Pages

Sunday, February 6, 2011

Happy CNY korang.....


Hello korang semua, Happy Chinese New Year. Korang semua dapat angpau tak? Apa tak dapat, cina kat korang takpa maih saya bagi angpau kat korang erk, bai pack angpau yang kosong jew erk lepa tu korang isikan duti itu sendiri dalam angpau tu k hahaha. Untuk CNY kali saya celebrate ngan orang yang tesayang saya, korang leh teka siapa tu? Ok2 sapa yang dapat teka saya bagi angpau yang berisi duit! Ok dah tau sapa, hehe mestilah Alif kan.

CNY kali tak berapa meriah macam tahun lepas sebab saya tak invite banyak kawan saya. Tahun lepas punyerlah banyak orang sampai saya tak mandi masa saya beraya ngan kawan saya di umah, betapa busuknya saya kan. Dari pagi sampai malam sediakan meja dan semua kerja yang sepatutnya. Tapi tahun ini taklah meriah macam tahun lepas dan Cuma beberapa orang di kawasan umah saya jew dan guess yang paling penting iaitu VVIP hahahah adalah Alif.


Alif datang umah saya pada hari selasa malam dan baik jumaat pagi. Memang happy lah malam tu sebab kali pertama saya beraya ngan orang yang saya amat sayangkan. Malam tu memang best lah sebab kita orang main mercun yang panjang tu lepas tu mercun bunga api dan banyak lagi mercun, Alif pun turut main jugak dan saya kena ngan dier sebab main mercun ngan cara yang bahaya hehehe tapi dier leh main mercn ngan cara yang bayaha, maner aci kan itulah saya pun main mercun ikut cara dier tapi kena tembak bukan ngan senapang tapi ngan dier hehehe.


Lepas main mercun tibalah masa untuk balik dan tido. Abang ngan kakak ipar saya balik umah dier orang, kakak saya lak tido di ruang tamu ngan anak2 manja dier dan part yang paling best saya dan Alif tido dalam bilik. Eh mestilah pengantin katanya, ish korang tak baik tau pikia macam tu kita orang baru kenal jew k so taklah sampai tahap pengantin kot hehehe.


Masa tido kita orang banyak borak dan share semua benda yang berlaku semasa kita orang berjauhan. Kita orang bincang semua benda, entahlah korang kita orang kan kalau start borak tu takkan henti, asyik cakap jew dan yang pasti mesti dapat penyelesaian dalam perbincang itu. Dan yang paling penting adalah, semasa tido dier peluk saya dengan penuh kasih sayang. Memang saya dapat rasa perbezaan semasa dier peluk saya pada perjumpaan pertama dan peluk masa jumpa CNY ini, memang banyak pebezaan dari segi dier pegang tangan saya, saya memang dapat rasa kelainan itu.
Taktau lah yang saya salah ker apa tapi itulah yang saya dapat rasa semasa dier peluk saya.


Sekarang kita tengok lak apa yang berlaku pada hari kedua iaitu pada khamis (03/02/11), pagi tu saya ngan dier pergi car wash dan sambil2 tunggu tu kita orang gi shopping kat shopping complex yang buruk tu hahahaha. Lepas habis cuci ket kita orang gi plak rest house dan zoo. Kat zoo kita orang spend dalam 1 jam kot lepas tu kita orang lik lah. Sampai kat umah kita orang terus landing atas tilam, apa lagi kalau bukan tido hehehe. Saya ni jenis bukan tido petang tau korang tapi hari tu entah kenapa leh tido lak dalam pelukan dier.

Kita orang bangun dalam lebih kurang 2 jam kot, memang lena tido ngan dier. Korang tau tak lepas jew bangun, kita start borak lagi dalam pelukkan! Masa tu saya meluahkan segala isi dalam hati saya, time for jiwang beb hehe, bukan saya sajew dier pun dah mula jiwang dah masa tu. Jiwang2 pun leh buat lawak lak dier tuh, jahat tu selalu suka buli saya. Lepas luahkan semua kita orang pergi mandi dan malam tu kita orang kuar makan malam tu dan pergi karok beb, masa karok memang lucu lah dier tu. Masa dier nyanyi lagu akhir sekali, baru nyanyi separuh terus “pop” dah habis 1 jam. Punyerlah lucah masa tu…eh silap lak bukan lucah tapi lucu, dier pegang mike dan pandang saya hahahahah saya gelak sampai sakit perut, saya ketawa sampai umah dah lama tak ketawa macam tu weh korang.

