Pages

Saturday, November 13, 2010

Rupanya ada....!!!


Yuhuuuuu apa khabar semua? Sorry lah lama tak update blog ni, biasalag busy hehehe. Alasan yang sama kan tapi benar tau, semakin hari semakin tambah sibuk saya hehe (statement mengalahkan perdana menteri haha). Ok, move on! Hari ni I nak cakap pasal jejaka yang I katakan dulu...lah yang itulah, yang I jumpa kat hostel saya tu. You all tau tak yang I telah lakukan satu perkara yang paling bodoh hehehe! Pada 31/10 kan I ada tulis sepucuk surat bagi dia tau, tapi bukan lah tulis menderek panjang just short and nice lah, I tulis "Hi, how are you? nice to know you even though we didn't talk before" hehehe jahat kan saya ni dan saya suruh reception hostel saya bagi kat dia dan hide kan identiti saya! Fuh memang criminal mind dan ini membuktikan bahawa saya sesuai untuk jadi lawyer, lepas jadi lawyer ngorat hakim plak wakakaka!

Ok2, back to the topic! Lepas tu I tak jumpa dia pada minggu lepas, lah minggi lepas kan Deepavali so takder kelas dan saya pun malas nak turun KL lah kan, nak enjoy kat umah ngan parents ok jugak kan heheh. Lepas tu minggu ni memang I tak sabar nak tunggu hari sabtu kerana I akan turun KL sebab ada kelas dan boleh jumpa dia di hostel!

Tunggulah saya sampai tiba hari sabtu yang saya menantikan hehehe, tak sabar duh, naik bas asyik plan macam maner nak cakap ngan dia tapi sampai kat hostel tak jumpa! Hmmm so mula2 ingat tak datang lah dia tu, ingat nak tanya kat reception tapi takut jugak nanti orang ingat apa plak kan, maner tau receptionist tu bongkarkan rahsia ker aper ker, mampus saya nanti!

So dengan hati yang sedih syaa pun buatlah kerja saya kat hostel sampai kul 3pm dan tiba masa untuk saya pergi rayau2 kat KLCC, mula2 ingat nak pergi cuci mata kat KLCC lake tu tapi tak jadi plak! Cuba bayangkan masa I naik tangga LRT pasar seni terserempak ngan dia! Nasib baik dia tak perasan saya tapi saya memang nampak dia lah. Lah mata saya kan mata helang, confirm leh nampak punyer hahahahah.

Fuh nampak jew dia terus hati berdengup sampai nak terkeluar pun ada tau! Just cover muka saya dan cepat2 jalan! Sampai di KLCC cepat2 beli barang dan rotiboy kegemaran saya terus edar dari KLCC, misi cuci mata tak jadi sebab hero saya ada wakakakak! SAmpai di hostel letak barang di bilik dan terus pergi ke bilik air untuk cuci tangan tapi sebenarnya bukan nak cuci tangan pun sajew nak tengok dier ada ker takder! Yalah, minggu lepas tu I dah bagi surat, maner tau dia tukar tempat tinggal ker aper ker hehehe.

So pergilah ke bilik air macam nak cuci tangan lepas tu masa nak masuk bilik alamak nampak dia tengah duduk dalam bilik dia! Alamak, macam kantoi jew lepas tu cepat2 lari duduk kat kerusi tetamu kat hostel tu buat wayang sikit maner tau kot2 dia datang cakap ngan saya ker kan heheh (memang perasan gila ar saya ni haha).



Seperti yang saya harapkan dia pun keluar dari bilik nak pergi tengok tv kat tingkat 1 tapi masalahnya ada seekor lagi tinggal ngan dia tau! Bukanlah muda sangat pun macam dalam lingkungan 30-an! Tiba2 saya terfikir mungkinkah mamat tu adalah bf dier? Hmmmmm mulalah otak saya berkerja untuk memikir, tak dapat jugak jawapan!

Lepas saya dok fikri2 dan saya risau jugak maner lah tau kan mungkin dier adalah bf dia! I taknaklah kacau rumah tangga orang nanti tak baik lah kan sebab semua tinggal di satu tempat yang sama dan bersua muka setiap minggu! Tak sedaplah mandang satu sama lain nanti!


Hmmmm risau jugak saya ni lepas memikirkan benda2 macam ni tak tau nak buat aper! Nak kenal ngan dier pun takut jugak saya, tak berani entah! Ni betul2 clash ni tau! Alamak macam maner ni! Takper2 ni baru permulaan maner tau mungkin itu kawan dier ker aper ker!

Sekarang I tengah fikir sama ada saya perlu teruskan menaruh percaya dalam perkara ini atau stop sini dan move on kepada yang lain! Tak sampai hati jugak saya nak stop kenal dia sebab dier memang hensem dan comel tau!

So anyway, we just wait and see what will happen next!!!

No comments: