Pages

Saturday, January 22, 2011

Pengakuan yang berani...!


Selamat pagi korang semua....oiiii tido lagi ker? Bangun2 dah cerah dah wei korang ni...makan ngan tido jew kerja korang kan....hahahah sajew nak kacau korang pagi2 ni...eh pagi ker dah tengahari wei....ok lah jom kita cita pasal entry kali ni...macam hot jewkan entry ini? Hmmm xtaulah korang, hot ker sejuk ker tapi untuk saya lega hati lepas pengakuan ini kat kakak angkat saya bukan famili saya ok.

Ok cita dier macam ni, sebenarnya saya ada seorang kakak angkat di tempat kerja saya satu department lah. Masa saya mula2 masuk kerja di mining ni memang saya under dier tapi selepas naik pangkat ni dier lak bawah saya hahaha lucu kan. Tapi apa nak buat macam tu lah kisahnya. Pada mulanya I memang cover depan semua orang lah yang aku ni plu, gila kar apa nak tunjuk kat semua orang yang aku ni plu baik aku bunuh diri!

Pengakuan ni berlaku semasa aku kat sibu, entah macam maner kakak saya ni dah dapat hidu yang I ni PLU sebab korang ingat tak yang aku ngan Alif kan ada planning nak gi tengok movie kat GSC dan I siap beli tiket untuk twin seat. Hari tu kan tak jadi nak pergi sebab ayah Alif masuk wad so I bagi lah tiket tu kat kakak angkat dan tunang dier. Segalanya start dari situ, sejak hari tu kakak dah start tanya kat kau siapa yang seorang lagi tu, I pn dah lenguh mulut saya bagi alasan lain supaya elak dari ini.

Tapi kakak angkat saya ni keras kepala sikit, dier nak tau jugak siapa tu. Masa kat sibu entah macam maner dier tau so terbongkar lah rahsia saya dan Alif. Sebenarnya I ngan Alif takda apa2 pun untuk masa kini sebab kita orang nak jumpa dulu sebelum membuat keputusan, yalah kita orang sama2 takut dikecewakan lagi. Sakit dowh! So apa lagi dah kantoi mengaku jewlah kan.

Masa tu kakak saya ckp yang dier dah lama tau benda ni cuma nak dengar dari mulut saya sendiri! Hmmm nak buat kan dan kantoi so I pun bagi tau lah segalanya dan tentang alif jugak yang kita orang saling berkenalan dan belum buat keputusan lagi. Kakak say ani jenis yang advice saya macam my life guider lah. Bila saya ada masalah yang takleh selesai kan mesti dier yang beri pandangan kat saya.

Apa2 pun saya tak berani lagi nak beritahu pasal ni kat parents saya sebab I perlu fikirkan semua masalah yang akan timbul selepas pengkuan ini. Yalah, I've to think about my future, my carrier, my family, my parents status and my own as well. So I tanak lah terburu buru dalam hal ini tapi kan I rasa kakak kandung saya tau pasal ni kot entahlah, kalau tau bagus jugak lah takyak nak aku susah2 bagitau dier orang semua.

Bila saya bagitau semua kat kakak angkat saya, saya rasa macam bebas dan ringan berat hati ni yalah takperlu macam sembunyi lagi dalam perkara ini. Leh bagitau apa2 sajew kat kakak saya sekarang dan yang paling bestnya adalah dier terima saya seadanya. Itu yang buat saya betul2 terharu dan hormat kat dier. Thank kakak dan abang ipar angkat saya. Hello I memang rapat ngan kakak dan tunang dier so dier orang pun tak kisah pasal ni. Anyway I fell the freedom now!

Thursday, January 20, 2011

Journey to sibu!


Selamat pagi korang semua, aper khabar? Sorry yer tak dapat update blog, busy ngan kerja. Korang nak tau tak ni pun I masuk ofis kul 5 pagi untuk buat kerja sambil2 tu update blog. I lah pekerja yang paling gila di dalam dunia! Ok back to the entry, mungkin entry tak begitu panjang kot sebab takder benda yang menarik sangat cuma nak cerita pasal apa yang terjadi sepanjang percutian kat sibu dan semasa jumpa abang terangkat saya tu.