Sampai umah apa lagi kalau bukan tido kan korang hehe. Masa tido peluk lagi, memang bahagia dan rasa macam ada kat syurga masa tu. Korang nak tau tak, kita hampir terlanjur malam tu! Fuh nasib baik kita orang tahan dan kawal diri masing2 dan elakkan dari benda tu. Saya memag solute dier sebab dier tu kuat penyabar dalam segala benda. Oiiii korang jangan pikia yang bukan2 k, kita tak buat benda bukan itu k, kita orang nak memang nak elak dari benda itu dan kita memang boleh elak dari benda itu.


Kita orang tido peluk sampai pagi dan tibalah masa untuk dier balik. Aduh punyer sedihnya sebab dier nak balik kampong, abang dier kahwin hari sabtu ni. So saya hantarlah dier ke stesen bas, cedihnya tapi sebelum hantar dier kenalah cium dan peluk dulu, weh korang orang cium tu bukan kat mulut tapi kat pipi jew ok hehe. Lepas dier naik bas bermulalah sesi bersms sampailah hari ni, korang nak tau tak dier sudah bermula rindu kat saya. Apa! Korang tak percaya kat saya? Nanti saya tunjukkan bukti sms dier hantar saya baru korang akan percaya kan.

So sampai sini sajew lah cerita CNY, kalau korang betul2 perasan kan entry ni sepatutnya cerita pasal CNY tapi saya cerita lebih kepasa saya dan ngan dier. Saya betul2 sayang dan cinta dier dan saya harap dier pun macam tu jugaklah dan saya yakin dier sudah mulai sayang dan cinta saya walaupun dier cakap yang dier belum beersedia untuk cinta ini semua. Saya memang tak percaya sebab saya dah dapat rasa yang dier sudah cinta dan sayang kat saya. Ok lah, aku kena prepare untuk next entry, next entry adalah tentang dier yang bernama Alif dan beberapa kebenaran dier. So stay tune ok korang!

Perjumpaan Pertama Hari Ke-2


Ok sambung cita pada hari kedua lak. Malam tu memang tido lena sebab dah letih korang lah weh macam nak patah jew kaki saya malam tu. Pagi tu (29/01/11) memang banyak tul planning kita orang, terutamanya tngok movie lah kan apa lagi hahahah khurafat weh. So kita orang bertolak kul 11pm ker pavilion sebelum tu kita orang pergi beli tiket bas untuk balik ke Pahang untuk saya dan dier. Oh yeah lupa saya nak gitau yang dier akan datang umah saya di Pahang untuk CNY! Lepas sarapan di titwangsa kita orang gi pavilion.


Sampai Pavilion kita orang terus gi GSC untuk beli tiket, tiba jew kat sana terus beli tiket untuk movie 12.45, masa memang cun2 masa tu. Beli tiket terus masuk tengok wayang, walaupun saya dah tengok khurafat sebelum ini tapi perasaan takut tu masih ada so apa lagi terus peluk tangan dier, sib baik dalam panggung tu takder orang banyak sangat so leh lah peluk angan dier. Lepas movie tu kita orang gi window shopping kat pavilion, Lot 10 dan sungai weng!


Sebelum gi sungai weng kita orang gi makan “Subway”! Kalau korang nak tau kan, dier tak pernah makan subway weh, cian tul dier ni so saya ajarlah dier macam maner nak match ka nisi roti tu. Lepas makan baru kita orang gi sungei weng untuk jalan2 cari makan. Hari tu memang kita orang banyak berjalan, memang bahagia sangat saya pada masa itu. Yalah dah lama tak pergi jalan2 ngan orang yang saya sayangkan dan saya pasti korang pun mesti rasa happy bila korang dapat luangkan masa ngan orang yang korang cinta dan sayangkan kan heheh.


