Pages

Thursday, June 24, 2010

Cinta yang begitu indah...

Salam kepada semua, apa khabar? Sorry lama tak update blog sebab sibuk sangat dengan kerja dan masalah peribadi. Sekarang saya sangat happy sebab entah, saya dah lupa semua perkara yang berlaku pada hari itu. Untuk cintai seseorang kita harus kenal dan barulah kita harus cinta tapi apa yang berlaku pada hari itu hanya adalah affection terhadap dia dan bukan cinta. Kita semua tahu yang cinta harus datang dengan memandang hati yang suci dan ihklas dan muka pandang muka. Percintaan yang hanya suci, ihklas dan setia sahaja yang akan kekal lama dan lebih2 lagi cinta sesama jenis tapi pada pandangan saya walaupun cinta sesama jenis tidak kekal lama kerana ego lelaki yang tak pernah puas yang diberitahu kepada oleh kawan adalah terpulang pada seseroang itu. Kalau percaya, memahami dan berkorban antara satu sama lain akan membantu untuk cinta kekal lama.

Eh apa yang I tengah cakap ni, macam ceramah pasal cinta plak. Yalah aper nak buat kan, dah jatuh cinta memang lah cakap benda2 cinta ini. Berbalik kepada cerita lama saya tentang seorang yang bernama "N" yang saya pernah cinta dan suka, seperti yang saya cakap di atas mungkin itu bukan cinta yang setia kerana saya hanya cinta dia selepas tengok muka dia. Mungkin ada jugak yan tertanya-tanya apalah mamat ni baru jew kenal dah terus jatuh cinta, untuk pengetahuan semua cinta boleh mekar bila2 masa, mungkin sejurus kenal dengan seseorang terus mekar dan tak perlu menunggu sehingga lama begitu untuk meluahkan perasaan cinta itu.

Pada saya, walaupun oerasaan cinta itu mekar begitu cepat dan ia tidak menghalang kita untuk lazafkan pada orang yang kita suka. Cinta boleh datang pada sesiapa sahaja tapi cinta yang setia hanya datang pada seorang sahaja dan cinta itulah akan kekal lama sampai hujung hayat dan saya percaya pada apa yang saya ceritakan.

Cinta ada tentang maafkan antara satu sama lain kerana apabila saya dapat tahu yang "N" ni adalah hmmm takper biarlah rahsia...ok bila saya dapat tahu sesuatu tentang dia mula-mula I marah tapi selepas saya fikir kalau nak cinta kita harus maafkan kehidupan sebelum iniapi walau macam mana pun I dah tak suka pada dia dan mula lupakan dia dan akhirnya saya berjaya lupakan dia.

Selepad lupakan dia, I kenal dengan seoang yang bernama sofian, umur 25 dan berkerja di KL. Kami baru sahaja kenal dan terus jatuh cinta dan kami tak pernah jumpa lagi. Pada pandangan saya mencintai seseorang tidak perlu tunggu sehingga 1 tahun atau betul2 dah kenal baru cinta, kalau dah suka pada pandangan pertama buat apa nak tunggu lagi. Cinta adalah hak setiap orang so saya mempunyai hak diri saya sendiri untuk mencintai seseorang tapi pada masa yang sama saya risau dan takut kerana mungkin akan berlaku apa yang telah berlaku yang sebelum ini.

Walaupun kami telah menjatuh cinta satu sama lain dalam 2 hari selepas kenal tapi saya percaya cinta kami akan kekal sampai hujung hayat kami. Sebelum ini saya pernah cinta tapi saya tidak pernah rasa sebegini tapi bila saya cinta dia saya dapat rasa hati jiwa dan hati saya yang cinta kami akan kekal selama-lamanya. Kami cadang nak berjumpa pada 2hb Julai 2010 di KL. Entah, kalau semua jadi kira baiklah.

Kita tunggu dan lihat...

No comments: