Pages

Monday, July 5, 2010

A day with my family at Cameron
















*inilah kawan saya suhaimi*


*there is nothing between us*







I was so enjoy with my lovely mum and sister and also one of my close friend name Suhaimi. Jangan salah faham ok sebab saya dengan suhaimi hanya seorang kawan baik sahaja, tiada apa yang antara saya dengan di walaupun kami rapat...tapi saya betul2 enjot trip semalam pada 4/07/10 ngan fmly saya.

Friday, July 2, 2010

Persemadian secara hidup

Akhirnya semua telah habis dalam hidup saya. Ini lah balasan yang diterima oleh saya untuk cinta saya setia padanya. Saya memang tak faham! Saya sudah tanya pada diri saya apakah kesalahan saya tapi setahu saya, saya tidak buat salah tapi saya mengaku yang saya mungkin pernah melukakan hati dia dan saya telah minta maaf seribu kali. Semua yang saya mimpikan dan membina kota dalam hati saya akhirnya terkecai maca itu sahaja. Bayangkan dia sendiri yang menjanjikan pada saya yang dia tidak akan mensiakan cinta saya terhadap dia tapi apa yang berlaku adalah dia sendiri mengkotakan janji yang telah di buat. Memang pelik ar dengan orang2 macam ini dan funny.

Huh I dah cukup letih, cinta telah membuatkan hidup saya penuh seksa. Apa kesalahan saya sampai tuhan dan dia buat macam ini terhadap saya? Tapi dia pernah msg satu lagi nombor yang mengatakan dia balik Melaka untuk jumpa bf dia dan lebih2 lagi dia janji yang nak jumpa saya pada hari ni tapi semuanya tak jadi. Satu sebab utama yang tak jadi kerana dia diamkan diri macam patung.

Sebenarnya saya sudah bersiap untuk pergi KL walaupun dia tidak balas dan dengan harapan dia mungkin ada balas yang mengatakan dia tengah tunggu di tempat yang kami janjikan tapi semuanya serba tak kena hari ini apabila banyak masalah timbul di tempat kerja dan tiket bas pun dah habis. So lepas fikir saya malaslah nak turun KL lagi pun dia tak jawab panggilan saya malah msg saya kepada dia.

Selepas saya fikir selama sehari dan saya bauat keputusan untuk menjauhkan diri dari dia kerana itu yang dia inginkan. Kita tengok jewlah apa yang bakal akan berlaku. Tapi untuk kali ini saya tak rasa begitu sakit sebab mungkin dah biasa kot untuk kali ke-3 .....

Kepercayaan, Setia & Jujur

Apa makna kepercayaan, setia dan jujur? Setiap kali saya jatuh cinta pada seseorang inilah soalan yang pertama timbul dalam diri saya. Saya pernah cinta sebanyak 3 kali, kali pertama selama 2 tahun, kali kedua cuma cinta "one sight love" dan kali ketiga baru2 sahaja dengan seorang yang bernama Sofian. Mungkin cinta pada kali pertama saya tidak begitu kisah pasal percaya, setia dan jujur dan untuk kali ketiga saya amat menitik beratkan ketiga tiga ini untuk menjaga perhubungan itu tapi akhirnya cinta itu pergi begitu sahaja.

Dia hanya mendiamkan diri sahaja. Saya ada call dia dan hantar sms begitu banyak sekali tapi tidak ada balasa untuk satu pun. Macam maner saya perlu anggap kesenyappan ini? Saya tidak tahu macam maner nak buat keputusan! Adakah saya patut anggap kesenyappan ini sebagai dia tiada lagi dalam hidup saya? Bahagian inilah yang paling pahit dalam hidup saya untuk 3 kali berturut turut.

Kenapa dia buat macam ini dan sanggup buat macam ini terhadap saya? Apakah kesilapan yang saya telah lakukan terhadap dia? Setahu saya, saya memang jujur, setia dan ihklas dalam setiap perkara yang saya lakukan. Saya ingat dia setiap saat, setiap minit, setiap jam dan setiap hari dan inilah balasan yang amat manis dia bagi saya. Saya amat menghargainya.

Saya tidak marah terhadap dia tapi cuma kecewa terhadap dia kerana dia mengunakkan perkataan cinta untuk entah dia nak apa? Kalau tak suka seseorang bagi tahu sahaja dan apa masalahnya kalau bagitau straight forward?

Apa yang post kat sini mungkin jiwang untuk anda semua tapi hanya di sinilah saya boleh mencurahkan segala perasaan saya. Cinta itu datang secara semula jadi dan ada dalam diri setiap insan atas muka bumi ini. Saya tidak berhak untuk kata saya tidak mahu cinta lagi sebab mungkin cinta itu mekar sekali lagi dalam hidup saya pada masa akan datang tapi untuk saya pengalaman cinta sebanyak tiga kali sudah membuatkan saya cukup letih dan hati saya hancur berkecai seperti kaca apabila setiap orang buat perkara yang sama terhadap saya. Apa dosa saya?

Masalah saya yang amat besar adalah senang sayang pada semua orang dan terhadap sofian pun sama jugak. Memang saya tidak boleh salahkan cinta tapi saya boleh salahkan diri saya sendiri untuk perkara ini. Ini adalah pengajaran yang amat besar dalam hidup saya. Adakah semua anhggap saya ni sebagai sebiji patung yang tidak mempunyai perasaan?

Apabila terkenang segala perkataan yang dia ucapkan pada saya, sayalah orang yang paling bahagia walaupun hanya 2 minggu tapi ia adalah merupakan kenangan yang amat indah kerana dia kata dia begitu sayang saya sehingga sanggup datang sini untuk melawat saya. Adakah ini semua ini benar atau hanya semata mata perkataan untuk munutup mata saya? Adakah dia anggap saya untuk mengisi masa lapang dia?

Walau macam maner pun, terima kasih untuk mengembirakan saya dan bagi harapan yang amat besar dalam hidup saya. Saya takkan padam semua msg yang dia hantar untuk saya kerana saya akan simpan msg itu sebagai kenangan saya dan hidup dengan msg itu selagi saya cinta pada dia.

Saya akan bagi peluang yang akhir sebelum saya membuat apa2 keputusan tentang cinta ini.

Wednesday, June 30, 2010

Jawapan yang tidak menentu....

Selamat pagi kawan2 semua yang saya sayanh sekalian. Ingat lagi tak yng saya kata nak tunggu dia sms saya akhirnya dia sms jugak. Tapi alasan dia entah dia kata takda kredit, hmmmmm kerana cinta terhadap dia begitu dalam saya tetap terima alasan dia dan mungkin juga benar.

Dari pandangan saya dia tak berapa jujur lagi sebab saya guna number hp saya satu lagi untuk kacau dia tapi lain plak jadinya. Dia msg ker number personal kata dia tengah tolong kawan dia di sebuah restoran tapi bila dia msg ker number satu lagi di kata tengan main boling. Entah mana satu nak percaya ni, walau macam maner pun saya akan bincang dengan dia jumaat ini masa jumpa dia. Mungkin ini adalah satu salah faham dan harap begitu jugak. Satu sebab saya kerana saya harus bertolak ansur adalah kerana saya amat mencintainya.

Mungkin terlalu awal untuk kami lafzafkan perkataan cinta tapi kami masih mempunyai banyak masa lagi untuk mengenali satu sama lain. Sejak kebelakang ini saya rasa seperti dia telah jauh dari saya atau mungkin perasaan saya sendiri?

Mungkin saya perlu lebih kenali diri dia dan lebih memahami dia. Saya bukan curiga terhadap dia tapi saya takut kehilangan dia dalam hidup saya dan kamu semua kan tahu yang saya memang mencintainya. Walaupun dia tidak balas satu msg saya, saya mula risau apa yang dia sedang lakukan di sana dan harap semuanya selamat untuk dia. Saya bukan nak dia msg saya setiap saat tapi hanya satu msg yang boleh menyenangkan hati saya yang dia selamat dia sana.

Perasaan takut mula timbul di dalam diri saya dari mulai saat saya cintai dia. Takut kehilangan dia, risau kesihatan dia, risau keselamatan dia dan risau dari segala benda yang boleh membahayakan diri dia. Saya betul2 tidak tahu macam maner saya nak buktikan cinta saya terhadap dia. Walaupun tak lagi kami akan berjumpa, perasaan geentar itu ada tapi bukan seperti dulu. Gementar dulu hanya kerana cinta monyet tapi boleh bertahan selama 2 tahun kerana ex saya jaga perhubungan kami tapi untuk kali ini rasa risau dan takut yang menguasai diri saya.

Setiap hari dan setiap saat saya memikirkan cara untuk jaga perhubungan kami supaya kekal sampai akhir hayat saya. Satu sahaja permintaan saya terhadap tuhan yang maha esa iaitu pastikan saya jalan dulu sebelum dia kerana saya tidak bayangkan hidup saya tanpa dia. Kadang2 saya memang sibuk dengan kerja tapi saya masih ingat kat dia setiaap saat, masa tidur lagilah, perlbagai soala yang timbul dalam diri saya dan tidak dapat jawab kesemua soalan itu.

Seperti yang saya kata tadi mungkin saya perlu lebih memahami dia, mungkin dia sibuk dengan keja dan perkara yang paling penting saya tak boleh lupa adalah dia mempunyai kehidupan sosial dia dan saya tidak boleh masuk campur sama sekali tapi kehidupan sosial dia yang terlampau saya akan masuk campur kerana ini mungkin effect perhubungan kami berdua.

Entahlah, saya tengah keliru!!! Saya tidak tahu cara yag terbaik untuk mejaga perhubundan kami dan adakah dia pun memikirkan cara untuk kekalkan perhubungan kami? Kalau saya seorang jew risau dan fikirkan cara untuk menjaga perhubungan kami tidak guna juga sebab ini adalah hidup kami berdua dan kami berdua harus berbincang masa depan kami dengan lebih teliti.


Yang tinggal dalam diri saya sekarang adalah cinta yang terlampau terhadap dia, risau, rasa takut dan bimbang.......hidup yang tidak pernah berhenti perjalannya sehingga akhir hayat kita.

Monday, June 28, 2010

Suara



di sini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
aku tanpamu, masih tanpamu
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
bila esok hari datang lagi
ku coba hadapi semua ini
meski tanpamu oooh meski tanpamu

bila aku dapat bintang yang berpijar
mentari yang tenang bersamaku disini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku
apakah aku slalu dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

kalau ku masih tetap disini
ku lewati semua yang terjadi
aku menunggumu, aku menunggu

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku
apakah aku ada dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku

P/S: lagu yang paling saya suka buat masa kini....

Cukuplah setakat apa yang telah berlaku dalam hidup saya!

Hari ini (28 June 2010) adalah kali ke-3 yang teramat luka dalam hidup saya ini. Entah kenapa semua suka sangat buat saya terluka. Cukuplah setakat apa yang berlaku dalam hidup saya. Pada mulanya saya percaya yang sofian lah orang yang saya menanti selama ini tapi akhirnya dia pun seperti yang lain jugak akhirnya. Mungkin dia sudah dapat yang lain yang mungkin lebih baik dari saya dan saya mengaku yang saya tidak sempurna seperti yang lain. Mungkin juga saya tidak sesuai untuk dia, yalh kan dia tinggal di KL apa taknya. Kat sana lagi banyak yang baik dari saya kan lagi pun sofian ni baik, hensem dan cute.

Saya rasa diri saya lahirkan di atas muka bumi ni untuk diuji dengan mengunakan perkataan cinta. Pada saya, saya dah cukup setia pada dia. Untuk pengetahuan semua, saya belum lagi berjumpa dengan sofian dan bercadang nak berjumpa pada jumaat ini (2 June 2010). Saya tak salahkan dia untuk tinggalkan saya kerana naluri kita semua adalah sama terutamanya ego kerana ego lelaki tak pernah puas dengan benda yang dier sudah mempunyai. Walaupun saya tengok lelaki lain semasa berjalan-jalan tapi hati saya masih setia pada dia dan ta pernah fikir nak cari yang lain.

Saya tak pasi hidup apakah ini! Hidup seperti ini cukup menyakitkan hati yang sering membuatkan saya mengalirkan air mata. Untuk saya harta atau duit tidak penting tapi kasih sayang dan cinta yang setia itulah yang amat berharga di dunia ini malah ada juga yang mengunakan perkataan cinta dan sayang semata-mata untuk duit iut.

Sekarang dia hanya mendiamkan diri dia walaupun saya menghantar massage begitu banyak sekali. Seperti yang saya telah cakap tadi mungkin dia sudah jumpa seorang yang lebih sesuai untuk dia. Kalau saya cakap saya taknak mencinta dan dicintai lagi lagi itu hanya lah untuk sememtara kerana cinta datang dan pergi tanpa diundang dan semua ini berlaku ikut kehendak tuhan yang maha esa.

Hati saya ingin jerit sekuat hati dan menangis supaya semua kesedihan boleh hilang. Saya takkan sama sekali buat macam orang lain yang kuat sumpah jika ditinggalkan tapi saya tetap akan gembira untuk dia kerana dia sudah dapat yang dia betul2 inginkan dalam hidup dia, buka dia seorang sahaja tapi semua orang ada keinginan dalam hidup mereka kan.

Saya tetap akan berdoa untuk dia supaya dia sihat selalu, gembira dengan lover dia dan berjaya dalam hidup dia. Walaupun dia dapat yang baru saya tetap masih risau kerana kadang2 dia perlukan duit. Kamu semua faham2 jewlah kat KL, gaji hari ini tak sampai 2 minggu dah kosong. Itu yang saya risaukan, entah yang lover baru dia bagi ker tak kan!!! Harap2 lover dia baik dan tolong dia semasa dalam kesusahan.