Kita orang merayap kat sungei wang sampai kul 5pm, korang bayangkan kita orang start jalan kul 11am sampai 5pm non-stop. Aduh,punyerlah letih sampai rasa nak pengsan hahahah. So kita orang pun balik ke bilik semula, yalah saya ada kelas lak kul 7.30pm dan sebenarnya kalau korang nak tau malam tu dier sepatutnya kena balik umah dier tapi disebabkan saya request dier stay hari tu ngan saya so apa lagi dier pun setuju lah. Yuuuhuuuu memang happy lah malam tu. Lepas tu saya pergi kelas dan dier stay seorang dalam biliklah, takkan saya nak ajak dier pergi kelas ngan saya jugakkan hehe.

Lepas balik dari kelas kita orang pergi dinner dekat hostel saya. Kita orang punyerlah banyak benda nak borak, saya pun tak tau apayang kita orang borak tapi mesti ada jew benda yang kita orang nak borak macam suami isteri lak hehehe. Eh korang jangan dulu, saya taknak terburu-buru kali ini. Saya nak betul2 kenali diri kita orang masing2 lepas tu kita orang baru nak decide nak kawan ker atau akan lebih dari seorang kawan.


So habislah cita untuk malam tu! Apa dier, korang nak tau apa yang berlaku masa tido? Korang ni sibuklah nak tau jugak aper yang jadi masa tido kan! Untuk pengetahuan korang, kita orang tak pernah buat apa2 pun lagi, kita orang akan bertahan selagi kita orang boleh. Lagipun Alif bukan macam laki2 yang macam saya pernah jumpa sebelum ini yang cuma nak sex tapi Alif memang lain dari yang lain.

Pagi tu kita orang kemas barang dan belah lah apa lagi. Dier hantar saya kattitiwangsa dan terus balik ke umah dier dan saya pun naik bas tap isms tak pernah stop lah. Korang mesti ingat kita orang hantar sms jiwang kan, betul jugak apa yang korang fikirkan. Kadang2 tu kita harus jiwang baru best kan hidup kita semua hehehe. So apa lagi jom kita jiwang dulu! Berakhirlah kisah benar untuk “Perjumpaan Pertama” yang saya amat menantikan.

Perjumpaan Pertama ngan Si Dia....


Hi korang apa khabar semua? Dah bangun ker atau masih bergolek atas tilam yang busok korang tu hahaha, just main2 jew korang. Sorry lama tak update blog…Cuma sibuk sikit ngan kerja ngan study dan sangat2 busy ngan Alif heheheh. Eh dah confirm ker? Hmmm ini adalah persoalan yang masih tiada jawapan lagi kan. Korang pun mesti nak tau jawapan tu kan….jangan risau saya akan bagitau pada masa yang akan datang so kali ni biar saya ceritakan apa yang terjadi pada “Perjumpaa Pertama” itu!

Fuyooo perjumpaan pertama weh, macam malam pertama lak kan hahaha. Korang jahat tau tak baik pikia yang bukan2, I ni budak baik k hahaha. Ok back to the story, eh belum start story lagi erk. Ok2 korang jangan marah k biar saya mulakan kisah benar yang telah berlaku. 28/01/11 adalah perjumpaan kali pertama saya ngan alif selepas banyak kali tak dapat jumpa kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Tapi untuk kali ini segalanya berjalan ngan lancar dan kalau korang nak tau 28/01/11 (Jumaat) perjumpaan pertama sudah genab 1 bulan saya kenal ngan Alif. Best kan saya ni sampai ingat dan kira tarikh perkenalan saya dan Alif, yalahkan sometime bagus jugak kira simpan kenangan macam ni kan, setiap sms yang Ali hantar bagi saya, saya simpan kesemuanya dalam hp saya kerana hanya itulah menemankan semasa saya rindukan pada dia.

Jumaat tu memang saya ngan dia dah set untuk jumpa kat titiwangsa kul 7.30pm! Korang bayangkan betapa nervous nyer saya sampai bernafas bercunggap-cunggap, nasib baik tak sesak nafas kan! Seperti yang dijangkkan masa untuk jumpa pun tibalah tapi sebelum memang banyak benda yang saya memikirkan antaranya apa yang saya patut dan akan rasa kalau dier batalkan perjumpaan ini jugak? Menangis aku kat titiwangsa nanti kang baru dier tau hahaha, tapi dier datang seperti yang dijanjikan.