Journey start pada 8hb Januari 2011 kul 6.30pm dari tempat tinggal saya sampai LCCT dalam kul 11pm, korang bayangkan aku tido kat lcct atas kerusi tu. Aduh memang tak dapat nak tido langsung, yalah banyak orang dan bising plak tu. Naak tido atas kusi? Hmmm xyah lah korang, baik duk dan tengok gelagat orang yang lalu lalang kat lcct tu dan yang penting cuci mata weh hahaha. Banyak tul mamat hensem, habuan yang paling best untuk mata saya, dah lama tak cuci mata macam tu. Heloo, setakat cuci mata jew ok, korang jangan pikia yang bukan2. Oh yeah, lupa nak bagitau aku naik flight aper kan, kalau bukan Air Asia yang buruk tu aper lagi! Tension tul ngan service dier orang!

Ok lah, tak tido sampai kul 5pagi dan check in ler aper lagi kan hehehe. Dapat tiket kat kaunter terus check in dan tunggu flight. Boarding kul 6am kot, entah lupa kul berapa. Dalam flight ya ampun sejuknya macam dah nak beku nasib baiklah ada bawa jaket kalau tak beku aku dalam flight tu. Dalam flight lak belilah 100+ untuk minum, yalah dari semalam tak apa2 weh korang...mampu korang....mesti taklehkan...pengsan korang (don't try it at home ok). Lepas minum tu, beli lah cap untuk abang angkat saya dan satu teddy bear Air Asia, comel gak weh dan aku bagi nama popo kat dier. Entahlah macam tak sesuai kan...apa jewlah korang ni...

2 jam dok dalam flight tu macam rasa nak terjun jew....entah macam tak best jew tapi akhirnya tido jugak saya, letih sangat wei...sampai kat sibu...sampai kat sana bayangkan abang angkat tak sampai lagi tension tul, hmmm xperlah dier kerja dan tido letih kot. Xper aku faham, kadang2 i pun letih jugak ngan kerja ni semua hehhe. Sebelum I sampai sibu pun abang dah inform saya yang saudara dier ada kat umah, auh ini yang xbestnya...kena jumpa ngan dier orang lagi, nak tukar jadi budak sopan lak, kenalah pakai segala ilmu sopan yang mak ajarkan masa kecik tu hahahah


Macam itulah selama seminggu kat sana memang saya selesa dengan keluarga abang saya tu. Friendly tu taklah sangat tapi ok lah kot sebab saya umpan dier orang ngan Pizza dan KFC weh hahahah. Aku tak pakai ilmu hitam macam korang k...larikkkkkkk....main2 jew korang wei hahaha. Kat sana saya banyak shopping lah, entah berapa helai baju yang I beli tapi yang penting I beli 3 baju untuk Alif lebih kurnag macam baju saya jugaklah, entah kenapa saya beli yang sama tapi I beli jew, Alif pun macam ok jew.


Tapikan semasa saya kat sana, abang angkat saya ni kat umah memang perangai dier baik tau tapi masa gi jalan2 ya ampun perangai macam entah apa, menyakitkan hati tul sampai I sound dier terus dier senyap...merajuk lah tu...merajuk lah ada aku kesah hahaha. Ddah ko yang nak sangat kan...ambik....hahaha tapikan ada 1 benda memang saya tidak dapat dinafikan, dier memang sayangkan saya sebab ada 1 malam tu tiba2 rasa sejuk betul masa tido dan terus bangun....mungkin dier perasan kot yang akud ah bangun dier tanyalah kenapa, aku ckplah sejuk. Then dier terus peluk saya untuk panaskan badan. Kalau korang nak tau, kat sana kan memang pasan giler macam tengah dok tepi matahari tau...mandi punyalah 10 kali tapi still panas giler siot.

Then the 2nd day, masa aku tido tiba2 rasa macam ada orang selimut kan saya, buka mata tengok abang anngkat selimut kan saya dan senyum lebar. Masa tulah aku sedar yang abang angkat aku ni sayangkan saya jugak, memang aku sayangkan dier sampai sekarang, cuma kadang2 tu buat sakit orang jew kot perangai dier. Aaaa ada 1 lagi lupa nak inform kat korang, dier punyerlah banyak skandal, aku curi2 check hp dier masa dier mandi hehe jahatkan aku ni....memang betul korang punyerlah banyak skandal...maakkkkk pengsan terus aku dibuatnya....

Yang tu semua tak penting yang pasti dier tak mempermainkan aku dah cukup, yang lain semua aku tak kisah sangat, banyak skandal ker, banyak bf ker...ada aku kesah! hahah So lepas tu semua pada 14 januari aku pun lik lah KL flight kul 3.20pm sampai KL 5.30pm kot....berakhirlah cerita ke sibu dan di sibu. Tapi mungkin aku akan pergi lagi kot untuk jumpa abang terangkat saya tu hahaha.

~tamat cita~

Friday, January 14, 2011

Dilahirkan untuk dikecewakan!


Hmmmm hois korang, aper khabar? Sorry lah beb dah lama tak update. Sorry lah, I kan pergi sibu untuk jumpa abang terangkat saya tu hahahah. Nanti lah aku ceritakan pasal sibu sekarang kita borak pasal entry kali ni plak.....haaaaa entry kali ni macam hangat jew kan, eh hangat ker macam biasa jew kan korang. Yalah maner tak biasa dah setiap kali entry hampir semuanya kecewa jew...mesti kornag pun dah bosan kan. Tapi apa nak buat, walaupun korang tak suka baca I tetap akan update sebab hanya tempat inilah saya boleh luahkan segala isi dalam hati saya. Kat maner lagi kan...so bagi yang baca dan komen pasal entry saya sebelum terima kasih erk. Saya sayang korang hehe

Ok come to the topic. Korang semua ingat lagi tak yang sebelum ni I ada pernah cerita kat korang yang I ngan Alif nak oergi tengok wayang...ala ala macam movie date lah konon kan hehe tapi akhirnya tak jadi plak. Hmmmm korang nak tau reason dier kenapa? Ayah dier masuk wad, apa nak buat kan situasi macam ni memang takleh nak elak. So apa lagi I terima jewlah, takkan I suruh dier jangan jumpa ayah dier dan temankan saya tengok wayang. Hello, I tak sekejam tu k....

Yalah kadang2 tu kita kenalah memahami keadaan orang lain jugak..takleh main hantam jew. Tapi masa I kat sibu I ngan Alif ni dah janji nak jumpa jumaat lepas I balik dari sibu. I senagaja tukar flight untuk semata mata nak jumpa dia dan betul2 excited dah bayankan I beli punyerlah banyak barang untuk dia. Memang dah set lah semua nak jumpa jumaat tapi masa dah sampai kat LCCT kul 5.35pm, alif call saya kata takdapat datang!

Korang cuba bayangkan apakah perasaan aku masa tu! Rasa macam nak letupkan orang depan kan, kalau boleh nak letupkan LCCT tu jew, biar mampus semua! Eh taklah sampai tahap tu tadi korang, cuma sakit hati dan kecewa jewlah. Yalah maner taknyer dah rindu sangat kot....

Hmmmm I biarkan jewlah benda semua ni, memang dah ditakdirkan untuk berkecewa dan kalau ini yang tuhan nakkan I relakan untuknya....korang tunggu jewlah untuk cerita tentang sibu k dan pasal Alif ni tengoklah macam maner...letih ar nak pikir semua., nanti sakit mental lak....

Wednesday, January 5, 2011

GENG...!!!


Selamat petang semua, apa khabar u'olls? Ada sihat? Eh mestilah korang semua sihat ngan bf2 korang yang baik, loving and caring tu kan hehe apa2 pun I happy untuk korang k. Yalah sejuk perut saya eh eh tersilap plak...sejuk hati aku bila tengok korang happy ngan pasangan korang tu.

Hmmm, tajuk entry kali macam gengster jew kan...ish bukan lah korang pasal tajuk entry kali adalah perkataan pertama yang menikatkan perhubungan antara saya dan alif. Eh korang tau kan pasal Alif yang I ceritakan entry sebelum ini? Korang tau tak ni atau sajew buat tau2 hahaha anyway kali ni I nak cerita macam maner I kenal ngan alif ni. Yalah setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita ada permulaan kan macam tulah kita orang kenal pun ada permulaan jugak....

I kenal Alif dalam satu webiste ni...kira macam FB jugaklah. I dah lama add dier lama list saya cuma masa kali pertama tu I ada hantar email kata salam perkenalan itu jew, tak tulis benda lain pun. I rasa dah dekat 1 tahun kot entah, Ipun tak ingat dah berapa I dah add dier. Tapi minggu lepas tiba2 rasa macam nak email orang yang tengah online tu. Bila buka onlibne list ada plak dier tengah online kot.

