak suka kacau perhubungan mereka, yang pasti I gembira untuk dia.

Cukuplah setakat ini, I tidak mau lagi semua benda ini. Setiap kali nak cinta mesti akan berakhir dengan kekecewaan! So dari lukakan hati saya lebih baik saya rela bersendirian dalam hidup saya.