Korang tau tak perasaan saya macam maner? Aduh jantung saya berdenggup macam nak terkeluar korang, rasa happy pun ada, rasa nervous pun ada, rasa taut kat dier pun ada…aduh banyak betul yang saya rasa pada masa itu! Masa tu memang saya tak dapat nak bersuara dan dier yang banyak bercakap dan saya hanya berdiam sampai dier tegur kenapa saya tak bersuara hahaha tapi dier memang dah tau yang saya takut kat dier tapi dier cuma cover lah.


Lepas tu kita orang gi KLCC malam u naik monorail dari titiwangsa dan turun kat bukit nanas. Sepanjan perjalanan itu, kita orang ambik gambar. Nak posing2 lah kononya hahahah, kita orang gi KLCC bukan untuk apa Cuma nak dinner jew. Kita orang makan kat “Litter Penang CafĂ©”! Saya makan kueh teow goreng dan dier makan laksa ngan ABC, makanan kat sana memang sedap so saya ajaklah dier sekali. Lepas makan kita orang lepak kat kolam KLCC tu dekat ½ jam sambil2 borak. Kita orang ada jew benda nak borak pasal kita orang, pasal fmly, pasal career dan banyak lagi. Lagipun saya rasa is better for us to share to each other openly kan!


Lepas tu kita orang pergi lak ke dataran merdeka untuk lepak kat sana. Korang bayangkan kita jalan kaki jew sampai kaki dier naik lenguh, kat dataran tak lama sangat sebab dier dah letih so apa lgi kita orang move ke bilik untuk rehat. Bilik saya tak jauh pun dari datran merdeka tapi kena jalanlah. Sampai bilik terus flat, so apa lagi masa untuk tido lah korang. Korang leh tak jangan pikia yang bukan2, tak berlaku apa2 pun malam tu k. sumpah saya ckp memang kita orang takder niat nak buat maksiat, kita orang Cuma nak tido jew hahahaha.

P/S: Nantikan kisah benar pada hari berikutnya!

Saturday, January 22, 2011

Pengakuan yang berani...!


Selamat pagi korang semua....oiiii tido lagi ker? Bangun2 dah cerah dah wei korang ni...makan ngan tido jew kerja korang kan....hahahah sajew nak kacau korang pagi2 ni...eh pagi ker dah tengahari wei....ok lah jom kita cita pasal entry kali ni...macam hot jewkan entry ini? Hmmm xtaulah korang, hot ker sejuk ker tapi untuk saya lega hati lepas pengakuan ini kat kakak angkat saya bukan famili saya ok.

Ok cita dier macam ni, sebenarnya saya ada seorang kakak angkat di tempat kerja saya satu department lah. Masa saya mula2 masuk kerja di mining ni memang saya under dier tapi selepas naik pangkat ni dier lak bawah saya hahaha lucu kan. Tapi apa nak buat macam tu lah kisahnya. Pada mulanya I memang cover depan semua orang lah yang aku ni plu, gila kar apa nak tunjuk kat semua orang yang aku ni plu baik aku bunuh diri!

Pengakuan ni berlaku semasa aku kat sibu, entah macam maner kakak saya ni dah dapat hidu yang I ni PLU sebab korang ingat tak yang aku ngan Alif kan ada planning nak gi tengok movie kat GSC dan I siap beli tiket untuk twin seat. Hari tu kan tak jadi nak pergi sebab ayah Alif masuk wad so I bagi lah tiket tu kat kakak angkat dan tunang dier. Segalanya start dari situ, sejak hari tu kakak dah start tanya kat kau siapa yang seorang lagi tu, I pn dah lenguh mulut saya bagi alasan lain supaya elak dari ini.

Tapi kakak angkat saya ni keras kepala sikit, dier nak tau jugak siapa tu. Masa kat sibu entah macam maner dier tau so terbongkar lah rahsia saya dan Alif. Sebenarnya I ngan Alif takda apa2 pun untuk masa kini sebab kita orang nak jumpa dulu sebelum membuat keputusan, yalah kita orang sama2 takut dikecewakan lagi. Sakit dowh! So apa lagi dah kantoi mengaku jewlah kan.

Masa tu kakak saya ckp yang dier dah lama tau benda ni cuma nak dengar dari mulut saya sendiri! Hmmm nak buat kan dan kantoi so I pun bagi tau lah segalanya dan tentang alif jugak yang kita orang saling berkenalan dan belum buat keputusan lagi. Kakak say ani jenis yang advice saya macam my life guider lah. Bila saya ada masalah yang takleh selesai kan mesti dier yang beri pandangan kat saya.