I pun apa lagi, email lah beberapa orang dalam list tu termasuk alif sekali. Lepas email dapatlah reply dari alif, so apa lagi kita orang pun kenal sesama sendir. Banyak yang kita orang borak dalam tu. Borak punyer borak sampai lah macam I nak turun site jap. I bagilah number hp saya kat dier, sebelum tu dalam email dia dah bagi nama sekali kata I ngan dier adalag satu "1 GENG"! Malam tu macam biasalah, I kat umah kakak terima sms dari dier, rupa2-nya alif yang sms. So I pun reply lah sms dier dan bermulah ikatan antara saya ngan dia.

Helo korang jangan lah buat spekulasi sampai I kapel ngan dier, tak lagi sampai tahap tu. Kalau ikutkan hati saya memang saya suka dier tapi takleh wei, I kena hati2 kali ni, jangan terburu buru sangat kan. Dier pun samalah, kita orang saling sms tanya pasal diri sendiri untuk kenali lebih dalam.

Sampailah hari, kita orang masih sms dan kadang2 tu I call dier borak2. Best jugak dier ni, kelakar (kadang2 lah kot), caring, charming dan entahlah best borak ngan dier. Dalam kes kali ni, I rasa macam leh percaya pada dier sebab dier memang sangat detail dalam pilih pasangan dia ni. So dari ni saya boleh nampak yang dier akan setia pada satu. Tapi kan I takleh lah nak buta2 macam tu, kena jumpa dulu weh!


So kita orang cadang nak jumpa minggu sabtu ni sebelum saya berangkat ke Sibi ahad pagi ni. Kita orang akan pergi tengok movie kat GSC dan dier promise saya yang dier akan teman saya sampai saya pergi ke airport nanti. Ok lah korang, I nak pergi siapkan kerja saya sebelum cuti ni.

Nanti saya akan update yang lebih lanjut kalau ada apa2 k. Oh yeah mungkin entry lepas ni adalah tentang salah sangka saya terhadap alif hari tu. Kesian kat dier! Anyway, tunggulah korang untuk entry lepas ni k. Lepas ni, mungkin entry2 yang menarik tengah menunggu anda hahaha.

Monday, January 3, 2011

Rasa yang tak pernah PUAS!!!


Selamat pagi semua, aper khabar? Thanks kepada yang ucap happy new year kat saya, macam lah banyak yang ucap heheh,...yalah nak berangan jap...mampu uoll? hahaha entah hari ni macam jadi gila2 sikit apabila fikir balik semua benda hahaha. Nak nangis lagi ker? Aduh tak mumgkin kot heheh, yalah nak nangis buat aper, buang air mata aku yang mahal tu jew.

Pasal entry ni kali I nak cita pasal rasa yang tak pernah puas dengan benda yang saya ada dalam hidup saya! Helooooo korang sedar diri jugak k...korang pun sama gak kan...heheh. Yalah kita ni manusia so tak jauh perbezaan antara kita kan hehe. Apabila kita dah dpt apa yang kita nakkan dalam hidup kita tapi hati kita tetap nak yang lebih bagus dari ini. I rasa korang dah tau apa yang I nak cakapkan hari ni...

Haaa apalagi kalau bukan pasal cari jodoh untuk jadi teman hidup saya lah...ok2 sapa2 yang nak jadi teman saya tu sila isi borang dulu erk...gila betullah saya ni kadang2! Aduh makkkkk tolong!...Ni pasal mamat2 tulah, siapa lagilah yang tergila-gila kat aku ni! Ada tak orang gila kat korang sampai tahap gaban tu!

Bukan I xnak pilih dier orang tapi entahlah hati saya nak yang lebih lagi dari apa yang ada sekrang! Tapi difikirkan balik I baik sayang seorang yang betul2 sayangkan saya tapi masalahnya sekarang ada 5 mamat yang gila kat saya dan nak pilih yang maner satu? Takkan I nak pilih semua kot? Matilah saya macam ni! Korang taukan yang pasal alif yang baru2 ni I ceritakan itu, dier sekarang dah jadi macam abang terangkat saya tu, mula mendimkan diri dan menjauhkan diri plak tu!