Walau macam maner pun saya akan tunggu sampai malam hari ini, kalau dia tak reply jugak sms saya maknanya metsi korang dah tau kan apa maksudnya. Hurm, bak orang kata dunia ni besar dan masih mempunyai yang baik, penyayang, setia dan jujur tapi buat masa ini saya taknak cinta sesiapa dulu untuk masa kini kerana luka dalam hati belum sembuh lagi.

Pengajaran untuk saya selepas tiga kali terluka adalah jangan mudah percaya kata2 orang kerana hati akan kata lain walaupun perkataan dari mulut adalah manis yang hanya untuk seketika.

Ok, kita tunggu sapai malam ini dan tengok apa yang akan bakal berlaku. Kalau dia diam begitu sajew kita faham jewlah apa maksudnya dan kalau dia reply pun kita akan tengok apa alasan dia dan kita buat keputusan.

*counting start now*

Thursday, June 24, 2010

Cinta yang begitu indah...

Salam kepada semua, apa khabar? Sorry lama tak update blog sebab sibuk sangat dengan kerja dan masalah peribadi. Sekarang saya sangat happy sebab entah, saya dah lupa semua perkara yang berlaku pada hari itu. Untuk cintai seseorang kita harus kenal dan barulah kita harus cinta tapi apa yang berlaku pada hari itu hanya adalah affection terhadap dia dan bukan cinta. Kita semua tahu yang cinta harus datang dengan memandang hati yang suci dan ihklas dan muka pandang muka. Percintaan yang hanya suci, ihklas dan setia sahaja yang akan kekal lama dan lebih2 lagi cinta sesama jenis tapi pada pandangan saya walaupun cinta sesama jenis tidak kekal lama kerana ego lelaki yang tak pernah puas yang diberitahu kepada oleh kawan adalah terpulang pada seseroang itu. Kalau percaya, memahami dan berkorban antara satu sama lain akan membantu untuk cinta kekal lama.

Eh apa yang I tengah cakap ni, macam ceramah pasal cinta plak. Yalah aper nak buat kan, dah jatuh cinta memang lah cakap benda2 cinta ini. Berbalik kepada cerita lama saya tentang seorang yang bernama "N" yang saya pernah cinta dan suka, seperti yang saya cakap di atas mungkin itu bukan cinta yang setia kerana saya hanya cinta dia selepas tengok muka dia. Mungkin ada jugak yan tertanya-tanya apalah mamat ni baru jew kenal dah terus jatuh cinta, untuk pengetahuan semua cinta boleh mekar bila2 masa, mungkin sejurus kenal dengan seseorang terus mekar dan tak perlu menunggu sehingga lama begitu untuk meluahkan perasaan cinta itu.

Pada saya, walaupun oerasaan cinta itu mekar begitu cepat dan ia tidak menghalang kita untuk lazafkan pada orang yang kita suka. Cinta boleh datang pada sesiapa sahaja tapi cinta yang setia hanya datang pada seorang sahaja dan cinta itulah akan kekal lama sampai hujung hayat dan saya percaya pada apa yang saya ceritakan.

Cinta ada tentang maafkan antara satu sama lain kerana apabila saya dapat tahu yang "N" ni adalah hmmm takper biarlah rahsia...ok bila saya dapat tahu sesuatu tentang dia mula-mula I marah tapi selepas saya fikir kalau nak cinta kita harus maafkan kehidupan sebelum iniapi walau macam mana pun I dah tak suka pada dia dan mula lupakan dia dan akhirnya saya berjaya lupakan dia.

Selepad lupakan dia, I kenal dengan seoang yang bernama sofian, umur 25 dan berkerja di KL. Kami baru sahaja kenal dan terus jatuh cinta dan kami tak pernah jumpa lagi. Pada pandangan saya mencintai seseorang tidak perlu tunggu sehingga 1 tahun atau betul2 dah kenal baru cinta, kalau dah suka pada pandangan pertama buat apa nak tunggu lagi. Cinta adalah hak setiap orang so saya mempunyai hak diri saya sendiri untuk mencintai seseorang tapi pada masa yang sama saya risau dan takut kerana mungkin akan berlaku apa yang telah berlaku yang sebelum ini.

Walaupun kami telah menjatuh cinta satu sama lain dalam 2 hari selepas kenal tapi saya percaya cinta kami akan kekal sampai hujung hayat kami. Sebelum ini saya pernah cinta tapi saya tidak pernah rasa sebegini tapi bila saya cinta dia saya dapat rasa hati jiwa dan hati saya yang cinta kami akan kekal selama-lamanya. Kami cadang nak berjumpa pada 2hb Julai 2010 di KL. Entah, kalau semua jadi kira baiklah.

Kita tunggu dan lihat...