Apa2 pun saya tak berani lagi nak beritahu pasal ni kat parents saya sebab I perlu fikirkan semua masalah yang akan timbul selepas pengkuan ini. Yalah, I've to think about my future, my carrier, my family, my parents status and my own as well. So I tanak lah terburu buru dalam hal ini tapi kan I rasa kakak kandung saya tau pasal ni kot entahlah, kalau tau bagus jugak lah takyak nak aku susah2 bagitau dier orang semua.

Bila saya bagitau semua kat kakak angkat saya, saya rasa macam bebas dan ringan berat hati ni yalah takperlu macam sembunyi lagi dalam perkara ini. Leh bagitau apa2 sajew kat kakak saya sekarang dan yang paling bestnya adalah dier terima saya seadanya. Itu yang buat saya betul2 terharu dan hormat kat dier. Thank kakak dan abang ipar angkat saya. Hello I memang rapat ngan kakak dan tunang dier so dier orang pun tak kisah pasal ni. Anyway I fell the freedom now!

Thursday, January 20, 2011

Journey to sibu!


Selamat pagi korang semua, aper khabar? Sorry yer tak dapat update blog, busy ngan kerja. Korang nak tau tak ni pun I masuk ofis kul 5 pagi untuk buat kerja sambil2 tu update blog. I lah pekerja yang paling gila di dalam dunia! Ok back to the entry, mungkin entry tak begitu panjang kot sebab takder benda yang menarik sangat cuma nak cerita pasal apa yang terjadi sepanjang percutian kat sibu dan semasa jumpa abang terangkat saya tu.

Journey start pada 8hb Januari 2011 kul 6.30pm dari tempat tinggal saya sampai LCCT dalam kul 11pm, korang bayangkan aku tido kat lcct atas kerusi tu. Aduh memang tak dapat nak tido langsung, yalah banyak orang dan bising plak tu. Naak tido atas kusi? Hmmm xyah lah korang, baik duk dan tengok gelagat orang yang lalu lalang kat lcct tu dan yang penting cuci mata weh hahaha. Banyak tul mamat hensem, habuan yang paling best untuk mata saya, dah lama tak cuci mata macam tu. Heloo, setakat cuci mata jew ok, korang jangan pikia yang bukan2. Oh yeah, lupa nak bagitau aku naik flight aper kan, kalau bukan Air Asia yang buruk tu aper lagi! Tension tul ngan service dier orang!

Ok lah, tak tido sampai kul 5pagi dan check in ler aper lagi kan hehehe. Dapat tiket kat kaunter terus check in dan tunggu flight. Boarding kul 6am kot, entah lupa kul berapa. Dalam flight ya ampun sejuknya macam dah nak beku nasib baiklah ada bawa jaket kalau tak beku aku dalam flight tu. Dalam flight lak belilah 100+ untuk minum, yalah dari semalam tak apa2 weh korang...mampu korang....mesti taklehkan...pengsan korang (don't try it at home ok). Lepas minum tu, beli lah cap untuk abang angkat saya dan satu teddy bear Air Asia, comel gak weh dan aku bagi nama popo kat dier. Entahlah macam tak sesuai kan...apa jewlah korang ni...

2 jam dok dalam flight tu macam rasa nak terjun jew....entah macam tak best jew tapi akhirnya tido jugak saya, letih sangat wei...sampai kat sibu...sampai kat sana bayangkan abang angkat tak sampai lagi tension tul, hmmm xperlah dier kerja dan tido letih kot. Xper aku faham, kadang2 i pun letih jugak ngan kerja ni semua hehhe. Sebelum I sampai sibu pun abang dah inform saya yang saudara dier ada kat umah, auh ini yang xbestnya...kena jumpa ngan dier orang lagi, nak tukar jadi budak sopan lak, kenalah pakai segala ilmu sopan yang mak ajarkan masa kecik tu hahahah


Macam itulah selama seminggu kat sana memang saya selesa dengan keluarga abang saya tu. Friendly tu taklah sangat tapi ok lah kot sebab saya umpan dier orang ngan Pizza dan KFC weh hahahah. Aku tak pakai ilmu hitam macam korang k...larikkkkkkk....main2 jew korang wei hahaha. Kat sana saya banyak shopping lah, entah berapa helai baju yang I beli tapi yang penting I beli 3 baju untuk Alif lebih kurnag macam baju saya jugaklah, entah kenapa saya beli yang sama tapi I beli jew, Alif pun macam ok jew.


Tapikan semasa saya kat sana, abang angkat saya ni kat umah memang perangai dier baik tau tapi masa gi jalan2 ya ampun perangai macam entah apa, menyakitkan hati tul sampai I sound dier terus dier senyap...merajuk lah tu...merajuk lah ada aku kesah hahaha. Ddah ko yang nak sangat kan...ambik....hahaha tapikan ada 1 benda memang saya tidak dapat dinafikan, dier memang sayangkan saya sebab ada 1 malam tu tiba2 rasa sejuk betul masa tido dan terus bangun....mungkin dier perasan kot yang akud ah bangun dier tanyalah kenapa, aku ckplah sejuk. Then dier terus peluk saya untuk panaskan badan. Kalau korang nak tau, kat sana kan memang pasan giler macam tengah dok tepi matahari tau...mandi punyalah 10 kali tapi still panas giler siot.

Then the 2nd day, masa aku tido tiba2 rasa macam ada orang selimut kan saya, buka mata tengok abang anngkat selimut kan saya dan senyum lebar. Masa tulah aku sedar yang abang angkat aku ni sayangkan saya jugak, memang aku sayangkan dier sampai sekarang, cuma kadang2 tu buat sakit orang jew kot perangai dier. Aaaa ada 1 lagi lupa nak inform kat korang, dier punyerlah banyak skandal, aku curi2 check hp dier masa dier mandi hehe jahatkan aku ni....memang betul korang punyerlah banyak skandal...maakkkkk pengsan terus aku dibuatnya....

Yang tu semua tak penting yang pasti dier tak mempermainkan aku dah cukup, yang lain semua aku tak kisah sangat, banyak skandal ker, banyak bf ker...ada aku kesah! hahah So lepas tu semua pada 14 januari aku pun lik lah KL flight kul 3.20pm sampai KL 5.30pm kot....berakhirlah cerita ke sibu dan di sibu. Tapi mungkin aku akan pergi lagi kot untuk jumpa abang terangkat saya tu hahaha.

~tamat cita~

Friday, January 14, 2011

Dilahirkan untuk dikecewakan!


Hmmmm hois korang, aper khabar? Sorry lah beb dah lama tak update. Sorry lah, I kan pergi sibu untuk jumpa abang terangkat saya tu hahahah. Nanti lah aku ceritakan pasal sibu sekarang kita borak pasal entry kali ni plak.....haaaaa entry kali ni macam hangat jew kan, eh hangat ker macam biasa jew kan korang. Yalah maner tak biasa dah setiap kali entry hampir semuanya kecewa jew...mesti kornag pun dah bosan kan. Tapi apa nak buat, walaupun korang tak suka baca I tetap akan update sebab hanya tempat inilah saya boleh luahkan segala isi dalam hati saya. Kat maner lagi kan...so bagi yang baca dan komen pasal entry saya sebelum terima kasih erk. Saya sayang korang hehe

Ok come to the topic. Korang semua ingat lagi tak yang sebelum ni I ada pernah cerita kat korang yang I ngan Alif nak oergi tengok wayang...ala ala macam movie date lah konon kan hehe tapi akhirnya tak jadi plak. Hmmmm korang nak tau reason dier kenapa? Ayah dier masuk wad, apa nak buat kan situasi macam ni memang takleh nak elak. So apa lagi I terima jewlah, takkan I suruh dier jangan jumpa ayah dier dan temankan saya tengok wayang. Hello, I tak sekejam tu k....

Yalah kadang2 tu kita kenalah memahami keadaan orang lain jugak..takleh main hantam jew. Tapi masa I kat sibu I ngan Alif ni dah janji nak jumpa jumaat lepas I balik dari sibu. I senagaja tukar flight untuk semata mata nak jumpa dia dan betul2 excited dah bayankan I beli punyerlah banyak barang untuk dia. Memang dah set lah semua nak jumpa jumaat tapi masa dah sampai kat LCCT kul 5.35pm, alif call saya kata takdapat datang!

Korang cuba bayangkan apakah perasaan aku masa tu! Rasa macam nak letupkan orang depan kan, kalau boleh nak letupkan LCCT tu jew, biar mampus semua! Eh taklah sampai tahap tu tadi korang, cuma sakit hati dan kecewa jewlah. Yalah maner taknyer dah rindu sangat kot....

Hmmmm I biarkan jewlah benda semua ni, memang dah ditakdirkan untuk berkecewa dan kalau ini yang tuhan nakkan I relakan untuknya....korang tunggu jewlah untuk cerita tentang sibu k dan pasal Alif ni tengoklah macam maner...letih ar nak pikir semua., nanti sakit mental lak....

Wednesday, January 5, 2011

GENG...!!!


Selamat petang semua, apa khabar u'olls? Ada sihat? Eh mestilah korang semua sihat ngan bf2 korang yang baik, loving and caring tu kan hehe apa2 pun I happy untuk korang k. Yalah sejuk perut saya eh eh tersilap plak...sejuk hati aku bila tengok korang happy ngan pasangan korang tu.

Hmmm, tajuk entry kali macam gengster jew kan...ish bukan lah korang pasal tajuk entry kali adalah perkataan pertama yang menikatkan perhubungan antara saya dan alif. Eh korang tau kan pasal Alif yang I ceritakan entry sebelum ini? Korang tau tak ni atau sajew buat tau2 hahaha anyway kali ni I nak cerita macam maner I kenal ngan alif ni. Yalah setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita ada permulaan kan macam tulah kita orang kenal pun ada permulaan jugak....

I kenal Alif dalam satu webiste ni...kira macam FB jugaklah. I dah lama add dier lama list saya cuma masa kali pertama tu I ada hantar email kata salam perkenalan itu jew, tak tulis benda lain pun. I rasa dah dekat 1 tahun kot entah, Ipun tak ingat dah berapa I dah add dier. Tapi minggu lepas tiba2 rasa macam nak email orang yang tengah online tu. Bila buka onlibne list ada plak dier tengah online kot.

I pun apa lagi, email lah beberapa orang dalam list tu termasuk alif sekali. Lepas email dapatlah reply dari alif, so apa lagi kita orang pun kenal sesama sendir. Banyak yang kita orang borak dalam tu. Borak punyer borak sampai lah macam I nak turun site jap. I bagilah number hp saya kat dier, sebelum tu dalam email dia dah bagi nama sekali kata I ngan dier adalag satu "1 GENG"! Malam tu macam biasalah, I kat umah kakak terima sms dari dier, rupa2-nya alif yang sms. So I pun reply lah sms dier dan bermulah ikatan antara saya ngan dia.

Helo korang jangan lah buat spekulasi sampai I kapel ngan dier, tak lagi sampai tahap tu. Kalau ikutkan hati saya memang saya suka dier tapi takleh wei, I kena hati2 kali ni, jangan terburu buru sangat kan. Dier pun samalah, kita orang saling sms tanya pasal diri sendiri untuk kenali lebih dalam.

Sampailah hari, kita orang masih sms dan kadang2 tu I call dier borak2. Best jugak dier ni, kelakar (kadang2 lah kot), caring, charming dan entahlah best borak ngan dier. Dalam kes kali ni, I rasa macam leh percaya pada dier sebab dier memang sangat detail dalam pilih pasangan dia ni. So dari ni saya boleh nampak yang dier akan setia pada satu. Tapi kan I takleh lah nak buta2 macam tu, kena jumpa dulu weh!


So kita orang cadang nak jumpa minggu sabtu ni sebelum saya berangkat ke Sibi ahad pagi ni. Kita orang akan pergi tengok movie kat GSC dan dier promise saya yang dier akan teman saya sampai saya pergi ke airport nanti. Ok lah korang, I nak pergi siapkan kerja saya sebelum cuti ni.

Nanti saya akan update yang lebih lanjut kalau ada apa2 k. Oh yeah mungkin entry lepas ni adalah tentang salah sangka saya terhadap alif hari tu. Kesian kat dier! Anyway, tunggulah korang untuk entry lepas ni k. Lepas ni, mungkin entry2 yang menarik tengah menunggu anda hahaha.