I memang bodoh nak mampus lah! Gatal sangat nak yang sempurna jugak dan ambik aku! Padan muka aku hahahah korang mampu tak marah diri korang sendiri hahah I mampu uoll! hehe....Kalau korang nak tau kebenaran kan, I betul2 dah letih dengan benda2 macam ni, I dah tak larat lagi tapi kadang2 tu I tak boleh plak halang perasaan yang suka itu! Korang pernah tak rasa perasaan dipermainkan setiap kali korang taburkan kasih sayang yang ikhlas dan setia? I dah pernah rasa banyak kali dah wei sampai tak rasa apa2 dah sekarang, macam dah kebas pun ada tau!

Cukuplah korang, untuk orang yang telah mempermainkan saya tu terima kasih kerana memberi saya peluang untuk rasa kecewa itu. I tak marah kat korang semua cuma kecewa terhadap korang! Yalah, kalau dah tak suka tu bagitau lah jewlah yang korang tak berminat, I pun leh accept dan akan menjauhkan diri dari korang ini tak terus mendiamkan diri...rasa nak bunuh jew orang2 macam nikan! Tapi saya dah bagitau kat 5 orang mamat tu yang I takder perasaan kat dier so just stay as friends that's enough. I mean something is better than nothing hehehe.

So sekarang I akan cuba menjauhkan dari semua, I akan stop sms or call semua. I hanya akan layang kalau korang sms/call...cukuplah setakat yang curahkan kasih sayang saya yang ikhlas aku! Hmmm lagi satu benda yang I tengah risau adalah pasal mamat terangkat tu, yalah sampai sibu kang mamat tu tak muncul plak tapi I dah ada backup plan kot hehehe. Memang criminal kan saya ni hehehe ok lah I kena buat backup plan ni hahahahah

Saturday, January 1, 2011

Welcome 2011


Good morning everyone, is time for us to say good bye to 2010 and welcome 2011. So let us together welcome the year of 2011! Is time for us to set a new goals in our life and start a new life. Forgive and forget everyone everything!

I mean I've go through a lot in my life during the year of 2010. Banyak yang I telah melalui dalam hidup, suka, duka, pedih dan banyak lagi. I rasakan, tahun 2010 lah yang paling banyak benda berlaku dalam hidup saya, yang teruk sekali adalah bila saya di permainkan oleh orang yang saya sayangkan.

Takboleh jugak saya ckp hanya benda sedih jew yang berlaku tapi benda happy jugak telah berlaku dalam hidup, contohnya kena promoted dalam kerja, dapat kawan yang baik dan sebagainya. Saya tidak menafikan bahawa ada jugak orang nak tackle hujun2 tahun ni tapi apa nak buat I tak sedia lagi...

Kata nak jual mahal takdalah, cuma perasaan cinta tu tak wujud kat dier orang so apa yang I boleh buat kan...takkan I nak paksa diri saya untuk cinta kat dier orang lakkan...cinta tu kenalah putik dengan secara semula jadi...ceeewaahhhh ahahahah.

Nak tau berapa orang tak tengah tackle saya tak? Hmmm ada dalam 5 orang kot dan inilah nama2 dier orang Halim, Ajeep, Rizal, Syed dan Hafis. Bukan saya nak memalukan dier orang dengan letak nama dier orang kat sini cuma I nak dier orang tau yang I sayang mereka sebagai seorang kawan sahaja, tak lebih dan tak kurang daripada itu.

Dan korang nak tau, I tengah berkenalan dengan seorang yang bernama alif. I ni macam pelacur kan heheheh yalah asyik dating jew hahaha bukan macam tu, cuma kami tengah berkenalan itu jew. I taklah terus menaruh perasaan terhadap dekat dier tapi cuma I suka dan rasa senang untuk berkenalan dengan dia.

I ada gambar dier tapi cuma taknak publish dulu sebab kami dah berjanji untuk berjumpa pada minggu depas hari sabtu kat pavilion sebelum saya berangkat ke sibu selama seminggu. Kami jugak telah bercadang untuk tengok wayang kat pavilion.

Apa2 pun menantikan lah cerita selanjutnya selepas jumpa dier. Oh yeah, sekarang boleh katakan hampir setiap saat kami tengah bersms hahahah. I taknak buat keputusan macam tu jew, I nak berjumpa dulu lepas tu go with the flow kan...ala2 buat cara macam romantik plak kan hahaha

So anyway, happy new year to all and all the best. Welcome 2011 to my life :)